Rodziah Ismail Ticker's Blog

Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa Landslide

Posted in Malaysian Politics, Politics, Selangor Government by rodziahismailticker on November 18, 2009

KENYATAAN MEDIA
18 NOVEMBER 2009
LAPORAN SIASATAN TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA

DIKELUARKAN UNTUK TATAPAN UMUM MULAI ISNIN DEPAN
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini telah menggunakan kuasanya dibawah seksyen 2c Akta Rahsia Rasmi untuk mendeklasifikasikan laporan siasatan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008  lepas.

Tindakan itu telah dibuat setelah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju supaya laporan itu – yang telah dikelaskan sebagai “rahsia” oleh Kerajaan Persekutuan – dikeluarkan untuk tatapan umum.

Laporan tersebut yang bertajuk  “Kajian Siasatan Kejadian Tanah Runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarbangsa” telah disediakan oleh oleh cawangan kejuruteraan cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan telah sampaikan kepada menteri Besar oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) setelah menerimanya dari JKR pada September lepas.Laporan ini boleh didapati di pejabat MPAJ bermula Isnin depan dengan harga kos. Walaubagaimanpun satu ringkasan laporan akan diedarkan oleh MPAJ secara percuma.

“Kita berharap laporan ini boleh menolong kita mengatasi masalah-masalah cerun.  Kerajaan Negeri juga akan meneliti laporan tersebut sebelum mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Bukit Antarabangsa pada awal Januari tahun hadapan,” kata Tan Sri Abdul Khalid ketika sidang media selepas MMKN.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha Akhbar Arfa’eza A. Aziz di talian 03-5544 7452. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: