Rodziah Ismail Ticker's Blog

Fitnah terhadap Husam

Posted in Kelantan, Malaysian Politics, Politics by rodziahismailticker on November 23, 2009

Husam: ‘Sejinak mana pun ular peliharaan, satu hari ia akan mematuk tuannya.’

Posted by RAKYAT MARHAEN Isnin, 2009 November 23
Rasa bersyukur yang amat sangat apabila Husam keluar membuat kenyataan yang dengan sendirinya membuat media pro-UMNO terkedu dan saingan serta musuh politik Husam meletak kedua-dua tangan di atas kepala.

Ada orang sahabat lama memberi komen nakal, kononnya saya ‘orang’ Husam. Sambil tergelak saya membalas SMS mereka, ‘saya tak kenal pun Husam dan Husam lagilah tak kenal saya.’

Pada tahun 1999, semasa persiapan PRU10, Husam ada datang membantu YB Dr.Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi sekarang) berkempen di Bangi. Saya selaku Ketua UPU menawarkan rumah saya tempat persinggahan Husam dan Dr.Shafie sementara menunggu ceramah selepas Isyak. Husam daripada KLIA dibawa terus ke rumah saya. Selepas bersolat Isyak mereka dibawa ke tempat ceramah.

Daripada dulu hingga sekarang, pendirian saya amat jelas. Saya tidak berpihak kepada mana-mana pimpinan. Sesiapa yang di’angkat’ oleh perwakilan, itulah pemimpin saya. Saya akan tetap wala’ selagimana mereka tidak melanggar Syariat.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.

Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.

Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.

“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan. Seterusnya baca di sini.

Suatu ketika Husam dilihat sebagai pengganti TGNA menyandang Menteri Besar Kelantan. Justeru itu, musuh politik meneroka setiap sudut mencari kelemahan dan kekuatan Husam. Fitnah dan provokasi menjadi asam garam seorang pemain politik.

Hanya mereka yang bersemangat kental sahaja dan sedikit kebijaksanaan yang dikurniakan Allah SWT dapat mengharungi ujian ini.

Awas Husam, berhati-hati memilih kawan dan cepat mempercayai seseorang.

‘Sejinak mana pun ular peliharaan, satu hari ia akan mematuk tuannya.’

Soal pengganti Menteri Besar tidak timbul kerana PAS bergerak secara jemaah, kerana PAS: “We’re Not a One-man Show”

by al-brangi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: