Rodziah Ismail Ticker's Blog

Anwar Ibrahim victimised

Posted in Anwar Ibrahim, Malaysian Politics, Politics by rodziahismailticker on February 12, 2010

Speech by Michael Danby, Federal Member for Melbourne Ports and Chair of the Australian Parliamentary sub-committee on Foreign Affairs

E-mailPrintPDF

This trial, like the first trial of Anwar Ibrahim, is a disgrace to Malaysia, a country that aspires to democratic norms, where parties change power peacefully and political opponents are not persecuted by organs of the state. Perverting the legal system for political ends by charging Anwar with sexual offences is an affront to human rights.

Michael Danby

Tonight, I want to speak out on behalf of fellow democrats around Asia, who are flabbergasted at events unfolding in Kuala Lumpur. I refer to the trial which began today of the Malaysian Opposition Leader, Dato Seri Anwar Ibrahim. For the second time, the Malaysian leader of the Opposition, Anwar Ibrahim is on trial for what they call in ancient grating English, ‘Sodomy’. For the second time, the Malaysian legal system is being manipulated by supporters of the incumbent government to drive Malaysia’s best known leader Anwar Ibrahim out of national politics. For the second time, documents are being forged, witnesses are being coerced, evidence is being fabricated.

This trial, like the first trial of Anwar Ibrahim, is a disgrace to Malaysia, a country that aspires to democratic norms, where parties change power peacefully and political opponents are not persecuted by organs of the state. Perverting the legal system for political ends by charging Anwar with sexual offences is an affront to human rights. In the first place, the offences with which Anwar has been charged that should not be on the statute book. Australia abolished its laws punishing consenting adult homosexual acts decades ago, as did most advanced countries. It’s long past time that Malaysia also repealed these laws, which it inherited from British colonial times. If these laws did not exist, they could not be used for political purposes as we are currently seeing.

In the second place, everyone in Malaysia, and everyone in the international legal community, knows that Anwar is innocent of these charges. This week the Wall Street Journal published a first-hand account of how the Malaysian Special Branch police fabricated the charges that led to Anwar’s first trial in 1998. Munawar Anees recalled how he had been starved and beaten into signing a false confession which implicated Anwar. Now it’s happening again. These are the lengths to which the corrupt elements within the Malaysian ruling party are willing to go to frame Anwar and remove his threat to their power.

Malaysia is a long-time friend and ally of Australia. Over the past 40 years Malaysia has become an increasingly prosperous and successful multi-cultural society. We continue our friendly and mutually beneficial relationship with Malaysia, which is a deep economic, strategic and cultural relationship.

But Malaysia is also a country of 28 million people who have lived ever since independence more than 50 years ago under the rule of the same party, the United Malay National Organisation or UMNO. UMNO has stayed in power by playing on the Malay fears of the Chinese and Indian minorities. So long as Malaysian politics were polarised  even subtlety along racial lines, so long as the Malays voted loyally for UMNO, then the self-perpetuating UMNO oligarchy, who have grown rich through long years of power and through their cozy links to business, would be safe.

That’s why Anwar Ibrahim is such a threat. For the first time Malaysia has a charismatic Malay opposition politician able to appeal to Malay voters and pose a real threat to UMNO’s hold on power. At the 2008 elections Anwar’s People’s Justice Party and its allies won 60 seats away from UMNO and its allies, creating a viable two-party system for the first time. As a result, Abdullah Badawi was deposed as Prime Minister and replaced by Najib Razak, but the threat from Anwar’s coalition continues to grow. So even though the first attempt to frame Anwar on these spurious charged had failed, the corrupt forces within UMNO have decided to try again.

I recently had the privilege of meeting Anwar Ibrahim when he was in Melbourne for the Parliament of the World’s Religions in December. He is an intelligent and articulate and passionate democrat. He is committed to a thorough reform of Malaysian government, to rid it of the cronyism, corruption and authoritarian tendencies that have gained ground since Mahathir Mohammed became Prime Minister in 1981. He is a great, although not uncritical, friend and admirer of Australia. If he were to become Malaysia’s Prime Minister our relationship with Malaysia would become even stronger.

I am pleased that in the last few hours the judge has suspended the case against Anwar for a day. I hope Prime Minister Najib and his ministers are not involved. The best way for them to prove that they are not is to intervene and have these charges withdrawn, and those responsible for fabricating them punished. Malaysia is a great country, and an emerging power in our region. It can do without the embarrassment that these disgraceful proceedings are undermining its newly won democratic credibility.

————————————————————————————————————————–

Anwar – mangsa pedakwaan yang rakus

Feb 9 – Telah hampir 16 tahun saya berkhidmat sebagai seorang peguamcara jenayah. Sepanjang tempoh ini, pengalaman saya boleh dikatakan cukup luas dalam membela orang tertuduh dalam kes-kes jenayah salahlaku seks. Suatu yang agak nyata dari pengalaman saya, pihak berkuasa tidak akan sama sekali membuat pendakwaan jika bukti perubatan tidak berpihak kepada mereka. Ianya seakan suatu peraturan – atau syarat sah dalam bidang perundangan bagi kes-kes rogol mahupun kes liwat – bukti perubatan adalah merupakan oksigen kepada pihak pendakwa.

Dari pengamatan saya, peraturan atau syarat sah tersebut tidak langsung digunapakai dalam perbicaraan Fitnah 2 Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung. Apabila si tertuduh itu adalah Anwar Ibrahim, maka peraturan yang ada akan terus bertukar secara drastik dengan tiba-tiba. Apabila yang didakwa adalah Anwar Ibrahim, pihak pendakwa tidak lagi perlu mengukur keupayaan mereka terhadap kes mengikut bukti-bukti yang ada. Apabila yang dibicarakan adalah Anwar Ibrahim, pihak pendakwa – tidak akan memperdulikan apa pun yang berlaku, akan terus meneruskan pendakwaan dan perbicaraan tanpa mengambil kisah samada dengan kelemahan bukti yang ada mahupun langsung ketiadaan bukti!!

Satu-satunya jenayah yang telah Anwar lakukan dalam kes Fitnah 2 ini adalah kerana namanya Anwar Ibrahim.

Saya percaya jika si tertuduh itu bernama Ibrahim Anwar atau mana-mana Ibrahim sekalipun yang didakwa meliwat Saiful, pihak berkuasa tidak akan mendakwa si tertuduh itu berdasarkan bukti laporan perubatan yang disediakan oleh para doktor dari kedua-dua Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) dan juga dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kedua-dua laporan tersebut, seperti yang dinyatakan kepada saya oleh barisan peguam Anwar mengandungi bukti secara jelas dan nyata yang tidak berpihak kepada pihak pendakwa, iaitu pengesahan bahawa tiada langsung kesan kemasukan yang zahir (no visible penetration) pada dubur Saiful. Malah, laporan Hospital Kuala Lumpur telah disahkan dan ditandatangani oleh tiga orang pakar perubatan. Maka, laporan-laporan perubatan yang ada di dalam tangan pihak pendakwa sekarang merupakan hasil laporan yang disahkan oleh empat orang pakar perubatan (satu dari PUSRAWI dan tiga dari HKL) yang menafikan teori pihak pendakwa bahawa Saiful telah diliwat oleh Anwar.

Persoalan yang ditimbulkan kepada Peguam Negara adalah, walaupun dengan terdapatnya bukti-bukti yang cukup jelas dan nyata ini, mengapa pihak pendakwa berkeras untuk meneruskan pendakwaan terhadap Anwar? Jawabannya cukup jelas, ianya adalah kerana si tertuduh adalah Anwar Ibrahim. Apabila yang dibicarakan itu adalah Anwar Ibrahim, biar pun ada beratus-ratus laporan perubatan yang membebaskan Anwar pihak pendakwa tidak akan ambil peduli.

Bagi kebanyakan orang, persoalan ini pastinya akan timbul di benak kepala. Adakah bukti perubatan ini penting dan signifikan dalam perbicaraan Anwar? Jawaban kepada persoalan ini adalah jelas dan nyata – ya, ia penting dan signifikan. Seperti yang telah saya nyatakan di atas, bukti perubatan (dalam kes-kes jenayah salahlaku seks) merupakan oksigen kepada kes pihak pendakwa. Apabila ketiadaan atau berlaku kerosakan kepada bekalan oksigen ini, kes-kes pihak pendakwa akan terbantut dan mati.

Bagi kes-kes jenayah salahlaku seks, peraturan perundangan (rule of prudence) seperti yang diamalkan oleh peguamcara dan peguambela – bukti dari keterangan pengadu sahaja sememangnya tidak memadai. Bukti tersebut haruslah disokong dan disahihkan (corroborated) oleh lain-lain bukti yang bebas (independent evidence).

Jika dipakaikan di dalam perbicaraan Anwar, bukti keterangan Saiful sahaja sememangnya tidak mencukupi untuk membolehkan Anwar didapati bersalah. Bukti keterangan Saiful harus disokong dan disahihkan (dengan lain-lain bukti). Tidak semua kes-kes jenayah memerlukan bukti sokongan dan bukti sahih. Tetapi, bagi kes-kes jenayah salahlaku seks, pembuktian sokongan adalah amat penting untuk menyokong wujudnya perlakuan liwat seperti yang didakwa.

Mengapa perlu adanya pembuktian sokongan bagi kes-kes jenayah salahlaku seks? Pengamal perundangan bersetuju bahawa ianya perlu kerana jenis dan sifat kesalahan salahlaku seks itu sendiri. Dalam mana-mana kes rogol atau liwat, adalah cukup mudah untuk seseorang itu dituduh oleh seorang yang lain, tetapi sebaliknya adalah amat sukar untuk orang yang dituduh untuk menafikan tuduhan tersebut.

Dengan begitu jelas telah dapat kita lihat walaupun sebelum mahkamah menjatuhkan sebarang hukuman terhadap Anwar, bahawa berdasarkan liputan media yang dibuat oleh Utusan dan lain-lain media kepunyaan BN, Anwar telahpun dihukum bersalah oleh juri-juri ini. Liputan media tersebut berniat cukup jahat dan membuatkan orang tertanya-tanya, samada maruah Anwar mahupun ahli keluarganya diambilkira oleh media-media yang tidak bertanggungjawab ini.

Undang-undang yang ada dengan jelas mengatakan bahawa jika anda menuduh seseorang meliwat anda, anda dikehendaki memberi bukti sokongan dan bukti sahih untuk menyokong tuduhan anda. Kerana itulah dalam undang-undang jenayah Islam apabila seseorang dituduh melakukan liwat, pihak pendakwa wajib untuk memiliki empat orang saksi yang secara nyata melihat kemasukan (ke dalam dubur mangsa). Ini menunjukkan Islam begitu mengambil berat akan pembuktian sokongan.

Di dalam undang-undang Islam juga, tahap pembuktian dalam kes-kes liwat adalah amat tinggi sehinggakan pihak pendakwa harus membuktikan pertuduhan mereka dengan jelas dan langsung tanpa sebarang syak mahupun wasangka manakala tahap pembuktian dalam undang-undang sivil pula hanya memerlukan tanpa sebarang wasangka yang munasabah (beyond reasonable doubt). Maka dalam Islam, sebarang wasangka walaupun sekelumit mana akan memihak kepada si tertuduh berdasarkan kepada pernyataan bahawa “kesalahan hudud akan dihentikan (pendakwaannya) bilamana wujud syak dan wasangka walaupun sedikit”. Islam berpandangan bahawa adalah lebih baik jika seseorang hakim itu tersilap dalam membebaskan 10 orang yang bersalah dari tersilap menghukum walau seorang yang sebenarnya tidak bersalah.

Dalam sebarang kesalahan meliwat, seperti juga kesalahan merogol, elemen utama yang amat perlu dibuktikan oleh pihak pendakwa adalah perbuatan kemasukan (ke dalam dubur atau faraj) itu sendiri. Dalam perundangan Islam juga, elemen yang serupa juga perlu dibuktikan oleh pihak pendakwa dengan terang dan jelas.

Jadi, bagaimana boleh pihak pendakwa membuktikan wujud elemen kemasukan jika mereka tidak mengeluarkan bukti-bukti laporan perubatan (di mahkamah?) Dan apalah gunanya bukti-bukti laporan perubatan itu kepada pihak pendakwa jika ia secara terang menyatakan bahawa tiada kesan kemasukan ke dalam dubur Saiful? Bukti-bukti laporan perubatan sepatutnya menjadi pembuktian sokongan kepada bukti keterangan Saiful tetapi dalam kes ini, bukti-bukti laporan perubatan yang sama sebenarnya membebaskan Anwar dari pertuduhan yang ada. Peraturannya amat mudah sekali: tiada kemasukan, tiada pertuduhan. Tetapi pejabat Peguam Negara seolah-olah berpendapat bahawa, ya, benar tiada kemasukan tetapi pertuduhan akan tetap diteruskan!!

Semestinya jika Anwar dibicarakan di bawah undang-undang Islam, pertuduhan yang difitnahkan terhadapnya tentunya tidak akan diteruskan. Melihat kepada keterangan Saiful di mahkamah setakat ini, umum pasti akan akan merumuskan bahawa pertuduhan yang dikenakan itu sememangnya langsung tidak berasas atau hanya fitnah jahat semata.

Peguam Negara sepatutnya menunjukkan tahap profesionalisma dan integriti yang tinggi dalam kes Anwar ini. Kejujuran intelek mewajibkan pihak pendakwa untuk menarik balik pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim. Cukup. Menuduh seseorang tanpa bukti-bukti yang jelas merupakan suatu kesalahan pendakwaan dan pembaziran wang rakyat.

Episod Peguam Negara dijadikan alat kepada ahli politik yang jahat dan zalim sepatutnya telah berlalu selepas tsunami pilihanraya 2008.

Mohamed Hanipa Maidin merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Penasihat Undang-Undang PAS. Beliau juga adalah seorang peguam yang berpengalaman dan berblog di peguampas.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: