Rodziah Ismail Ticker's Blog

Anwar Ibrahim Media Statement

Posted in Anwar Ibrahim, Malaysian Politics, Politics by rodziahismailticker on January 28, 2010

27 Jan 2010

Saya konsisten menyatakan  betapa pencemaran mesjid, gereja dan rumah ibadat yang berterusan amat membimbangkan. Rakyat harus waspada dengan muslihat individu atau gerombolan yang mewakili kalangan terdesak menghasut rakyat dengan memperalatkan isu kaum dan agama.

Tindakan polis dan Menteri Dalam Negeri membuat penangkapan ramai dan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri amat dicurigai. Adalah dikhuatiri langkah tersebut adalah percubaan mengalih perhatian dari gerombolan terlibat. Kami membantah keras penggunaan ISA dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dalam menangani kemelut kini, kami ulangi saranan agar pertemuan antara kaum dan agama dianjurkan di setiap peringkat agar permasalahan ini tidak membarah di kalangan masyarakat.

Mengulas soalsiasat polis ke atas Azizah semalam, saya kesal kerana setelah dua tahun, Azizah masih disoal siasat polis bersabit kes fitnah terhadap saya.
Pendakwa heboh kononnya siap dengan kes yang kukuh sejak tahun lalu. Tetapi selepas 25 Januari pun mereka masih mengganggu keluarga saya.
Alhamdulillah Azizah dapat menempuh dugaan tersebut dengan yakin. Didoakan semoga khianat mereka akan terbongkar dan muslihat mereka gagal.

ANWAR IBRAHIM

http://anwaribrahimblog.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: