Rodziah Ismail Ticker's Blog

Kerajaan Selangor ingin jamin pengurusan yg telus dalam YBK

Posted in kemiskinan, Malaysian Politics, Politics, Poverty, Selangor Government by rodziahismailticker on January 8, 2010

KENYATAAN MEDIA

7 JANUARI 2010

PENGLIBATAN KERAJAAN NEGERI DALAM YBK AKAN JAMIN KETELUSAN
SHAH ALAM : Keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil bahagian dalam operasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) adalah untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mengurus tadbir sumber negeri yang diserahkan kepada yayasan tersebut.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan pada 20 Oktober lalu untuk melantik dua wakil daripada kerajaan negeri supaya duduk di dalam Lembaga Pengarah YBK dan berpendapat Dato’ Menteri Besar perlu dilantik sebagai pengerusi YBK dan sementara Exco Selangor yang memegang portfolio kebajikan dilantik sebagai anggota lembaga.

Keputusan ini diambil kerana kerajaan negeri khuatir dengan masalah ketelusan dalam memastikan sumber kewangan yayasan itu diurus tadbir dengan baik dan memberi manafaat kepada golongan miskin di Selangor. Sumber kewangan ini termasuk 448 ekar tanah di Serendah.

Memandangkan kerajaan negeri telah memberi tapak tanah yang nilainya berjuta ringgit kepada yayasan tersebut, kami perlu memastikan orang miskin di Selangor mendapat faedah daripada penggunaan tanah tersebut. Ini bukan keputusan bermotif politik, tetapi satu langkah untuk memastikan sumber negeri diuruskan dengan telus dan bertanggungjawaban,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid berkata kerajaan negeri boleh mengambil bahagian dalam entiti bukan kerajaan yang menerima dana kerajaan. “Ini bukan konsep baru. Persatuan Bola Sepak Selangor juga bukan satu entity kerajaan tapi ianya dipengerusikan oleh Menteri Besar juga menerima dana kerajaan.”

Tambah Khalid lagi, pembabitan kerajaan negeri tidak akan mengganggu program membasmi kemiskinan di Selangor yang dijalankan oleh yayasan tersebut. “Melalui kerjasama semua pihak, kami akan bertambah baik dan akan wujud ‘check and balance’. Malah dengan pembabitan Kerajaan Negeri, kami boleh memberi lebih banyak sumber kepada yayasan itu,” kata Menteri Besar.

Kerajaan negeri berharap isu ini tidak akan dipolitikan lagi kerana keputusan telahpun dibuat atas dasar kepentingan rakyat Selangor.

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: