Rodziah Ismail Ticker's Blog

Selangor State Assembly / Sidang DUN Selangor bermula hari ini

Posted in DUN Selangor, Malaysian Politics, Politics, Selangor State Assembly by rodziahismailticker on November 9, 2009

Photobucket

Sila saksikan secara langsung di TV Selangor

—————————————————————————————————————————————————-

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-04112009.pdf

Berikut adalah ucapan bahas Bajet 2010 YB Zuraida Kamaruddin pada 4 November 2009 :

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Alhamdulillah dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua telah memberikan saya peluang
untuk bersama membahaskan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri pada 23 Oktober yang lalu.
Belanjawan ataupun Bajet 2010 kali ini telah dibentangkan penuh semangat dengan
cita-cita serta janji daripada pihak kerajaan yang ingin menjurus kepada mengarahkan negara
menuju ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan serta
mengutamakan kesejahteraan rakyat. Sebagai antara kelompok kecil golongan wanita yang
menjadi Ahli Dewan Rakyat ini saya merasakan wujud satu desakan yang kuat untuk mengupas,
mengulas, mengkritik dan menyaran tentang isu-isu yang berbangkit dengan berpaksikan
kepentingan dasar untuk mengangkat martabat serta kebajikan wanita secara amnya.
1510
Ini kerana aneka ragam masalah yang melilit golongan wanita selama ini bukanlah
sebagai takdir Ilahi Tuan Yang di-Pertua tetapi sebagai akibat daripada proses sosial yang
tempang kerana tindakan manusia. Oleh itu, mahu ataupun tidak serangkaian perubahan struktur
daripada yang tempang kepada yang berkesetaraan perlu dimulai dari lingkup terkecil iaitu
institusi kekeluargaan hinggalah ke praktik kenegaraan. Mengikut Teori Equilibrium, telah
dibangunkan untuk melihat keperluan kebersamaan untuk saling melengkapi agar kelebihan dan
kelemahan setiap pihak boleh diharmonikan dalam usaha pembangunan negara madani.
DR. 4.11.2009
66
Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara yang saya sebutkan di atas sengaja saya jadikan
mukadimah untuk difahamkan kepada teman-teman di dalam Dewan yang mulia ini terutamanya
golongan lelaki yang ramai agar sekurang-kurangnya dapat faham bahawa lelaki dan wanita
memang diciptakan berbeza tetapi tidak untuk dibeza-bezakan. Ini adalah asas yang penting
untuk memahami isu-isu gender yang menjadi topik perjuangan golongan wanita dalam
masyarakat kita yang perlu dijalankan secara konsisten dan berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, sepanjang perbahasan bajet di dalam Dewan ini, saya banyak
mendengar hujah-hujah yang menyentuh perkara-perkara pembelaan untuk bangsa-bangsa
tertentu. Wakil Rakyat UMNO menceritakan tentang hak orang Melayu, MCA menceritakan
tentang hak orang Cina, MIC menceritakan tentang hak orang India. Akan tetapi jelas wakil
rakyat Barisan Nasional dan Perdana Menteri Kerajaan BN meminggirkan keperluan sekomponen
yang lebih besar iaitu golongan perempuan di Malaysia.
Peranan dan keupayaan orang perempuan dalam pembangunan negara haruslah
dimanfaatkan dengan satu pendirian yang lebih tegas dan matang. Sudah tiba masanya
Kerajaan Malaysia mengambil serius di atas perkara ini memandangkan prestasi wanita Malaysia
yang dilaporkan dalam Global Gender Gap Index oleh World Economic Forum tidak langsung
memberi satu gambaran bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang membangun. Menurut
laporan tersebut, kedudukan keseluruhan Malaysia melorot jatuh dari tempat ke-92 pada tahun
2006, ke tempat 96 pada tahun 2007, ke tempat 99 pada tahun 2008 dan terus tersungkur 101
pada tahun 2009 dari 134 negara.
Ini ada empat aspek utama yang dinilai iaitu peluang dan penglibatan ekonomi, kita
terletak di tangga 104. Dari segi pencapaian dan pembelajaran, di tangga 77. Dari segi health
dan survivor, kita di tangga 103, pembudayaan politik di tangga 113. Kedudukan Malaysia jauh
terpelanting di bawah negara-negara Afrika dan benua India. Filipina pada keseluruhannya
duduk di tangga ke-9 Tuan Yang di-Pertua.
Satu lagi perkara yang terang dan nyata di sini ialah usaha-usaha Kerajaan BN adalah
retorik semata-mata dan saya terkilan dan malu bagi pihak warga perempuan di Malaysia kerana
pada tahun 2006 juga kerajaan BN melancarkan Jawatankuasa Kabinet Gender Inequality and
Non Discrimination. Dari laporan ini jelas bahawa tidak ada kesungguhan langsung dan
membuktikan sikap Kerajaan BN hanya pandai bermain kata.
Inilah tabiat Kerajaan BN, 1Malaysia cakap tidak serupa bikin. Tidak ada pelaksanaan
yang jelas dan pemantauan yang serius, wanita Malaysia jauh ketinggalan. Apa yang ketara dari
bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ialah perhatian kepada seorang perempuan
sahaja dengan peruntukan RM100 juta kepada Program PERMATA Negara. Saya tidak mahu
1Malaysia…
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Yang Berhormat Ampang.
DR. 4.11.2009
67
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang
Berhormat?
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Minta maaf, saya tidak bagi jalan.
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Akan tetapi ini penting sebab sama-sama
wanita Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Saya tidak mahu slogan 1Malaysia
menjadikan ‘1Malaysia, 1Perempuan didahulukan, RM100 juta diutamakan’. Ini yang kita tidak
mahu… [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, dia tidak bagi
jalan Yang Berhormat.
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Mana boleh takut macam itu Yang
Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Tuan Yang di-Pertua, maka saya seru…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat, kalau…
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah
pinggirkan wanita Yang Berhormat!
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Saya seru di Dewan yang mulia ini…
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah
pinggirkan wanita!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kalau dah buat tuduhan, bagilah, kata
tadi meminggirkan orang perempuan.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Tak payah, Yang Berhormat Sri Gading,
tak payah kerana saya memang tidak kasi wakil…
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Yang Berhormat kena dengar juga,
sekarang KSU pun wanita Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat ini cakap tidak
serupa bikin.
Seorang Ahli: Cakap tidak serupa bikin!
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Ubahlah tabiat tidak bertanggungjawab
Kerajaan BN demi masa depan rakyat Malaysia.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Inilah Yang Berhormat cakap…
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Tidak boleh macam itu, apa yang telah
diberi oleh Kerajaan Barisan Nasional, Yang Berhormat tidak pernah berterima kasih pun!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat pun tak beri peluang
kepada perempuan. So macam mana?
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Tidak boleh macam itu Yang Berhormat…
[Dewan riuh]
DR. 4.11.2009
68
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Inilah yang dinamakan …
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang
Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Parit Sulung, duduklah Yang Berhormat.
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: …Sebanyak 14% Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Tidak mahu cakap sekarang. Dulu jadi
Menteri kenapa tidak buat? Duduk, duduk, duduk! Waktu jadi Menteri tak nak buat apa-apa,
sekarang dah jadi backbenchers baru nak cakap…
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Yang Berhormat tidak boleh buat accusation
macam itu Yang Berhormat. Dasar Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan
wanita!.. [Dewan riuh]
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Duduk, duduk. Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, teruskan Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Jawatankuasa Kabinet Kesetaraan dan
Kesaksamaan Gender haruslah lebih berdaya dalam mengangkat agenda dasar wanita Malaysia.
Segala wawasan dan matlamat wanita negara haruslah diterap di semua peringkat kementerian,
jabatan dan agensi kerajaan dan terus menjadikannya salah satu KPI dilengkapi dengan pelan
tindakan, mekanisme pelaksanaan dan sistem pemantauan yang rapi. Prestasi dinilai dari tahun
ke tahun dan tidak bersikap ad hoc dan reaktif.
Tuan Yang di-Pertua, sekitar awal tahun 2000, ada unsur pengarusutamakan gender dan
budget cross cutting pada lima kementerian iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber
Manusia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan juga Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. 1Malaysia hangat-hangat tahi ayam, buat program tidak ada satu
pelaksanaan pun. Amat mengecewakan sepatutnya ketika ini kita sudah sampai ke tahap
meneliti hasilnya dan teruskan agenda wanita negara…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: …Di kementerian-kementerian yang lain
dan membincangkan bagaimana penyertaan sekurang-kurangnya 30% itu boleh dimanfaatkan
oleh wanita Malaysia.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Boleh bagi saya peluang?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang
Berhormat?
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Saya tidak mahu bagi jalan kepada Wakil
Rakyat Barisan Nasional terutamanya orang lelaki kerana mereka ini tidak prihatin tentang
keperluan orang perempuan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Astaghfirullah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]:Yang Berhormat Sri Gading
duduklah. Tidak apalah, biarlah dia berucap.
DR. 4.11.2009
69
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Lailahaillallah, bagilah peluang.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Ketika harga minyak hendak dinaikkan
mereka menyokong sedangkan ibu-ibu di kawasan mereka sedih, menderita untuk membeli
barang dengan harga yang mahal.
Tuan Yang di-Pertua, program meningkatkan mutu hidup, taraf kesedaran sosial,
ekonomi dan politik, program pembudayaan wanita patut sudah dilaksanakan dan membuahkan
hasilnya. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat haruslah lebih berdaya
untuk mengangkat dasar wanita negara dan tidak hanya bersifat menumpang seperti melukut di
tepi gantang.
Tuan Yang di-Pertua, atas dasar ini saya mencadangkan sudah tiba masanya satu
kementerian yang khusus mengurus tadbir hal ehwal pembudayaan wanita sangat patut
diwujudkan. Kementerian ini bertanggungjawab memberi tumpuan melaksanakan dasar wanita
negara untuk memartabatkan wanita Malaysia. Selagi ini tidak direalisasikan, draf tindakan
bertimbun-timbun dari tahun ke tahun, menteri bertukar ganti, menteri di kitar semula, menteri
pintu belakang, tahap daya saing wanita Malaysia akan terus melorot di persada dunia.
Satu Bengkel Pelan Tindakan telah diadakan pada Oktober 2008. Hasilnya satu draf
pelan tindakan bersepadu telah disediakan dan boleh diguna pakai sebagai panduan
pelaksanaan ke arah pembudayaan wanita Malaysia. Saya harap draf tersebut dapat diguna
pakai dan tidak dibazirkan seperti lazimnya. Sifat terkutuk semula jadi 1Malaysia yang suka
membazir harus ditegur Tuan Yang di-Pertua kerana Allah Taala berfirman maksudnya,
pembaziran itu adalah saudara syaitan.
Peruntukan RM1.1 bilion tidak langsung membantu malah mempamerkan kelemahan
tahap kepekaan Perdana Menteri dalam menilai peranan wanita Malaysia dalam pembangunan
negara. Pecahan RM1.1 bilion, 11% sahaja untuk pembangunan dan 89% digunakan untuk
pengurusan. Dari bajet RM1 bilion, 75% digunakan untuk program one-off, program one-off ini
sudah jelas tidak ada hala tuju dan tidak mempunyai matlamat panjang melainkan untuk membeli
undi.
Malah dalam ucapan bajet, Perdana Menteri amat bangga memperkatakan lebih RM600
juta untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat digunakan untuk
program kesejahteraan rakyat iaitu memberi sumbangan kepada golongan yang perlu.
Sepatutnya Perdana Menteri tidak harus berbangga, kalau bajet untuk memacu ekonomi
berpendapatan tinggi maka nisbah pengagihan peruntukan haruslah berat kepada bajet
pembangunan sebagai usaha untuk membangunkan ekonomi orang miskin.
Dari tahun ke tahun, sepatutnya nisbah peruntukan pembangunan mengatasi peruntukan
pengurusan sebagai bukti kejayaan program-program ekonomi yang dilaksanakan dari tahun ke
tahun. Peruntukan 2010 ditambah dari RM933 juta kepada RM1.1 bilion, tambahan 12%. Akan
tetapi nisbah untuk pembangunan jatuh dari 16% ke 11%.
DR. 4.11.2009
70
1520
Berdasarkan kepada fakta-fakta yang disebut tadi jelas dengan wujudnya satu
kementerian yang baru iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
banyak kelemahan yang ada insya-Allah akan dapat di atasi. Seperti satu contoh saya hendak
beri di sini Tuan Yang di-Pertua, permasalahan wanita kaum Penan, kementerian yang ada
sekarang terbukti tidak bermaya langsung. Surat yang mudah pun tidak mahu terjawab apabila
ditanyakan perihal Laporan Jawatankuasa Bertindak mengenai kes penderaan seksual wanita
Penan, sepuluh bulan menanti dan setelah wanita Keadilan menziarahi pejabat Menteri barulah
mengaku bahawa laporan tersebut boleh didapati dari Jabatan Pembangunan Wanita. Melalui
usaha wanita Keadilan laporan itu disebarkan kepada media dan umum. Kenapa Menteri
berdolak-dalik? Inilah misteri Bollywood 1Malaysia.
Sehingga sekarang Menteri masih tidak berdaya untuk merancang tindakan selanjutnya
untuk membantu mangsa dan membawa penjenayah ke muka pengadilan. Terima kasih kepada
Kerajaan Pulau Pinang dan Kerajaan Selangor yang telah menghulurkan bantuan sebanyak
RM30,000 dan RM50,000 untuk membantu mangsa-mangsa ini dan kaum wanita Penan. Lagi
amat menghancurkan Tuan Yang di-Pertua, apabila kerajaan Sarawak mengambil sikap denial,
tidak mengaku. Ramai wakil rakyat di sini sudah sebutkan juga masih tidak mengaku juga lagi,
Ketua Menteri Sarawak. Beliau juga adalah Timbalan Ketua Menteri dan juga Pengerusi Hal
Ehwal Penan tidak langsung peduli dan terus bersikap arrogant. Wakil Rakyat Sarawak
sepatutnya bersuara dalam kes penganiayaan ini.
Terkini Menteri Pembangunan Tanah, Dato’ Seri Dr James Jemut Masing
mengesyorkan….
Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Sarawak, Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Kapit bangun
Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: …Untuk soal siasat Menteri wanita. Lucu
sekali…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang
Berhormat?
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Apakah susah sangat untuk ketiga-tiga
agensi ini untuk duduk berbincang…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Ampang tidak
bagi jalan Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: …Mengenai permasalahan tersebut dan
mengambil langkah agar jenayah tertangkap dan mangsa tidak terus teraniaya. Inilah sikap pass
the bark 1Malaysia.
DR. 4.11.2009
71
Satu lagi contoh Tuan Yang di-Pertua, OSCC iaitu One-Stop Crisis Centre. Kajian
setakat ini menunjukkan bahawa kes-kes keganasan terhadap wanita yang dilaporkan kepada
hospital-hospital yang mengoperasikan OSCC telah meningkat. Hospital-hospital yang benarbenar
mengoperasikan OSCC ialah enam hospital di Selangor dan satu di Pulau Pinang. OSCC
telah lama diperkenalkan sejak tahun 1986, tetapi tidak mendapat sambutan kerana rata-rata
rakyat tidak arif tentang perkhidmatan dan kewujudannya. Di samping itu perkhidmatan
kepakarannya, professionalism yang perlukan dalam menangani kes-kes penderaan, keganasan
fizikal dan seksual rogol dan sebagainya masih jauh dari yang diharapkan.
Peningkatan kes-kes berkenaan yang dilaporkan di Selangor telah meningkat kerana
rakyat di Selangor telah mengetahui dengan lebih dekat kerana Kerajaan Negeri Selangor telah
membuat satu menjadikannya satu menjadikannya satu daripada program merakyatkan ekonomi
Selangor. Jadi dengan ini ramai lagi rakyat negeri Selangor faham ketua-ketua komuniti
berupaya menjadi agen perubahan dalam proses menangani krisis keganasan dalam masyarakat
dengan lebih berkesan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang kes beberapa
perkara yang saya ingin tujukan kepada kementerian. Apakah kelembapan perkhidmatan OSCC
berjumlah lebih seratus pusat di seluruh negara dan kurang pengetahuan mengenai oleh rakyat
Malaysia sedang perbaiki?
Apakah usaha-usaha Kementerian Kesihatan dalam terus meningkatkan kepakaran dan
perkhidmatan dalam menangani kes-kes keganasan yang dibawa ke OSCC? Berapakah bajet
yang diperuntukkan untuk menyebar luaskan pengetahuan mengenai OSCC di kalangan rakyat
Malaysia khususnya di negeri Selangor? Berapakah pula bajet khususnya kepada negeri
Selangor juga yang diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan OSCC di dalam
berterusan membina pasukan pakar dan pengurusan yang profesional. Sikap memilih, satu lagi
perkara yang saya ingin sentuh di sini Tuan Yang di-Pertua. Sikap memilih kasih Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terhadap wanita di Malaysia. Semenjak
Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, Jabatan Pembangunan Wanita yang di
bawah pengendalian kementerian telah tidak memberikan kerjasama sewajarnya kepada
Kerajaan Negeri Selangor.
Khususnya terhadap portfolio Kerajaan Negeri Selangor Hal Ehwal Wanita tidak
diketahui apakah kegiatan program dan usaha JPW untuk kepentingan wanita Selangor
khususnya dan wanita Malaysia amnya. Bahkan tidak pelik jika perkara yang serupa berlaku di
negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Tidak ada musyawarah, perkongsian maklumat, dan
perbincangan bersama untuk meningkatkan pembangunan menyeluruh wanita di Selangor. Sikap
dan perbuatan kementerian yang diketuai oleh Yang Berhormat Senator Menteri sangat
bercanggah dengan sikap dan nilai yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri inclusivity. Ini
memang tidak dilakukan oleh Kementerian Wanita. Ini sekadar Perdana Menteri melelong-lelong
konsep 1Malaysia. Inilah ‘1Malaysia kena lelong’. Di samping itu Majlis Pembangunan Wanita
DR. 4.11.2009
72
negeri Selangor pula telah dimansuhkan sebaik sahaja kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat
mengambil alih pentadbiran negeri Selangor.
Ia juga merupakan mekanisme kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan
dalam memelihara kepentingan wanita-wanita di peringkat negeri. Sekali lagi menunjukkan
kegagalan kementerian, Senator, Menteri mempraktikkan laungan lantang inclusivity.
Kementerian ahli Yang Berhormat Senator Menteri telah memilih kasih dalam memelihara
kesejahteraan wanita di Malaysia. Perlu diingatkan bahawa Selangor mempunyai bilangan wanita
teramai dan sebahagian besar mereka adalah pembayar cukai pendapatan. Amatlah tidak wajar,
tidak adil, tidak objektif dan tidak profesional dalam rangka untuk membangun, memaju dan
mengukuhkan kesejahteraan wanita di seluruh pelosok negara Ahli Yang Berhormat Senator
bersikap pilih kasih dalam situasi ini.
Jadi apakah ini dasar 1Malaysia, Menteri pintu belakang? Berapakah peruntukan kepada
Majlis Pembangunan Wanita Negeri di peringkat negeri Selangor? Begitu juga berapakah
peruntukan terhadap yang serupa di peringkat negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan?
Apakah aktiviti program-program yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan? Kita pun tidak
tahu. Apakah rancangan dan peruntukan dalam pembinaan infrastruktur dan penyediaan rumahrumah
peninggalan wanita, warga emas, OKU dan kanak-kanak di negeri Selangor, Pulau
Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak? Masih lagi menjadi tanda soal. Di sini saya juga mengambil
peluang untuk menyentuh tentang isu dalam kawasan saya. Isu pelarian Myanmar. Isu pelarian
rakyat Myanmar ke negara ini sudah mula menjadi isu yang besar. Ampang sendiri merupakan
atau antara kawasan yang wujudnya koloni dan merupakan kawasan penempatan tidak rasmi
bagi golongan pelarian ini.
Saya telah beberapa kali menganjurkan pertemuan bersama ketua-ketua masyarakat ini
dalam usaha untuk memahami permasalahan mereka dan menyampaikan rasa prihatin serta
menyampaikan pandangan mengenai kedudukan mereka. Kini telah tiba masanya satu garis
panduan jelas diambil dan arahan berkaitan dikeluarkan. Sebagai negara yang tidak mengakui
status pelarian ini, Malaysia seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk menangani isu ini
sebelum menjadi barah yang membebankan. Kita hairan bagaimana golongan ini dibenarkan
masuk dan tinggal di Malaysia. Mereka diberikan taraf pelarian oleh United Nations, namun tidak
dibenarkan bekerja dan anak-anak mereka tidak boleh didaftarkan ke sekolah.
Jika tidak ada langkah pengawalan dan penempatan yang sesuai, bagaimanakah
mereka ini dapat meneruskan kelangsungan hidup. Perlu diingatkan bahawa mereka ini
beragama Islam kebanyakannya. Tanpa garis panduan yang jelas, besar kemungkinan anakanak
yang tidak dibenarkan ke sekolah ini akan menimbulkan masalah sosial dan mereka yang
tidak dibenarkan bekerja akan terdedah kepada pelbagai kemungkinan untuk meneruskan
survival. Kini adalah masa yang paling sesuai untuk pihak kerajaan membuat keputusan dan
mengambil tindakan. Tindakan segera perlu diambil bagi memutuskan status mereka sama ada
DR. 4.11.2009
73
ingin diberi perlindungan atau dihantar pulang. Untuk kedua-dua tujuan ini pula, golongan ini
ditempatkan secara berkelompok dan dalam kawalan. Bagi menjaga kebajikan mereka serta
menjamin keselamatan rakyat Malaysia sendiri. Kita tidak mahu mereka kemudiannya
dieksploitasi seperti yang berlaku kepada kebanjiran warga Filipina di negeri Sabah.
Jadi akhir sekali untuk menggulung Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri
perbahasan saya pada ruang yang diberikan kali ini dengan menyimpulkan sebuah isu dasar
yang menjadi fokus sebentar tadi. Kesemua ini mendorong kepada keperluan serius tentang
peranan wanita yang seharusnya diberi tempat yang penting bagi memastikan kebajikan wanita
terbela. Seterusnya tentang Menteri Pembangunan Wanita untuk memainkan peranan yang lebih
meluas bagi memastikan bukan sahaja Kementerian Wanita malahan kesemua kementerian
yang melaksanakan polisi-polisi dan dasar yang mesra wanita. Kesemua perkara di atas perlu
mempunyai tindakan yang jelas yang perlu diukur dan dipantau keberkesanannya dan
pelaksanaannya. Besar harapan saya agar input yang disebutkan tadi dapat memberi manfaat
kepada negara yang kita cintai.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menambah di sini dan ingin menegaskan bahawa
sudah tiba masanya satu ‘Kementerian Pembudayaan Wanita’ diwujudkan untuk memberi
tumpuan ke atas pembangunan wanita Malaysia untuk mengangkat dan melaksanakan agenda
wanita negara.
1530
Memandangkan Menteri yang ada sekarang hanya mampu menerajui program
sumbangan hamper kepada OKU, warga emas dan ibu tunggal dan seangkatan dengannya.
Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih dan saya harap semoga Bajet
1Malaysia Kemakmuran Bersama tidak menjadi Bajet 1Malaysia Komisen Bersama. Terima
kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: