Rodziah Ismail Ticker's Blog

A normal day in Ramadhan & Chong Eng’s Press Release

Posted in Malaysian Politics, Politics, Rodziah Ismail by rodziahismailticker on September 16, 2009

Rodziah Ismail’s schedule :

4.00 am            Jejak sahur

8.00am            Tugas Pejabat/Mesyuarat

12.00am          Bertemu Rakyat/Kakitangan

2.00pm            Mesyuarat Portfolio

4.00pm            Bertemu rakyat/mendengar cadangan-cadangan

6.00pm            Tugasan Portfolio

7.15pm             Berbuka Puasa/Tarawikh (bergilir kawasan di seluruh Selangor)

10.30pm         Acara bersama rakyat/Mesyuarat Kawasan

12.00am        Hal-Hal Lain

—————————————————————————————————————————————————–

Bukit Mertajam, Pulau Pinang | 130909

Jawatankuasa Perhubungan DAP Bukit Mertajam ingin menyuarakan kebimbangan dan serta mengecam kes keganasan dan ugutan politik yang semakin berleluasa di Negara kita. Jawatankuasa menyeru supaya pihak polis segera menjalankan siasatan terhadap semua kes ancaman dan ugutan politik serta mengambil tindakan serta merta bagi menghentikan budaya keganasan dalam politik.

Khususnya, Jawatankuasa mengecam tindakan mereka yang telah mengancam Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Yang Berhormat Puan Rodziah Ismail, dengan bahasa kesat dan ugutan untuk merogol beliau semasa dialog antara Kerajaan Negeri dan penduduk Seksyen 23 Shah Alam di Selangor. Tindakan tersebut telah melampaui batas kemanusiaan dan moral serta berunsurkan keganasan. Jawatankuasa menyokong penuh YB Puan Rodziah untuk mendapatkan keadilan dalam kes ini.

Ramai ahli politik Negara kita pernah menerima ancaman keselamatan diri tetapi pemimpin politik kaum wanita secara amnya menghadapi tekanan yang lebih besar yakni, ancaman gangguan dan keganasan seksual. Dalam kes YB Puan Rodziah, seorang individu semasa dialog tersebut telah menghina dan melabelkan beliau sebagai “pelacur” dan juga mengancam untuk merogol beliau. Pemimpin-pemimpin politik wanita yang lain seperti Teresa Kok, Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Chew Mei Fun, Ketua Wanita MCA dan Dr. Joyce Lee, AJK Wanita PKR kebangsaan  juga pernah menerima ancaman keselamatan nyawa dan gangguan seksual. Di Parlimen, wakil-wakil Rakyat wanita terutamanya di pihak Pembangkang sering ditujukan bahasa-bahasa berbentuk gangguan seksual.

Kes-kes ini menunjukkan bahawa pemimpin dan ahli politik wanita bukan sahaja menghadapi tekanan kerja seperti pemimpin lelaki, malah terpaksa menghadapi ancaman keselamatan nyawa serta penghinaan terhadap maruah mereka.

Justeru, Jawatankuasa menyeru supaya mekanisme keselamatan mestilah dibentuk untuk menjamin keselamatan nyawa ahli politik secara amnya, tetapi khususnya, ahli politik wanita serta pegawai-pegawai politik mereka. Ini bagi menjamin suatu suasana politik yang sihat bagi mendukung demokrasi di Negara kita.

Kerajaan juga mestilah mengukuhkan lagi kedudukan kepimpinan wanita termasuk segera mencapai 30% penglibatan wanita di peringkat pembuat dasar tertinggi negara.

Akhir sekali, Jawatankuasa menyeru supaya para wanita dan semua Rakyat Malaysia untuk mengemblengkan tenaga bagi mengupayakan lagi pengaruh pemimpin wanita dalam politik dan seterusnya menentang tindakan tidak hormat dan kurang ajar terhadap kaum wanita secara keseluruhannya.

Chong Eng
Pengerusi
Jawatankuasa Perhubungan DAP Bkt. Mertajam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: