Rodziah Ismail Ticker's Blog

MAJLIS DIALOG MASYARAKAT ORANG ASLI BERSAMA MENTERI BESAR SELANGOR

Posted in Malaysian Politics, Politics, Selangor Government by rodziahismailticker on December 2, 2009

oleh Jenita Engi
selaku Pegawai Khas kepada YB Elizabeth Wong
dan AJK penganjur majlis dialog


Tanggal 1 Mac 2009 yang lepas, satu majlis dialog antara masyarakat Orang Asli bersama Menteri Besar telah diadakan di dewan orang ramai Desa Temuan, Damansara Perdana. Majlis dialog ini telah dihadiri seramai 500 orang daripada tujuh Daerah perkampungan Orang Asli. Antaranya adalah Kuala Langat, Hulu Langat, Petaling, Gombak, Sepang, Klang dan Hulu Selangor. Beberapa ADUN dari Pakatan Rakyat juga hadir.

Majlis yang julung kali diadakan dibawah pemerintahan kerajaan baru ini adalah bertujuan bagi kerajaan memahami dengan lebih dekat masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli, juga cadangan tindakan susulan yang bakal diambil.

Majlis dimulakan dengan perbentangan daripada Dr. Colin Nicholas, tentang situasi tanah adat Orang Asli dahulu dan sekarang. Perbentangan selama 10 minit tersebut memberi penjelasan betapa masyarakat Orang Asli sebenarnya mempunyai hak mereka tersendiri dalam memiliki tanah mereka sendiri, salain mempunyai hak untuk mempertahankan hak mereka.

Isu Tanah adalah focus utama dalam dialog ini memandangkan sehingga ke hari ini, masalah tanah masih belum dapat diselesaikan. Pembentang utama iaitu Amri Jamil selaku pengerusi POASM Negeri Selangor, menegaskan bahawa tanah merupakan nyawa kepada kehidupan masyarakat Orang Asli sejak dari dahulu lagi.


Selain Amri, Tijah Yok Chopil selaku wakil dari Perak, membuat perkongsian tentang isu-isu yang berlaku diperak, yang mana dibawah kerajaan pakatan rakyat, Masyarakat Orang Asli di Perak telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang berkaitan dengan tanah Orang Asli.

Bob Manolan selaku wakil dari Pahang membuat perkongsian tentang isu pengambilan tanah yang berlaku tanpa persetujuan komuniti dan tindakan yang telah diambil oleh masyarakat Orang Asli.

Dalam ucapan Y.A.B. Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim, beliau menyokong penuh dengan penubuhan Jawatankuasa Khas bagi tanah Orang Asli Negeri Selangor. Diharap dengan tertubuhnya jawatankuasa ini akan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah tanah Orang Asli dalam Negeri Selangor, disamping akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Khas Tanah Negeri Selangor.

Antara lain Tan Sri Menteri Besar, menyatakan bahawa kerajaan negeri dibawah kerajaan baru cuba untuk membantu dalam pembangunan masyarakat Orang Asli seperti mendaftarkan anak-anak kelahiran Selangor di bawah ahli tabung anak Selangor, menyediakan program tuisyen, pemberian meter air secara percuma dan sebagainya.

Majlis dihangatkan dengar sesi soal jawab antara wakil daerah  dengan Menteri Besar, yang dipengerusi oleh YB Edward Lee. Antara persoalan yang dibangkitkan adalah pengwartaan tanah yang telah sekian lama tertangguh. Antara wakil yang menyarankan agar tindakan susulan disegerakan adalah seperti wakil dari kuala Langat iaitu Batin Perat Anak Dolah. Juga wakil dari Desa Temuan Puan Elan, yang mahukan satu penyelenggaraan dilakukan di kawasan beliau, dan En. Yusop Alip dari Bukit bangkong (Temuan) tentang biasiswa untuk pekar-pelajar Orang Asli.

Majlis dialog dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysian (Bahagian Selangor) dan Jaringan Orang Asal SeMalaysia.

Majlis diakhiri dengan penyerahan memo-randum yang disampaikan oleh wakil masyarakat Orang Asli Selangor iaitu keluarga Gadoh Anak Bujang komuniti dari kampung Bukit Unggul, Sepang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: