Rodziah Ismail Ticker's Blog

Mobilisasi ke-2, menyambung perbicaraan DSAI

Posted in Anwar Ibrahim, Malaysian Politics, Politics by rodziahismailticker on February 2, 2010

Mohon dari SEMUA, sokongan kehadiran di Mahkamah Tinggi KL, Jalan Duta esok, Rabu 3 Februari.

Jam 2.00 petang

————————————————————————————————————–

Anwar akan sapena Najib, Rosmah jadi saksi
/ Hafiz Yatim
Feb 2, 10
10:27am Malaysiakini.com

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta peguamnya, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.

NONEAnwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

“Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini.

“Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu,” katanya.

Kemudiannya, ketika berucap kepada penyokongnya, Anwar berkata: “Biar mereka datang buat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku.

“Mereka mesti hadir jelaskan keadaan,” katanya.

Anwar mengakhiri ucapannya dengan laungan bersama penyokongnya “lawan tetap lawan”.

NONEPada Julai 2008, Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri, mengakui bahawa Mohd Saiful adalah menemuinya di kediamannya beberapa hari sebelum membuat laporan polis.

Najib mendakwa beliau telah menasihatkan Mohd Saiful supaya membuat laporan polis tetapi menafikan beliau terbabit dalam konspirasi terhadap Anwar.

Sebelum itu, Najib telah mengakui bahawa beliau juga telah bertemu dengan Mohd Saiful di pejabatnya di Putrajaya.

Mohd Saiful, bekas pelajar Universiti Tenaga (UNITEN), ketika itu mahu mendapatkan bantuan Najib untuk memperolehi biasiswa kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: