Rodziah Ismail Ticker's Blog

SELANGOR STATE TAKES ACTIONS AGAINST LAND OWNERS OF ILLEGAL LANDFILL

Posted in Malaysian Politics, Politics by rodziahismailticker on October 1, 2009

KENYATAAN MEDIA
30 SEPTEMBER, 2009
KERAJAAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMILIK TANAH
TAPAK PELUPUSAN HARAM
SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini telah diberi penerangan daripada Majlis
Perbandaran Selayang (MPS) dan Pegawai Daerah Gombak berhubung runtuhan tapak pelupusan haram di
Kampung Sungai kertas, Gombak pada 23 September 2009 serta kerosakan kepada dua ladang ternakan yang
berdekatan.
EXCO juga dimaklumkan bahawa tapak pelupusan seluas 20 ekar itu telah beroperasi lebih dari lima tahun.
Kawasan tersebut telah diisytihar sebagai “kawasan bencana” semenjak 4 September dan usaha
memadamkan kebakaran sampah yang telah mencecah ketinggian 300 kaki.
MPS juga memaklumkan beberapa kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik tanah dalam usaha
menghentikan kegiatan pelupusan sampah haram ini, dan dalam usaha membawa kes ini ke mahkamah bagi
mendapatkan injuksi menghentikan aktiviti pelupusan ini.
EXCO juga telah dimaklumkan bahawa pada 25 Januari 2007, Pegawai Daerah Gombak telah mengemukakan
Borang 7A (Notis Untuk Memulihkan Pelanggaran Syarat) dibawah Seksyen 128, Kanun Tanah Negara
kepada pemilik tanah untuk memulihkan pelanggaran syarat kegunaan tanah tersebut. Oleh kerana tiada
tindakan yang dibuat sehingga sekarang, EXCO pada hari ini telah mengarahkan pegawai daerah
mengemukakan Borang 8A (Notis PengembalianTanah Kepada Kerajaan) dibawah seksyen 130 Kanun Tanah
Negara untuk merampas semula tanah berkenaan daripada pemilik berkenaan.
Setelah usaha rampasan telah selesai, MPS telah diarahkan untuk memantau dan membersihkan kawasan
tersebut serta mendapatkan khidmat nasihat pakar daripada Worldwide Holding Berhad dalam usaha
pemuliharaan kawasan tersebut.
______________________________________________________________________________________________________________
SEKRETARIAT AKHBAR, PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR, TINGKAT 20, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40502 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA. TEL: 603-554470032 FAX: 603-55109686

Berkenaan dua penternak yang terlibat, EXCO juga dimaklumkan oleh MPS bahawa aktiviti penternakan
yang dijalankan adalah tidak sah. Kerajaan juga percaya aktiviti penternakan tidak sesuai untuk dijalankan
lagi dikawasan tersebut oleh kerana pencemaran yang telah berlaku.
EXCO juga telah mengenalpasti satu lot tanah berkeluasan 100 ekar di Hulu Selangor yang sesuai untuk
aktiviti penternakan dan kedua penternak Kampung Sungai Kertas akan dipindahkan ke kawasan tersebut
untuk sementara waktu. Bagaimanapun, mereka boleh membuat permohonan untuk menyewa tapak
berkenaan secara tetap. Tanah seluas 100 ekar ini juga boleh disewakan kepada penternak Selangor lain yang
berminat.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

—————————————————————————————————————————

PRESS STATEMENT

SEPTEMBER 30, 2009

STATE TAKES ACTIONS AGAINST LAND OWNERS OF ILLEGAL LANDFILL

SHAH ALAM: The State Executive Councillors (EXCO) meeting today received briefings from Selayang Municipal Council (MPS) and Gombak District office on the collapse of an illegal landfill in Kampung Sungai Kertas, Gombak on Sept 23, 2009 and caused the destruction of two cattle farms nearby.

The EXCO was informed that the 20-acre landfill has been operating illegally for at least five years and it has been declared a disaster area since September 4, 2009 and there has been an ongoing effort to extinguish fire in the 300-feet high mount of garbage.

MPS informed us that it had issued several compounds in the past years to stop the illegal activities to an individual who claimed that he was authorized by the owners to run the landfill but to no avail. There were also efforts to take the matter to court to obtain an injunction to stop the landfill activities.

The EXCO has also been informed that on January 25, 2007, the Gombak District Office has issued Form 7A, Notice To Remedy a Breach of Condition under Section 128 of the National Land Code, for the registered owners to make remedies on the breach of usage of land. Since no action has been taken to date, the EXCO today instructed the DO to issue Form 8A, or Notice of Reversion to the State, to forfeit the land from the four owners.

Following the completion of the forfeiture, MPS has been instructed to monitor and clean the area. The council has also been advised to seek the expertise of Worldwide Holdings Sdn Bhd for the rehabilitation of the area.

As for the fate of the two cattle farms, the EXCO was informed that the farming activities are not legal although some dues were paid to MPS for the structure on one of the farms. The State believes that it cannot allow anymore farming activities at the area due the contamination and pollution.

The EXCO has also identified a 100-acre site in Hulu Selangor suitable for farming activities and these two farmers will be temporarily be relocated to the area following which they can apply to lease the land from the state permanently. The site will also be made available for lease to other cattle farmers who operating throughout Selangor.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

SELANGOR MENTERI BESAR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: