Rodziah Ismail Ticker's Blog

Pilihan raya kecil Bagan Pinang: Apa cara untuk calon-calon diperkenalkan kepada setiap anggota tentera dan polis?

Posted in Bagan Pinang, Election, Malaysian Politics, Pilihan Raya, Politics by rodziahismailticker on September 26, 2009

Setiap rakyat, termasuk tentera dan polis wajar mengenali dan diperkenalkan siapa bakal menjadi wakil rakyat mereka.   Dalam sistem dan proses demokrasi tulin, sesi pengenalan ini perlu dilaksanakan dalam memenuhi keperluan rakyat untuk mengetahui sejelas-jelasnya tentang calon-calon wakil rakyat mereka.  Para pengundi atau pemilih dalam mana-mana pilihan raya semestinya diberi peluang seluas mungkin untuk berinteraksi dengan calon-calon wakil rakyat bagi mendapatkan pengenalan secara dekat tentang peribadi, dasar perjuangan dan pemikiran calon-calon tersebut tentang berbagai isu.

Suatu jadual yang dipersetujui bersama pihak-pihak berkuasa kem tentera dan polis serta SPR tentunya boleh bersepakat dalam mewujudkan amalan demokrasi yang sihat untuk kepentingan sedemikian.

Bagaimana boleh seorang tentera atau anggota polis membuat keputusan terbaik jika mereka tidak diberi atau dihalangi dari mendapat maklumat yang menjadi asas pemilihan mereka?

—————————————————————————————————————————————————-

‘Mata-mata PAS’ dalam kem tentera
Salhan K Ahmad
Sep 25, 09
8:40pm

PAS mempunyai penyokong-penyokong di kem tentera dan balai polis yang akan bertindak sebagai “mata-mata” parti itu untuk memantau kempen-kempen BN ketika pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ketua Penerangan Pemuda PAS berkata individu-individu berkenaan termasuk pegawai tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan berkenaan.

“Mereka adalah sumber maklumat kita untuk pastikan BN tidak menjalankan kempen dalam kem,” kata Suhaizan Kaiat ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan di sebuah blog bahawa PAS melalui beberapa pegawai tentera telah menjalankan kempen di dalam kem dan, oleh itu, tidak perlu lagi memohon kebenaran untuk berbuat demikian seperti desakan Pemuda PAS minggu lalu.

“Berdasarkan maklumat yang kami terima, pihak PKR telah bantu PAS dengan menyediakan satu sistem di mana kepala-kepala tertentu sudah ditugaskan menjaga 10 biji rumah.

“Kepalanya seorang kapten (bakal) bersara yang hanya tinggal beberapa bulan lagi. Sebelum ini kami sudah dedahkan sebelum ini, seorang kapten bersara bernama Izani yang menguruskan kantin,” blog The Unspinners dipetik.

“Nama kapten bersara itu kami tahu. Kami beritahu satu saja… bermula dengan R.”

Blog pro-BN ini mengulas laporan Malaysiakini PAS serius mahu tembusi kem askar selepas Suhaizan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menuntut peluang berkempen di kem.

Pilihan raya kecil itu bermula 3 Oktober ini dan lapan hari diperuntukkan untuk tempoh berkempen sebelum pengundian pada 11 Oktober.

Diminta mengulas dakwaan blog ini, Suhaizan berkata: “Siapa mereka itu, kita tidak boleh beritahu, nanti mereka akan kena tindakan pula.”

Mata-mata PAS itu, tambahnya, sentiasa memberikan maklumat berkaitan kempen BN untuk memastikan pilihan raya itu berjalan dengan adil.

“Kita tidak mahu nanti ada menteri-menteri atau pemimpin-pemimpin BN yang berselindung di sebalik majlis-majlis formal anjuran kementerian untuk berkempen,” jelas Suhaizan lagi.

“Maksudnya kalau kita (PAS) tidak boleh berkempen dalam kem, BN tidak boleh juga. Kalau BN boleh, kita pun mesti boleh.”

Jelasnya lagi, beliau akan meminta supaya SPR dapat memastikan pemilih-pemilih pos di kem askar dan balai polis diberikan peluang sama untuk mendapatkan maklumat mengenai calon PAS.

SPR boleh menyediakan peluang berkenaan dengan memberikan peluang kepada calon-calon, termasuk pembangkang, untuk menjalankan ceramah di dalam kem.

Suhaizan turut menolak pandangan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang tidak membenarkan parti politik memasuki kem tentera untuk berkempen demi mengelak tentera “berpolitik.”

“Saya rasa (Abdul Latif) silap. Berpolitik ini apabila seseorang itu ada jawatan dalam parti atau terlibat secara aktif dalam parti politik.

“Tapi tujuan kita (berkempen di dalam kem) adalah untuk memberi maklumat kepada pengundi, bukan untuk jadikan tentera berpolitik.

“Apakah mendapatkan maklumat (pilihan raya) itu juga berpolitik?” katanya.

Desakan berkempen di dalam kem tentera timbul apabila jumlah pemilih pos – yang sering dicurigai pembangkang akan menguntungkan BN – terlalu besar.

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di DUN tersebut yang layak membuang undi, 4,604 terdiri daripada pemilih pos.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: