Rodziah Ismail Ticker's Blog

Agenda Kesejahteraan Wanita Pakatan Rakyat

Posted in Malaysian Politics, Politics, Wanita, Women by rodziahismailticker on December 9, 2009

Posted on Tuesday, December 08 @ 16:06:49 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Tranungkite
Oleh Rozaini Mohd Rosli

Apakah Agenda Kesejahteraan Wanita Pakatan Rakyat akan menjadi sesuatu yang menguja setiap wanita (dan juga lelaki) di negara ini?

Apakah yang diingini oleh wanita Malaysia, yang sebahagian mereka adalah pengundi dalam pilihanraya dan berperanan besar dalam menentukan sama ada Pakatan Rakyat akan menerajui kepimpinan negara Malaysia atau sebaliknya?

Wanita berkuasa memilih pemimpin mereka.   Adalah wajar wanita memilih pemimpin yang memelihara kepentingan mereka dengan baik dan adil.   Tentunya pemimpin sedemikian mempunyai beberapa ciri khusus yang menjadikannya istimewa di kalangan wanita.

Keperluan menjaga kemaslahatan wanita dituntut bukan sahaja oleh gerakan hak asasi manusia bahkan oleh setiap agama dan budaya.   Sejarah Islam telah mencatatkan bahawa Rasullah saw sendiri telah mengkhususkan supaya kepentingan wanita itu dipelihara sebaik mungkin agar keadilan terlaksana dalam semua bidang aktiviti manusia.   Gesaan itu memberi implikasi bahawa Agenda Kesejahteraan Wanita yang bersepadu (integrated) mestilah didokong dan dihayati juga oleh semua lelaki dalam memastikan kejayaannya.   Oleh itu, hubungan lelaki-wanita atau relasi lelaki-wanita, menjadi intipati dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di mana-mana saja.   Kelemahan atau kesilapan dalam memahami hubungi ini akan menghasilkan berbagai kepincangan dan ketidakadilan dalam masyarakat sehingga akan berlaku pemberontakan dari salah satu golongan tersebut sebagaimana yang disaksikan dalam kurun ke 18 yang lalu.   Revolusi Industri di Eropah telah menghasilkan suatu keadaan di mana wanita ditindas – tidak diberi upah setara dengan lelaki walaupun melakukan kerja-kerja yang serupa, tidak diberi hak menyuarakan pendapat dan mengundi, tidak disokong dalam memikul bebanan rumahtangga dan pendidikan anak-anak (walaupun terpaksa bersama menyara keperluan ekonomi keluarga) dan tidak diperlakukan sebagai insan tetapi sebagai barangan dalam undang-undang di kebanyakan negara di Eropah dan Amerika ketika itu.

Feminisme adalah natijah yang lahir dari kepincangan dalam urustadbir negara, sektor perindustrian dan kehidupan manusia zaman itu.   Ia dirujuk sebagai Feminisme Gelombang Pertama  (The First Wave Feminis).   Ia diterajui oleh Mary Wollstonecraft (1759-97) yang menganalisa dan mengetengah bentuk-bentuk diskriminasi terhadap wanita dan wanita pekerja, dalam mendapatkan hak pendidikan serta penglibatan dalam pentadbiran kerajaan dan sektor-sektor penting yang lain.   Dalam fasa ini, hasil pergerakan feminis, sebahagian wanita di Barat telah mendapat hak untuk mengundi, mendapat persamaan hak dalam pemilikan harta (property rights) dan akses dalam peluang-peluang pendidikan, pekerjaan serta diberi pengiktirafan di sisi undang-undang.   Sebelum itu, wanita Barat adalah sama taraf mereka seperti barangan, tiada identiti dan tidak mempunyai sebarang hak pemilikan; bahkan tidak berhak membuka akaun di bank-bank sedia ada ketika itu.

Gelombang pertama itu kemudian disusuli oleh The Second Wave Feminism yang menggesa wanita diberi hak dalam menentukan halatuju kehidupannya dan diberi hak kesamarataan (atau kesetaraan) dengan lelaki.   Fasa ini menyaksikan feminisme menjadi sangat agresif sehingga menuntut sesuatu yang tidak mungkin mendapat mandat dari ramai wanita walaupun di antara mereka mengalami berbagai bentuk penindasan dalam kehidupan berkeluarga, berkerjaya dan dalam masyarakat.   Di antara pemikiran yang ketara diperingkat ini ialah bahawa perbezaan biologi di antara lelaki dan wanita menjadi penyebab utama pendominasian lelaki ke atas wanita.   Ia merujuk kepada tugas dan keupayaan wanita untuk melahirkan generasi masa depan manusia mestilah dipindahkan kepada keupayaan teknologi untuk melakukan yang serupa agar wanita diberi kuasa pilihan untuk melahirkan zuriat ataupun tidak.   Teknologi adalah penting untuk membebaskan wanita dari tugas reproduktif yang dianggap barbaric dan merendahkan martabat wanita.   Ia mempunyai implikasi menghapuskan keluarga sebagai sebuah unit dalam struktur masyarakat.

The Third Wave Feminism atau Postmodern Feminism

Menurut para pengkaji, feminisme di Barat sebenarnya tidak sama dengan yang diutarakan di Asia.   Tuntutan hak kesetaraan di Barat sudah mencapai tahap yang dikira melampaui nilai-nilai budaya dan agama Timur.   Penerimaan homoseksualiti dan wewenangan menukar jantina serta de-emphasising the importance of  family, merupakan sesuatu yang sangat asing bagi masyarakat Asia.   Tetapi keadaan sedemikian (feminisme di Barat sebenarnya tidak sama dengan yang diutarakan di Asia) hanya bersifat sementara kerana aktivis gerakan feminisme adalah dari kalangan mereka yang sangat komited dalam perjuangan dan memiliki sifat-sifat strategis dan para intelektual yang berdaya saing.   Apa yang diinginkan di Barat akan lambat-laun dituntut juga di Asia; hanya masa yang menentukan, kecuali wujudnya segolongan yang memperjuangkan Kesejahteraan Wanita yang berpandukan kepada pegangan dan nilai-nilai yang menjadi kepentingan masyarakat di Asia, khususnya di Malaysia.

Kelemahan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abd. Jalil dalam melantik wakil-wakil ke persidangan, forum-forum dan mesyuarat antarabangsa telah membiarkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keutamaan sebahagian rakyat Malaysia tidak diketengahkan dan dimaklumi kepada dunia.

Para NGO Malaysia yang menghadiri dan memberi laporan-laporan kepada badan-badan dunia juga tidak mempamerkan keseluruhan hasrat dan kehendak sebahagian rakyat Malaysia, khususnya Wanita Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, latarbelakang dan agama.

Agenda Kesejahteraan Wanita Pakatan Rakyat perlulah dirangka setelah mengkaji semula sejarah dan kesan-kesan feminisme dengan telus, tulus dan teliti serta mengambilkira suasana dan keadaan budaya rakyat Malaysia.   Tidak mungkin sesiapapun menolak perjuangan feminisme yang telah banyak mencelikkan warga dunia dan membawa perubahan besar ke arah mencapai kesetaraan gender untuk menghasilkan keadilan kepada sebahagian besar penduduk, wanita dan lelaki, di dunia dan di Malaysia.   Perlu diiktiraf bahawa aktivisme feminisme telah berjaya mencipta alat-alat (tools) dan innovasi lain dalam usaha menepati keadilan yang merata dalam pengagihan sumber negara, pendapatan dan khazanah kepada rakyat yang memerlukan, memerangi segala bentuk keganasan terhadap wanita, dan meningkatkan status wanita dalam bidang-bidang sosio-ekonomi dan politik.

Agenda Kesejahteraan Wanita Pakatan Rakyat sewajarnya terlebih dahulu menghimpunkan stakeholders yang pelbagai sifatnya, sebelum merangka suatu dasar yang akan menjadi suatu instrumen yang hebat yang boleh dicontohi oleh kelompok lain.   Kesedaran itu menuntut berbagai pengorbanan dalam usaha untuk benar-benar memahami status dan keadaan wanita Malaysia.   Usaha besar itu melibatkan dialog yang merangkumi isu dan soal budaya, latarbelakang dan agama yang berbeza yang memerlukan keprihatinan, kesabaran dan toleransi yang mendalam.   Ia tidak dapat dilaksanakan dalam keadaan yang tergesa-gesa, atau menciplak saja apa yang telah orang lain anjurkan, dan jauh sekali membenar orang lain memaksakan agenda yang tidak menepati secara keseluruhannya citarasa wanita Malaysia, khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Feminis sedang menghadapi krisis identiti.   Evolusi feminisme masih belum berjaya menggembleng seluruh wanita untuk mencapai a unified agenda.   Apakah Agenda Kesejahteraan Wanita Pakatan Rakyat mampu melakukannya?

Pakatan Rakyat tidak boleh leka atau menganggap enteng hal-hal wanita kerana kini wanita semakin berpengaruh dan berkuasa memilih apa yang mereka kehendaki dan sudah rampant diperkatakan bahawa the Future is Female.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: