Rodziah Ismail Ticker's Blog

Gerakan Intelligensia Malaysia (GIM) belum berupaya mempengaruhi massa

Posted in Malaysian Politics, Politics by rodziahismailticker on December 5, 2009

– 1 RUANG IKLAN MASIH KOSONG –

Posted on Thursday, December 03 @ 23:18:27 PST at TRANUNGKITE ONLINE
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Artikel Oleh Rozaini Mohd Rosli

Begitu hebatnya pemikiran para cendikiawan Malaysia yang telah menghasilkan berbagai tulisan dan hasil penyelidikan yang mendalam terhadap pelbagai isu sosio-ekonomi dan politik negara tetapi masih belum mampu menjadi pengaruh besar dan meluas dalam masyarakat.

Golongan Intelligensia Malaysia (GIM) masih berligar secara tersendiri dan ekslusif membincangkan masalah dan kemungkinan usaha-usaha ke arah reformasi dalam bidang-bidang yang mengatur kehidupan rakyat Malaysia.

Kebanyakan daripada GIM lebih selesa untuk berada dalam keselesaan perbincangan intelektual sesama mereka; yang menjadi di antara sebab utama sukarnya untuk melonjakkan aktivisme perubahan yang memerlukan sokongan rakyat jelata.

Tentunya itu suatu fenomena GIM yang dikehendaki oleh status quo – selesa dalam keadaan mereka dan tidak mempunyai hubungan terus dan meluas dengan rakyat marhain. Telah disedari bahawa keintiman GIM dengan masyarakat akan membawa padah kepada status quo pemerintah. Tidak dadpat dinafikan bahawa GIM berupaya membina rangakaian yang bersistematik dan merapati rakyat dengan berkesan dengan segala sumber dan ilmu yang ada pada mereka – hanya kebanyakan daripada mereka ketika ini sudah terlalu disibukkan dengan hal-hal akademik dan politik universiti tempat mereka berpaut, sehingga tidak mempunyai masa untuk beramah-mesra bersama rakyat dan mendidik mereka dari dekat dan secara peribadi (personal touch). Kebanyakan ilmu dan kepandaian mereka tidak melimpah dari menara gading, comfort zone mereka.

GIM memerlukan Penghulu yang menghalatujukan gerakan yang menganjurkan perubahan dalam masyarakat dan pentadbiran negara. Bahkan mereka adalah bakal-bakal pemimpin negara yang ulung – berpendidikan, berprinsip, berakhlak, profesional dan memiliki penuh kesedaran terhadap natijah keburukan yang akan dialami oleh rakyat dan negara sekiranya penindasan, korupsi dan ketidakadilan menjadi nilai dan budaya masyarakat.

Apakah wajar mereka terus-menerus mengelak untuk secara langsung dan ernest melibatkan diri mereka dalam kancah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan, bila mana segala kepincangan sedang berlaku di depan mata mereka?

Apakah mereka tetap wajar berselindung memberi alasan bahawa kekecualian mereka itu adalah suatu hikmah perjuangan?
Berapa lama lagikah GIM akan bangkit menjadi pengaruh dan jurubicara rakyat dalam menuntut keadilan di Malaysia, menyelamatkan segala khazanah dan kekayaan negara dari disonglap oleh ahli-ahli politik durjana, memperbetulkan kegawatan yang sedang berlaku dalam sistem sosial masyarakat, dan mengnyahkan kehodohan politik durjana?
Dalam konteks parti-parti politik Pakatan Rakyat, pemilihan barisan pemimpin dalam parti masing-masing wajarlah mengambilkira setulusnya kepentingan GIM ini.

Para pendokong politik baru akan menerima dengan lapang dada kehadiran GIM dalam parti dan kepimpinan. Ahli-ahli politik baru sememangnya tidak akan merasa kekok bergandingan bersama GIM dalam merangka dan melaksanakan agenda reformasi negara dengan lebih berintegriti, tersusun, sistematik dan professional. Penyatuan dua golongan – Ahli Politik Baru dan GIM – adalah gabungan yang potent dalam merealisasikan perubahan/reformasi dalam masa yang lebih singkat dan menepati sasaran.

Budaya yang sesuai dalam penyatuan ini juga perlu wujud – jika keduanya menitikberatkan keutamaan dan kepentingan rakyat mengatasi agenda diri dan golongan, maka sebahagian besar permasalahan budaya kerja dan pemikiran sudah diberesi.

Penyatuan ini memerlukan kebijaksanaan dan kepimpinan yang disegani oleh keduanya; pemimpin itu wajar menelusi proses aliran pemikiran keduanya agar mendapat hasil yang terbaik dari ilmu dan pengalaman dari dua golongan istimewa itu. Percanggahan aliran pemikiran dan budaya kedua golongan tersebut perlu juga diselami dan dicanai semula sehingga memperolehi suatu bentuk kesepakatan yang hanya mengutamakan pencapaian yang menghasilkan yang terbaik kepada rakyat marhain.

Setiap bidang yang mengatur kehidupan rakyat Malaysia telah terabai kerana hanya ahli politik telah dibenarkan untuk membuat kesemua keputusan tanpa memberi pertimbangan wajar terhadap nasihat GIM. GIM juga tidak mungkin dapat disalahkan sepenuhnya jika mereka kurang ingin bekerjasama dengan ahli-ahli politik kerana selama ini pandangan serius mereka tidak begitu diendahkan.

Ahli-ahli politik pemerintah selama ini berminat hanya untuk memperalatkan GIM bagi tujuan kepentingan politik dan kedudukan kuasa pemimpin. GIM di gertak dan diancam supaya tidak sewenangnya menyatakan kebenaran, yang lazimnya menjelaskan keburukan banyak dasar dan pengoperasian dasar kerajaan. Jika pendapat dan pemikiran GIM berada dalam arusperdana informasi kepada rakyat nescaya kedurjanaan politik dan pemerintahan akan lebih pantas terkubur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: