Rodziah Ismail Ticker's Blog

Kaput BTN

Posted in Malaysian Politics, Politics, Selangor Government, Selangor State Assembly by rodziahismailticker on December 21, 2009

PEJABAT MB ANJUR FORUM BINCANG KURSUS BTN

SHAH ALAM: Sekumpulan ahli politik muda dari pelbagai parti, budayawan dan pemerhati politik akan berkumpul di PJLA Theatre pada 7.45malam Rabu depan (23 Disember 2009) untuk satu forum bertajuk “Biro Tatanegara (BTN): Patriotik atau Perkauman?”

Antara panelis yang terlibat dalam forum tersebut termasuk YB Amirudin Shari (ADUN Batu Caves), Dr Asyraf Wajdi Dasuki (bekas calon Parlimen UMNO Tumpat), Eddin Khoo (Budayawan), YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor Selangor dan juga  ADUN Seri Setia), serta penulis blog dan kolumnis Malaysiakini.com, K J John.

Forum tersebut yang dianjur oleh Pejabat Menteri Besar juga turut dihadiri oleh bekas peserta BTN turut akan hadir untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang penyertaan dalam program BTN.  Ianya juga akan disiarkan secara langsung di TV Selangor (www.tvselangor.com.my)

Orang ramai dialu-alukan hadir untuk mengambil bahagian dalam forum yang bakal meninjau kewajaran pelaksanaan BTN dalam konteks perpaduan rakyat dan menilai keperluan untuk mengkaji semula modul kursus yang sedia ada ini.

Seperti mana yang disebutkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, forum tersebut bertujuan mendedahkan kepada orang ramai mengenai intipati modul kursus berkenaan dan sebagai langkah untuk memperbetulkan perlaksanaan kursus tersebut.

Pada 25 November lalu, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk menghentikan penyertaan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) milikan Kerajaan Negeri, pegawai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri ke program BTN.

Langkah sedemikian diambil kerana BTN telah digunakan sebagai alat indoktrinisasi Barisan Nasional untuk membangkitkan sentimen perkauaman dan kebencian terhadap pemimpin pembangkang.

Pengisian ini bukan sahaja tidak langsung menyumbang kepada perpaduan rakyat, malah menggalakkan budaya fitnah terhadap pemimpin pembangkang yang bercanggahan dengan prinsip sistem dua parti.

Forum akan bermula pada 7.45 malam Sebarang pertanyaan, sila hubungi Saifullah 013-3005461 atau pejabat Menteri Besar di talian 03-5544 7017.

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

_______________________________________

PRESS RELEASE
December 18, 2009

MB Office Hosts Forum On BTN Course

SHAH ALAM: A group of young politicians from various parties, cultural activist and political observers will gather at  PJLA Theater on Wednesday (December 23, 2009) night to discuss on the relevancy of the  Biro Tatanegara (BTN) course.

Among those who will speak at the forum entitled “Biro Tatanegara (BTN): Patriotic or racism?” (BTN: Patriotic or Racist) are YB Amirudin Shari (Batu Caves assemblyman), Dr. Ashraf Wajdi Dasuki (former UMNO candidate for Tumpat parliamentary seat), culture activist  Eddin Khoo, YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Political Secretary to Dato ‘ Menteri Besar Selangor and Seri Setia assemblyman) and Malaysiakini.com columnist KJ John.

Also attending the forum – organized by the Office of Selangor Menteri Besar – are former BTN participants who will share their experiences in attending BTN programmes. The forum will also be broadcast live on TV Selangor (www.tvselangor.com.my)

The public is welcome to attend to take part in the forum will review implementation of fairness in the context of national unity BTN and evaluate the need to review the course module is available.

As mentioned by the Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, the forum aims to expose to the public about the essence of the course module and the implementation of measures to correct the course.

On 25 November 2009, the State Government announced its decision to discontinue the participation of students Institute of Higher Learning (IPT) under its control and government officers in BTN program. The step was taken after it was revealed that the course is used as a political tool.

It is felt that BTN does not contribute to national unity, but instead encourages a culture of persecution against opposition leaders and this is conflict with the principle of two-party system.

For more information please contact Saifullah at 013-3005461 or the Menteri Besar’s office at 03-55 44 7017

PRESS SECRETARIAT
OFFICE OF MENTERI BESAR SELANGOR


Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Laman web: www.selangorkini.com.my, www.selangor.gov.my, www.tvselangor.com.
Tel: 03-55447456, Fax: 03-55135068
(Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua Pegawai Perhubungan Awam Selangor, Ginie Lim 013-6276862)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: