Rodziah Ismail Ticker's Blog

So many Indians at the Bagan Pinang By Election Nomination

Posted in Bagan Pinang, Election, Malaysian Politics, Pakatan Rakyat, Pilihan Raya by rodziahismailticker on October 4, 2009

Hampir setengah daripada penyokong BN yang hadir adalah dari kalangan kaum India.   Kebanyakan mereka dikatakan bukan penduduk tempatan; tetapi tetap boleh menjadi petugas pilihan raya kecil di Bagan Pinang.   Ia memberi kesimpulan bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh bersikap berpuas hati dalam apa jua keadaan dan sentiasa melipatgandakan usaha dan pemikiran serta tindakan dalam meraih kepercayaan dan sokongan rakyat.

Kehadiran Samy Vellu dengan rombongannya yang ramai memberi tamparan kepada mereka yang mencemuh SV.   Perselisihan dalaman BN yang hebat sentiasa menjadi antara faktor utama kejatuhan BN dalam setiap pilihan raya.   Pakatan Rakyat wajar mengambil fakta itu sebagai rujukan utama dalam hubungan politik antara mereka supaya tidak menjadi faktor utama penyebab kejatuhan.

Berbagai isu tempatan wujud di setiap DM dalam Bagan Pinang.   Isu sosial (pengagihan khazanah N9 yang tidak seimbang), kelemahan infrastrutur di beberapa tempat yang mengakibatkan banjir, soal tanah pantai, dan dasar laut yang sudah diswastakan (menjadi milik peribadi) dan projek-projek besar terbengkalai menjadi tontonan umum saban hari serta isu I.S.A. yang bergelumang dengan rasuah dan politik wang akan menghantui BN dan menjadi punca kekalahannya.

Setakat ini, perang mempromosi parti dan calon sangat berpihak kepada BN; walaupun ia tidak memberi kesan yang besr kepada pengundi, usaha menimbulkan persepsi positif rakyat Bagan Pinang terhadap Pakatan Rakyat, khususnya PAS sangat diperlukan.

Bagan Pinang mempunyai lapan daerah mengundi(DM).   DM6, Kg Bagan Pinang adalah kubu kuat Isa Samad(ada orang Umno menggelar beliau I.S.A.).   Dan calon PAS dijangka kalah di DM ini, seperti banyak pilihan raya terdahulu.   Dalam pengundian pos yang akan berlangsung pada 8 Oktober nanti juga telah berlaku perpindahan pengundi dari kem di Port Dickson ke kem Gemas.

Budaya tidak mengambil sebarang tugas sambil lewa dan gerak kerja bersepadu akan menjamin keputusan yang diluar jangkaan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.   Faktor-faktor lain yang melibatkan sikap dan penggunaan sumber yang berkesan akan menjadikan pilihan raya kecil di N9 ini persaingan yang cukup sengit.

BN seperti biasa menjanjikan kemewahan-kemewahan dan keselesaan kepada para pengundi.   Kini ia menjadi retorik yang menjemukan, kerana Umno kini tidak memiliki kemewahan yang setara dengan janji-janjinya kepada rakyat.

Dalam menilai jumlah penyokong yang hadir, Calon PAS, Zulkefly Mohd Omar telah diiringi oleh hampir 15 ribu aktvis dan penyokong, sementara penyokong BN 5 ribu.   Taktik “menyembunyi” kehadiran ribuan penyokong Pakatan Rakyat dibelakang bangunan proses berlangsungnya penamaan semalam telah membuatkan kebanyakan media arus perdana melaporkan bilangan penyokong yang sama (kira-kira 5 ribu PAS, 5 ribu BN).   Editor mereka melaporkan apa yang kelihatan sahaja dan bukan keadaan sebenar.

Begitu telitinya BN, tanpa membuang masa, menggunakan segala jentera di bawah kekuasaannya untuk menumpaskan Pakatan Rakyat di peringkat awal – walaupun jelas wholly ungentlemanly.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: