Rodziah Ismail Ticker's Blog

Protest to IGP, Tomorrow 4 February 10.30am

Posted in Gender, Kenyataan Media, Malaysian Politics, Police, Polis, Politics, Violence Against Women, Wanita, Women by rodziahismailticker on February 3, 2010

Protest to IGPon victim of police shooting Norizan Salleh.   Innocent Norizan shot five times & beaten by Police.

THURSDAY, 4 February

10.30 am BUKIT AMAN

Lake Garden Entrance

———————————————————————————————————-

Kenyataan Media

Biro Penerangan Wanita KEADILAN

29 Januari 2010

Kembalikan nikmat rasa selamat dan aman kepada Wanita Malaysia, PDRM

Wanita KEADILAN merasa kesal dengan insiden anggota PDRM yang telah menembak cedera seorang wanita, ibu tunggal, Norizan Salleh, yang tidak disabit dengan apa-apa kesalahan atau jenayah.

Wanita tersebut telah ditembak beberapa kali dalam insiden kejar-mengejar dengan kereta polis dan kini wanita itu mengalami kecederaan kekal yang memerlukan rawatan berterusan.   Beliau tidak mendapat sebarang bantuan dari kerajaan dan tidak diberi pampasan akibat kesilapan mencederakan beliau oleh anggota PDRM.

Wanita KEADILAN juga merasa kesal dengan sikap anggota PDRM yang kasar dan tidak bersikap wajar dalam melayani wanita mangsa yang cedera.   Wanita tersebut telah ditendang dengan sepenuh daya ketika keluar dari kenderaan dan mengakibatkan patah tulang rusuknya.   Kesihatan dan keupayaan fizikal beliau kini terjejas.

Wanita KEADILAN ingin mempersoalkan tindakan anggota PDRM yang telah menggunakan senjata api terhadap suspek yang jelas tidak memiliki sebarang senjata.   Ia menimbulkan kegusaran dan persepsi bahawa anggota PDRM bertujuan wewenang mencedera dan boleh membunuh suspek.   Wewenangan seumpama itu adalah penyalahgunaan kuasa dan keganasan yang wajar dibanteras.

Keganasan terhadap wanita, dalam apa jua situasi, merupakan suatu perkara yang sangat ditentang dan diselar oleh Dasar Wanita Negara dan Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa.   Sikap anggota PDRM yang belum faham tentang asas yang sedemikian menimbulkan tanda tanya apakah lain-lain kakitangan dan jentera kerajaan juga tidak peka dengan etika dan prosedur kerja yang menitikberatkan tiada keganasan terhadap wanita, terutamanya yang memerlukan bantuan dan rawatan.

Sekali lagi Menteri Wanita, Shahrizat Abdul Jalil telah gagal mendidik sebahagian kakitangan awam supaya adil dan peka gender dalam perlaksanaan tugasan mereka dan berlaku wajar ketika melayani mangsa, khususnya wanita, yang disyakki dengan kesalahan.

Wanita KEADILAN menuntut, agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan disiplin anggota PDRM yang sabit dan memberi keadilan kepada Wanita mangsa tersebut dengan menjamin keselamatan dan menawarkan pampasan yang wajar kepada beliau kerana kesilapan anggota PDRM yang terbabit.   Wanita mangsa juga perlu diberi bantuan rawatan percuma sepanjang hayat oleh Kerajaan Malaysia agar wanita mangsa boleh menjalani kehidupan dan masa depannya dengan baik dan sihat.

Biro Penerangan Wanita

Parti Keadilan Rakyat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: