Rodziah Ismail Ticker's Blog

Posted in Anwar Ibrahim, Bajet, DUN Selangor, Economy, Malaysian Politics, Politics, Selangor Government, Selangor State Assembly by rodziahismailticker on November 13, 2009

PRESS STATEMENT

NOV 13, 2009

SELANGOR APPOINTS ANWAR IBRAHIM AS ECONOMIC ADVISOR

 

SHAH ALAM: Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yesterday announced the appointment of Datuk Seri Anwar Ibrahim as the state’s economic advisor. The Menteri Besar made the announcement in his winding speech of the state budget 2010 at the State Assembly here today.

 

He said Anwar will be sitting at the state economic advisory council for the state’s economic stimulus package. The council was formed last April in to assist the state in implementing its the stimulus package which includes cleaning and developing the Klang River, urban renewal, restructuring of Selangor water industry, enhancement of paddy yield, reviving abandoned housing projects, expanding transportation system and reviving abandoned housing projects.

 

There are eight other members in the council which include Tan Sri Ramon Navaratman, Tan Sri Clifford Herbert, Datuk Zainal Putih, Dr Barjoyai Bardai, Datuk Paul Low, Prof Sieh Mei Ling and Datuk Dr Mohamed Ariff.

 

Later at a press conference, Tan Sri Abdul Khalid also said that Anwar will also play a key role in promoting Shah Alam as an Islamic investment hub for the region.

 

“I have met Anwar and he has consented to the appointment with a token monthly allowance of RM1. His experience cannot be doubted as he has been the Deputy Prime Ministe and Finance Minister. He is now a director for a fund management company in United States, an adviser for a large Islamic bank in Bahrain and economic adviser to a country in Europe,” said Tan Sri Abdul Khalid.

 

PRESS SECRETARIATE

SELANGOR MENTERI BESAR’S OFFICE

Bajet 2010 berimbang dan memberdaya wanita Selangor

Kenyataan Media

Wanita KEADILan                                                                            11 November 2009

Bajet 2010  berimbang dan memberdaya wanita Selangor

Wanita KEADILAN merasa teruja, dan dalam masa yang sama terharu, dengan ucapan Bajet 2010 oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim – khususnya yang menyentuh penegasan dan komitmen untuk melaksanakan dasar minimum 30 peratus kepimpinan wanita di semua peringkat pembuat keputusan dalam pentadbiran negeri Selangor.

Ia adalah manifestasi kepada suatu keluhuran terhadap pengiktirafan pemberdayaan wanita oleh seorang Ketua Negeri di Malaysia.

Wanita Selangor, khususnya dan Wanita Malaysia amnya, kini memikul tanggungjawab besar untuk bersedia dan layak mengisi ruang yang dibuka oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.   Ia sewajarnya melonjakkan usaha-usaha mewujud, membina dan mengembangkan takungan wanita yang berkelayakan bagi mengisi perjawatan-perjawatan barisan pembuat keputusan dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Pemberdayaan wanita adalah diperlukan dalam usaha reformasi ke arah pembangunan masyarakat madani, yang menitikberatkan pembangunan menyeluruh, sosio-ekonomi dan politik, dengan gandingan para lelaki.

Dengan perancangan khusus misi pemberdayaan Wanita Selangor oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, Wanita KEADILAN percaya bahawa wanita Selangor akan berupaya mencapai ufuk-ufuk kejayaan dalam pelbagai bidang di masa mendatang.

Tumpuan utama yang lain, iaitu proses pembelaan dan perlindungan wanita di Mahkamah dan usaha pemberdayaan wanita berbagai golongan dalam bidang ekonomi amatlah menepati kehendak semasa menurut penilaian status wanita di Selangor.

Wanita KEADILAN mendoakan agar Menteri Besar Selangor dan seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sentiasa diberi segala keupayaan, kesabaran, ilham, dan kebijaksanaan dalam mentadbir Negeri Selangor secara telus dan adil bagi memelihara kepentingan rakyat marhain.

Wanita Berdaya, Harapan Negara

Biro Penerangan
Wanita KEADILAN

UCAPAN BAJET 2010 MENTERI BESAR SELANGOR 10 NOV. 2009

Posted in Bajet, DUN Selangor, Malaysian Politics, Politics, Selangor Government, Selangor State Assembly by rodziahismailticker on November 11, 2009

1 Photobucket
BAJET 2010
Oleh
YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Tarikh
10 NOVEMBER 2009 (SELASA);
22 ZULKAEDAH 1430
Tempat
DEWAN NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM
Masa
11.00 PAGI
2
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassalam, keluarga serta sahabat baginda.
Assalamualaikum warahmatullahitaala,
wabarakatuh; dan Salam sejahtera.
Tuan Speaker,
Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang yang bertajuk “Suatu Enakmen untuk menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi tahun 2010, dan memperuntukkan wang itu bagi perkhidmatan pada tahun tersebut” dibaca pada kali kedua.
Terima kasih.
(1) Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan rahmat dan izin-Nya, kita dapat hadir di dalam Dewan yang mulia ini untuk mengikuti pembentangan Bajet 2010 Negeri Selangor yang menggariskan usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk meneruskan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor” atau ”MES”. Agenda MES dilancarkan pada Jun 2008, iaitu genap 100 hari Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Negeri Selangor selepas memenangi pilihan raya ke-12 pada 8 Mac 2008.
Izinkan Hamba Mulakan Bicara,
Membentang Bajet Dua Puluh Sepuluh;
Selangor Maju Rakyatnya Sejahtera,
Tanda Agenda MES Semakin Ampuh.
(2) Sesungguhnya, Bajet 2010 ini, yang bertemakan “Negeri Maju, Rakyat Sejahtera” merupakan kesinambungan Bajet 2009 yang dilihat sudah berjaya
3
melaksanakan beberapa program dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Pada masa sama, Bajet 2010 menandakan tahun bermulanya Kerajaan Negeri Selangor merealisasikan enam projek utama sebagai usaha merancakkan ekonomi negeri melalui pakej rangsangan ekonomi yang ingin direalisasikan sepanjang 10 tahun dan yang dijangka mampu menjanakan pelaburan lebih daripada RM50 bilion.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
(3) Krisis kewangan global dijangkakan terus berpanjangan sehingga tahun 2010, terutama bagi negara-negara pengeksport yang ekonomi mereka bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah. Contohnya, Jepun, Thailand dan Malaysia sendiri. Walaupun terdapat tanda-tanda kestabilan dalam perkembangan global terkini, namun, sistem kewangan di negara maju masih bermasalah dan tahap aktiviti masih pada paras yang rendah. Kerajaan sekarang menjangkakan laluan menuju pemulihan ekonomi penuh dengan cabaran dan ketidaklancaran berikutan wujudnya perangkap kecairan, kelemahan dasar fiskal dan ketidakstabilan pasaran mata wang dunia. Bank Dunia pula menganggarkan kemerosotan ekonomi global pada kadar 2.9% sehingga penghujung tahun 2009. Bagi tahun 2010, IMF menjangkakan pemulihan ekonomi dunia berada pada kadar 2.5%.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
(4) Pada keseluruhannya, prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia mula memperlihatkan tanda-tanda pemulihan pada suku kedua tahun 2009. Menurut laporan Bank Negara Malaysia, ekonomi Malaysia menguncup pada kadar yang lebih sederhana, iaitu 3.9 % pada suku kedua 2009 berbanding -6.2 % pada suku pertama 2009. Hal tersebut disebabkan oleh perbelanjaan awam yang lebih tinggi dan pertumbuhan positif dalam penggunaan swasta. Bank Negara Malaysia pula menjangka ekonomi negara mungkin mengalami
4
pertumbuhan 2-3% pada tahun 2010. Bank Negara juga berasa yakin bahawa terdapat tanda-tanda kestabilan yang dilihat pada pemulihan permintaan domestik.
(5) Pertumbuhan positif ini disumbangkan oleh sektor perkhidmatan yang dijangka menjadi pemangkin pemulihan ekonomi negara. Sektor pembuatan pula menyusut disebabkan oleh permintaan eksport yang turun dengan mendadak. Proses pemulihan yang perlahan ini dijangka mengalami perubahan yang positif pada tahun 2010. Dalam hal ini, sektor perkhidmatan dijangka menjadi pemangkin penjanaan ekonomi negara bagi menggantikan sektor pembuatan. Kita berharap pemulihan ekonomi negara dapat dipercepatkan, yang sekali gus membolehkan prestasi ekonomi Selangor pulih kembali dan digunakan dalam rancangan pembangunan yang membahagiakan seluruh rakyat.
(6) Menurut analisis MIER lagi, beberapa indikator positif seperti Indeks Keadaan Perniagaan (BCI) dan Indeks Sentimen Pengguna (CSI) yang mencatatkan peningkatan. Hal ini menunjukkan keyakinan pelabur dalam pengurusan pasaran modal dan keyakinan pengguna yang dijana oleh peluang pekerjaan yang bertambah dan pendapatan yang stabil menaikkan semula semangat pengguna untuk berbelanja.
(7) Pendapatan per kapita rakyat (harga semasa) bagi tahun 2010 diramal meningkat kepada RM30,479 daripada RM29,778 pada 2009. Perkembangan ini boleh merangsang peningkatan taraf hidup yang lebih tinggi dengan pendapatan per kapita dalam ukuran pariti kuasa beli. Ia juga dijangka mengalami pertumbuhan positif sebanyak 2.6% iaitu meningkat kepada USD16,286 pada 2010 berbanding USD15,878 pada tahun 2009.
(8) Kita berharap pemulihan ekonomi negara dapat dipercepatkan, yang sekali gus membolehkan prestasi ekonomi Selangor pulih kembali dan digunakan dalam rancangan pembangunan yang membahagiakan seluruh rakyat.
5
> Sebelum meneruskan ucapan, izinkan saya Tuan Speaker, untuk memaklumkan kepada orang ramai, iaitu, ucapan pembentangan Bajet 2010 ini boleh juga diikuti secara langsung menerusi web TV Selangor di laman: http://www.tvselangor.com. Terima kasih.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
(9) Perdana Menteri Malaysia Dato‟ Seri Mohd Najib bin Abdul Razak telah menyampaikan ucapan Belanjawan 2010 Malaysia di Parlimen. Beliau menyampaikan visinya supaya Malaysia menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, yang memerlukan pembangunan tenaga kerja yang berkualiti, ekonomi yang kompetitif, penyediaan infrastruktur yang menyokong pertumbuhan ekonomi dan jalinan strategik dengan negara-negara membangun. Selangor telah mencapai semua keperluan-keperluan yang disenaraikan itu, sekali gus telahpun bersedia untuk menjadi negeri yang berpendapatan tinggi.
(10) Berdasarkan tahap rendah beberapa petunjuk ekonomi makro, nilai KDNK negeri Selangor pada harga malar tahun 2000 pada suku kedua tahun ini menyusut kepada RM114.3 bilion berbanding RM118.9 bilion pada tahun 2008. Adalah dijangkakan KDNK pada tahun 2010 meningkat kepada RM116.8 bilion dengan kadar pertumbuhan 2.1%.
(11) Apabila membincangkan tentang ekonomi Selangor, tidak dinafikan, sektor perindustrian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri, malah ia merupakan nadi pertumbuhan ekonomi negara. Namun, bagi tahun 2009, keseluruhan nilai ditambah sektor ini dianggarkan menyumbang sebanyak 37.7% kepada KDNK negeri (2008 : 40.0%).
(12) Sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 61.4% atau RM73.83 bilion dalam KDNK negeri pada tahun 2009 berbanding 58.8% pada tahun 2008. Kita
6
berharap sektor ini terus dipacu bagi meningkatkan prestasinya. Daripada aspek perkhidmatan, kita turut menjangkakan sektor ini terus berkembang dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi negeri. Ia membuktikan sektor ini berupaya mempercepatkan pemulihan ekonomi Selangor.
(13) Sektor pembuatan dijangka mengalami penguncupan 10.9% dalam nilai ditambah bagi tahun 2009 akibat penurunan permintaan luar terhadap bahan pengeluaran industri secara keseluruhan. Sektor pembinaan pula dijangka mengalami pertumbuhan positif sebanyak 2.4% yang disumbangkan oleh pembinaan rumah dan kawasan rekreasi, bangunan perdagangan dan kompleks membeli belah serta kerja baik pulih yang merupakan sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi kerajaan.
(14) Bagi tahun 2009, sektor pertanian dan perlombongan, , menyumbang sebanyak 1.3% kepada KDNK negeri dan dijangka menguncup kepada kadar 1% pada tahun 2010. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap memfokuskan usaha untuk memperkasakan sektor pertanian melalui pendekatan pertanian moden dalam subsektor kecil perikanan, ternakan dan pertanian lain, terutamanya penanaman padi.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
(15) Pada tahun 2008, nilai pelaburan di Selangor berjumlah RM11.9 bilion, iaitu 18.9 peratus daripada jumlah pelaburan di Malaysia yang bernilai RM62.8 bilion menunjukkan peningkatandibandingkan dengan tahun 2007, iaitu RM11.18 bilion di Selangor atau 18.7 peratus daripada jumlah pelaburan di Malaysia yang bernilai RM59.93 bilion. Sehingga September 2009, nilai pelaburan yang berjaya diperoleh oleh negeri Selangor berjumlah RM3.98 bilion. Mengikut nilai pelaburan setakat Julai 2009, pelaburan di Selangor merupakan 15.5 peratus daripada jumlah pelaburan Malaysia sebanyak RM17.4 bilion. Perangkaan ini walaupun menyusut, namun, ia menunjukkan betapa dalam
7
kegawatan ekonomi dunia, negeri Selangor masih mampu menarik pelaburan masuk ke negeri dan masih mampu menjana ekonominya. Keyakinan pelabur-pelabur terhadap negeri Selangor adalah positif dan semakin meningkat. Prestasi dan perkembangan positif ini diharap berterusan hingga akhir tahun 2009.
(16) Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan melaksanakan usaha yang lebih agresif bagi menarik pelabur-pelabur ke negeri Selangor. Antaranya, prosedur dan syarat-syarat yang dikenakan kepada pelabur perlu dipermudahkan bagi menjamin keselesaan para pelabur. Kita juga perlu mengenepikan sikap negatif, iaitu dengan hanya menunggu pelaburan datang bergolek tanpa berusaha gigih. Kita sentiasa berusaha memastikan negeri Selangor menjadi tumpuan utama pelabur-pelabur dari dalam dan luar negeri sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan. Walaupun keadaan krisis ekonomi global yang turut dirasai tempiasnya oleh negeri ini, namun, saya yakin dengan tadbir urus kerajaan yang cekap, telus dan menambah baik tadbir urus (good governance), Selangor mampu membawa masuk pelaburan baharu dan dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi negeri khasnya dan negara amnya.
(17) Sehubungan itu, PEMUDAH Selangor telah ditubuhkan pada tahun ini untuk menambahbaik urustadbir dan mengurangkankarenah birokrasi ataupun “bureaucratic red-tape” supaya pelabur-pelabur dapat menikmati perkhidmatan yang cekap dan efisien. Saya berharap Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) dapat melipatgandakan usaha bagi menarik pelabur-pelabur asing dengan merangka beberapa strategi baharu yang mantap. Projek Lembah Klang 2 dan industri berteknologi tinggi baharu seperti teknologi solar adalah salah satu contoh dan saya inginkan SSIC dapat menunjukkan hasil positif daripada usaha mereka secara konsisten.
(18) Projek I-City di Shah Alam, iaitu pembangunan komuniti digital pertama di Malaysia bernilai RM2 bilion, adalah salah satu contoh yang baik, dan Kerajaan
8
Negeri Selangor sedang membincangkan dengan pihak pengusaha di Silicon Valley, California, supaya sistem ”Plug and Play” dapat dilaksanakan. Kemudahan infrastruktur yang sedia ada di I-City ialah: i) sistem giga di antara hubungan internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) yang terpantas di rantau ini; ii) jaringan rangkaian dan fiber penuh; iii) sistem kuasa sandar (power support system) berlebihan 100%; iv) sistem komunikasi berintegrasi (integrated communication system); dan v) keupayaan kelajuan jalur lebar yang mencecah 1 Gigabit sesaat (1Gbps). Dengan ini, Shah Alam dan Silicon Valley dapat memperkukuh perhubungan sebagai twin operators” dan inovasi teknologi dapat dipromosikan dalam kalangan rakyat Selangor.
(19) Kebanyakan pusat kewangan, bank dan institusi dalam landskap sistem kewangan Islam mempunyai ibu pejabat dan juga cawangan mereka di Selangor. Jadi, konsep hab serantau yang menjadikan Selangor hab kewangan Islam, dan hab industri halal adalah amat sesuai. Selain itu, saya berharap impian Selangor sebagai hab akuakultur moden, hab pendidikan tinggi dan sekolah swasta, serta hab industri solar sedia dikaji dengan lebih tuntas dan direalisasikan oleh SSIC dengan segera.
(20) Selain meneruskan program sedia ada dan melakukan penambahbaikan dalam strategi menarik pelaburan, Kerajaan Negeri melalui usaha setiap PBT telah menubuhkan IPMC (Industrial Park Management Committee) dan IPMG (Industrial Park Management Group) di kawasan-kawasan perindustrian, untuk menjaga kepentingan pengilang dan pelabur yang menubuhkan kilang di kawasan perindustrian di Selangor. Saya gembira terdapat beberapa PBT yang memandang serius terhadap penubuhan IPMC dengan mengadakan mesyuarat yang tetap dengan pihak pengilang. Walau bagaimanapun, saya juga difahamkan bahawa terdapat PBT yang masih tidak memandang serius tentang penubuhan IPMC dan tidak mengadakan mesyuarat IPMC secara berkala di kawasan perindustrian di dalam jagaan PBT tersebut.
9
(21) Dengan ini, kerajaan Negeri Selangor mengkehendaki setiap PBT untuk menubuhkan Unit Pelaburan yang dianggotai oleh seorang atau lebih pegawai PBT yang khusus. Tujuan mengadakan Unit Pelaburan dan mewujudkan pegawai Pelaburan di setiap PBT adalah untuk merapatkan hubungan di antara pelabur atau pengilang dengan pihak PBT. Tugas pegawai Pelaburan adalah untuk membantu para pengilang bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka di kawasan perindustrian masing-masing. Kesemua anggota PBT haruslah sedar bahawa negara kita menghadapi saingan yang sengit dengan negara-negara jiran daripada segi penarikan kemasukan pelaburan. Oleh itu, adalah penting untuk kita mewujudkan hubungan yang lebih rapat dan mesra dengan para pelabur, khususnya pelabur asing di Negeri Selangor. Seterusnya wakil-wakil industri boleh menjadi jurucakap Selangor kepada pelabur di luar negara dan membantu kita untuk menggiatkan lagi kemasukan pelaburan di Negeri Selangor.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
(22) Setiap negeri di Malaysia mempunyai keistimewaan mereka tersendiri, tetapi negeri Selangor adalah berbeza disebabkan ciri-cirinya sebagai negeri yang telah mencapai tahap moden dan maju. Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah memikirkan dengan lebih mendalam visi yang ingin dilaksanakan pada masa 10 tahun yang akan datang. Negeri Selangor sedang mengalami proses transformasi dalam masa yang singkat, dan sebagai sebuah negeri yang sudah maju, rakyat Selangor sepatutnya menikmati manfaat yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Sebagai contoh, bandaraya Petaling Jaya sepatutnya mencapai tahap yang sustainable (seratus-peratus kawasan Bandar) dan bukan berkembang secara tidak terkawal.
(23) Penduduk negeri Selangor pada 2010 dianggarkan berjumlah lebih kurang 5.3 juta orang berbanding 5.2 juta orang pada tahun ini, dengan kadar
10
pertumbuhan penduduk sebanyak 2.0%. Dalam keadaan negeri Selangor yang mempunyai kawasan bandar yang semakin bertambah besar, kita harus berpegang pada prinsip bahawa pembangunan harus dipelihara supaya tidak mengakibatkan kesesakan yang menjejaskan taraf hidup.
(24) Oleh itu, bajet Tahun 2010 Negeri Selangor yang dibentangkan ini berteraskan tema “Negeri Maju, Rakyat Sejahtera”. Prinsip ini adalah berdasarkan falsafah bahawa apabila negeri telah mencapai status negeri maju , rakyatlah yang sepatutnya menikmati kemewahan yang menjelma daripadakemajuan tersebut. Rakyat negeri Selangor mestilah sama-sama menikmati hasil kekayaan selari dengan pertumbuhan pesat ekonomi negeri khususnya, dan negara amnya.
(25) Kerajaan Pakatan Rakyat bakal memasuki tahun ketiga pemerintahan di negeri Selangor pada tahun 2010. Pada tahun pertama dan kedua, kerajaan negeri sudahpun menentukan sumber-sumber negeri yang dapat menyumbang kepada pembangunan secara keseluruhannya. Kita sekarang berada pada tahap sumber-sumber kerajaan negeri boleh digunakan sepenuhnya untuk memaksimumkan peluang dan nilai terhadap negeri Selangor.
(26) Dalam pembentangan Bajet 2010 ini, saya ingin meneliti dua aspek iaitu pertama, hasil negeri dan kedua, perbelanjaan negeri.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
(27) Kerajaan Negeri bertekad untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan komuniti di negeri Selangor. Sehubungan ini, Kerajaan Negeri meneruskan usaha-usaha mencari sumber hasil baharu bagi memantapkan ekonomi negeri Selangor yang digariskan dalam Bajet 2010 ini.
(28) Menyedari senario ekonomi global yang tidak menentu dan secara tidak
11
langsung memberi kesan penurunan kepada kutipan hasil negeri, Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk menggiatkan kutipan hasil dengan melancarkan Ops Kutip bermula pada 28 Julai 2009. Pada masa yang sama, saya amat berterima kasih kepada Ketua Audit Negara kerana telah memberi penghargaan dan memujiakaun Kerajaan Negeri Selangor atas prestasi kewangan negeri pada tahun 2008 sehingga berjaya menambah hasil Kerajaan Negeri dan mengurangkan tunggakan hasil negeri pada tahun 2008.
(29) Inisiatif Ops Kutip mendapat kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Pusat ICT Selangor dan Pejabat Tanah dan Daerah seluruh Selangor. Pendekatan untuk meningkatkan kutipan melalui Ops Kutip dilaksanakan secara Ketuk Pintu’ (Knock door policy) ke premis pemilik tanah yang mempunyai cukai tanah tertunggak atau penunggak tegar. Tindakan terhadap penunggak-penunggak tegar ini yang terdiri daripada syarikat-syarikat yang mempunyai cukai tanah tertunggak, dilakukan melalui siri proses sepertimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan sedia ada. Kerajaan Negeri juga memperkenalkan Insentif Pengurangan Denda Lewat bagi meningkatkan kutipan hasil tanah melalui kaedah menggalakkan pembayaran cukai oleh individu dan syarikat dengan menawarkan tawaran diskaun atau pengurangan sehingga 50% bagi denda lewat cukai tanah melalui PentadbirTanah. Bagi pengurangan sehingga 100% pula, ianya diberikan berdasarkan pertimbangan oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor. Pengurangan denda lewat tersebut tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.
(30) Seterusnya, Kerajaan Negeri memperkenalkan program Insentif bagi Prestasi Pejabat Tanah dan Daerah yang berjaya mencapai sasaran kutipan hasil. Kita amat menghargai usaha dan tenaga yang dicurahkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah bagi mengutip hasil negeri. Hasil tanah yang dikutip oleh Pejabat Tanah dan Daerah bernilai lebih kurang 70% daripada keseluruhan hasil negeri. Oleh itu, sebagai tanda penghargaan, Kerajaan Negeri bersetuju
12
memberikan Insentif RM100,000 bagi Pejabat Tanah dan Daerah yang Berjaya.
(31) Pemberian insentif bagi tahun 2009 kelak diberikan berdasarkan pencapaian Kutipan Hasil Cukai Tanah berakhir 31 Disember 2009. Mudah-mudahan insentif ini dapat meningkatkan motivasi dan menjadi suntikan semangat kepada semua warga kerja Pejabat Tanah dan Daerah untuk meneruskan usaha meningkatkan kutipan hasil tanah mereka setiap tahun.
(32) Cadangan untuk meningkatkan kutipan hasil negeri Selangor turut dibincangkan dalam Majlis Dialog Bajet 2010 pada Oktober lepas. Antara cadangan yang dibincangkan bagi meningkatkan hasil negeri, termasuklah:
Pejabat Tanah dan Daerah mempercepatkan proses pendaftaran hak milik. Sekiranya lebih banyak jumlah hak milik didaftarkan, maka hasil cukai tanah pun meningkat; Meningkatkan kutipan cukai tanah dengan kemudahan pembayaran melalui e-payment, menambah kaunter bayaran, mengadakan kutipan di luar pejabat dan kaedah pembayaran secara ansuran; Meningkatkan kutipan premium tanah dengan memperluas program pemutihan kes-kes pelanggaran syarat tanah tidak terhad kepada perindustrian sahaja tetapi merangkumi semua kategori tanah; Meningkatkan kutipan premium tanah dengan pemberian insentif sebagai galakan kepada tuan tanah untuk menyambung tempoh pajakan selepas 99 tahun; Kerajaan Negeri mengenakan tindakan dengan merampas tanah sekiranya pemilik tanah didapati membiarkan kecurian pasir berlaku di atas tanah miliknya. Cadangan ini dijangka dapat mengatasi masalah ketirisan hasil pasir yang selama ini menjadi punca kemerosotan hasil tanah dan galian.
(33) Antara hasil pendapatan Kerajaan Negeri Selangor termasuk terimaan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Pemberian Persekutuan
13
yang diterima sehingga 27 Oktober 2009 berjumlah RM408.26 juta atau 97.96% berbanding anggaran yang disasarkan bagi tahun 2009. Jumlah ini merupakan 16.6% daripada Bajet 2009 jika dibandingkan dengan penerimaan pada tahun 2008 menunjukkan penurunan peratusan penerimaan berbanding penerimaan sebanyak 21.65% daripada keseluruhan Bajet 2008 dan 17.64% daripada Bajet 2007. Berdasarkan fakta, RM16 bilion pendapatan Kerajaan Persekutuan diperolehi dari negeri Selangor. Jika 20% daripada jumlah tersebut (RM3.2 bilion) dipulangkan kepadanegeri Selangor, ini akan menjadikan peruntukan yang boleh diterima daripada Kerajaan Persekutuanlebih dua kali ganda daripada bajet semasa.
(34) Projek-projek persekutuan seperti Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) kini dilaksanakan terus oleh Pejabat Pembangunan Negeri (State Development Office, ataupun SDO) melalui “Implementation and Co-ordination Unit”, iaitu sebuah unit yang dalam Jabatan Perdana Menteri. Sebelum ini, projek-projek tersebut dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah dengan mengambil kira kesesuaian projek berdasarkan keperluan penduduk dan daerah masing-masing. Kini ia terus dilaksanakan oleh ICU selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Malahan, pembangunan projek-projek ini sekarang tidak lagi dilaporkan kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan ataupun Pejabat Daerah walaupun projek ini sepatutnya untuk tujuan pembangunan negeri. Tambahan lagi, jumlah projek daripada Kerajaan Persekutuan nampaknya semakin berkurangan dan menyebabkan peruntukan yang disalurkan merosot berbanding dengan peruntukan yang diterima oleh Kerajaan terdahulu. Hal ini amat dikesali kerana ia menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak bersikap adil dalam hal penyaluran peruntukan kepada negeri Selangor.
(35) Sebagai contoh, Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan kenaikan Pemberian Bayaran Perkhidmatan kepada kakitangan Kerajaan Negeri yang terlibat melaksanakan projek-projek Persekutuan kepada 10% bagi tahun
14
2010 dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara (MKewN) yang diadakan pada 25 Ogos 2009. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, iaitu apabila kakitangan diberi insentif untuk melaksanakan projek-projek Persekutuan sahaja sebaliknya tiada insentif untuk melaksanakan projek-projek negeri Selangor.
(36) Menurut Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan hanya diwajibkan memperuntukkan dua geran utama kepada Kerajaan Negeri, iaitu pemberian mengikut bilangan penduduk (capitation grant) dan pemberian penyelenggaraan jalan raya negeri (MARRIS). Bagaimanapun, perubahan semasa tidak diambil kira iaitu jumlah cukai pendapatan yang dibayar oleh rakyat Negeri Selangor kepada kerajaan Pusat.
(37) Sebaliknya, dengan sikap mengabaikan pemberian bantuan kepada negeri-negeri tertentu dalam Persekutuan Malaysia, ternyata Kerajaan Persekutuan melanggar prinsip Federalisme yang besar kemungkinan melembapkan ekonomi dan pembangunan negara secara menyeluruh, dan menyebabkan ketidakseimbangan nasional apabila kapasiti pertumbuhan maksimum tidak dapat dicapai.
(38) Sikap tidak adil Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat juga tidak menepati perintah Allah, sebagaimana firman-Nya dalam surah An-Nahl, ayat 90, yang bermaksud; ”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada saudara mara, dan Allah melarang melakukan perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Allah memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”
(39) Perubahan lanskap politik Malaysia menyebabkan timbulnya perbahasan sengit mengenai pentadbiran, terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Polisi jangka panjang mestilah mengambil kira keadilan dan kesaksamaan berkaitan pengagihan kewangan kepada negeri. Menuju ke
15
arah demokrasi yang lebih matang dengan sistem dua parti dalam konteks Persekutuan, adalah lebih ideal untuk menggunakan konsep Suruhanjaya Bebas Pemberian Persekutuan, ataupun “Independent Grants Commision” seperti yang dipraktikkan di negara lain seperti Kanada dan Australia, yang melakukan pengagihan kewangan bukannya berdasarkan affiliasi politik, tetapi berdasarkan keperluan pembangunan. Mentaliti “winner takes all” yang dipraktikkan oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kini boleh dielakkan melalui perundangan yang lebih baik seperti menggunakan formula ‘”equalisation” yang mengambil kira jumlah penduduk, kemiskinan, pembangunan
kawasan, kos, pembangunan insan dan indeks pendapatan hasil kasar per kapita. Dengan memberikan lebih autonomi kepada kerajaan negeri, adalah diharapkan usaha itu membawa kepada peningkatan kepada penglibatan orang awam dalam sistem demokrasi itu sendiri.
(40) Negara-negara lain di Asia seperti Indonesia dan China merupakan contoh-contoh yang baik bagaimana “fiscal decentralisation” dilaksanakan dengan memindahkan kuasa daripada kerajaan pusat kepada kerajaan tempatan untuk mencapai pembangunan menyeluruh. Prinsip-prinsip sebuah kerajaan demokrasi seperti akauntabiliti, kualiti hidup yang lebih baik, penglibatan orang awam, dan akses kepada maklumat lebih digalakkan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.
(41) Hasil Kerajaan Negeri bukan sahaja boleh diperoleh daripada kutipan cukai bahkan daripada pelaksanaan program-program yang menjurus pada pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
(42) Seterusnya, bagi merealisasikan peningkatan hasil pendapatan negeri, Kerajaan Negeri menyediakan Pelan Jangka Panjang tahun 2009-2013 bagi meningkatkan hasil penanaman padi di Daerah Kuala Selangor dan Sabak
16
Bernam, seluas 18,355 hektar dengan penglibatan seramai 9,322 orang pesawah.
(43) Pada ketika ini, purata hasil yang dicatatkan di dua daerah tersebut masing-masing 4.5 tan/hektar dan 5.1 tan/hektar. Dengan pelaksanaan program ini, hasil padi dijangka meningkat sehingga 7.5 tan/hektar bersamaan RM110 juta setahun. Pendapatan per kapita pesawah pula dijangka meningkat daripada RM14,475 kepada RM20,475.
(44) Sebagai langkah permulaan, beberapa projek perintis dilaksanakan di dua daerah tersebut di samping pemberian bantuan teknikal, latihan dan motivasi kepada pegawai pertanian, petani dan agensi pelaksanaan. Usaha ini membuktikan bahawa kejayaan program ini bukan hanya bergantung pada aspirasi kerajaan semata-mata, sebaliknya ia perlu disokong oleh modal insan yang berkemahiran dan berpendidikan.
(45) Dalam usaha meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri, pembangunan pertanian hendaklah diberi keutamaan. Dalam perkara ini, pembangunan pertanian di Selangor merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk membetulkan sistem pertanian sedia ada ke landasan yang betul. Sektor pertanian di negeri Selangor bagi tahun 2009 dijangka meningkat sebanyak 0.8% ekoran pertumbuhan subsektor kecil pertanian seperti perikanan, pertanian dan penternakan. Hal demikian terjadi kerana pertanian yang merupakan knowledge agriculture yang mengkehendaki petani, penternak dan nelayan mempunyai ilmu di samping memberi tumpuan pada bidang masing-masing.
(46) Penggunaan teknologi moden seperti sistem CREST (Crop Establishment) atau penapakan tanaman, Knapsack-Powered Paddy Seed Row Seeder dan Teknik Satelit merupakan antara transformasi pertanian yang dijangka mampu memenuhi hasrat Kerajaan Negeri untuk mencapai 37% tanaman padi daripada keseluruhan guna tanah pertanian pada tahun 2010.
17
Kerajaan negeri Selangor prihatin terhadap pertanian moden yang tidak menjejaskan alam sekitar, sebaliknya berupaya memaksimumkan sumber tanah negeri dengan lebih efektif.
(47) Dalam usaha menggalakkan pembangunan usahawan, Kerajaan Negeri berhasrat melaksanakan beberapa program bagi mempertingkatkan hasil pendapatan negeri. Antaranya, membina lebih banyak premis perniagaan dan mewujudkan zon-zon industri kecil dan sederhana (IKS) di seluruh daerah. Usaha memperkasa modal insan boleh diwujudkan melalui program inkubator dan menyediakan latihan keusahawanan di seluruh Negeri Selangor. Pusat Sehenti (OSC) bakal ditubuhkan di setiap daerah sebagai pusat pengumpulan dan pemasaran produk-produk usahawan setempat. Usaha ini dapat menjadikan perusahaan IKS ini lebih efisien.
(48) Kerajaan Negeri Selangor juga buat pertama kalinya berjaya mengutip hutang hasil daripada pengiktirafan hutang anak syarikat. Tujuan kerajaan negeriberbuat demikian supaya hasil negeri dapat dipertingkatkan dan secara tidak langsung rakyat dapat mengetahui pelaburan yang dilakukan oleh mereka sebagai pembayar-pembayar cukai dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri. Rakyat menjadi lebih prihatin terhadap prestasi dan hasil pelaburan mereka. Sepertimana yang dibentangkan dalam Enakmen Perbekalan Tambahan kedua 2009 semalam, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM391,986,473 kepada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) untuk membeli hutang Syarikat Kumpulan Talam Bhd. (Talam Group Bhd.) daripada Kerajaan Negeri.\
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
(49) Objektif bajet ini adalah seperti berikut: Pertama, untuk memperluaskan peluang-peluang ekonomi negeri Selangor dengan sumber yang sedia ada; Kedua, untuk memastikan dan mengembalikan kekayaan negeri kepada rakyat melalui program MES; Yang ketiga, untuk menyediakan infrastruktur dan modal
18
insan negeri Selangor bagi memantapkan daya saing Selangor antara negeri dan di peringkat antarabangsa, terutamanya dengan kelebihan Selangor sebagai penggerak ekonomi Malaysia (dan Asia Tenggara). Yang keempat, untuk melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang dirancang sepanjang tahun 2009, dan meneruskan ke peringkat yang seterusnya.
(50) Limpahan nikmat kurnian Allah ini perlulah diagihkan secara adil dan saksama supaya kualiti hidup rakyat Selangor terus dibela dan dipertingkatkan. Kerajaan Negeri juga berusaha memastikan pembangunan ekonomi negeri berlandaskan matlamat untuk merakyatkan ekonomi negeri dan melaksanakan ketelusan dalam pentadbiran. Lantas, Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Selangor disediakan untuk menggariskan pendekatan bagi mencapai wawasan dan matlamat Negeri Selangor menjelang tahun 2025.
(51) Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor komited terhadap pemerintahan berlandaskan strategi-strategi yang berikut:
I. Menegakkan demokrasi tulen;
II. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat;
III. Merakyatkan ekonomi Selangor;
IV. Pembangunan moden dan lestari;
V. Memperkasakan rakyat Selangor;
VI. Membasmi kemiskinan.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
I. Menegakkan demokrasi tulen
(52) Kerajaan Pakatan Rakyat berpegang teguh pada prinsip menegakkan demokrasi tulen di negeri Selangor. Reformasi sebenar bermaksud
19
mengamalkan tadbir urus yang sempurna, telus dan bertanggungjawab dalam pelaksanaan urustadbirKerajaan Negeri.
(53) Suara rakyat suara keramat. Lantas, Kerajaan Negeri berfungsi untuk memenuhi kehendak rakyat daripada segi politik dan ekonomi dan membentuk beberapa dasar berasaskan keprihatinan terhadap keperluan rakyat Selangor. Setiap wakil rakyat dan pegawai kerajaandaripada Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri hingga kepada kerani pejabat kerajaan, bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendengar segala keluhan, rintihan, teguran dan pandangan rakyat untuk menyempurnakan tugas mereka sebagai pemegang amanah rakyat.
(54) Segala keperluan rakyat mesti dipenuhi dengan cekap dan mantap, dan setiap keputusan kerajaan negeri mesti menimbangkan sepenuhnya kesejahteraan jangka masa panjang rakyat. Ahli-ahli politik atau pegawai kerajaan yang gagal memahami prinsip ini atau memenuhi tanggungjawab ini mesti diganti secepat mungkin dengan pemimpin yang sanggup memenuhi keperluan rakyat sebelum memenuhi kepentingan diri.
(55) Dalam usaha menegakkan demokrasi, Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka Enakmen “Freedom of Information” ataupun Enakmen Kebebasan Maklumat yang bakal dibentangkan dalam persidangan Dewan Negeri Selangor pada Mac 2010. Walaupun enakmen ini mungkin tidak diluluskan secara serta-merta, namun, saya yakin Kerajaan Pakatan Rakyat dapat menjadi kerajaan negeri yang pertama di Malaysia yang bersedia untuk mengadakan undang-undang yang menggalakkan ketelusan dalam pentadbirannya.
(56) Walaupun Enakmen ini belum lagi diluluskan, namun saya sudah memulakan langkah untuk membuat deklasifikasi maklumat negeri melalui hak saya sebagai Menteri Besar menurut seksyen 2c Akta Rahsia Rasmi. Dalam
20
persidangan Dewan pada November 2009 ini, beberapa laporan dijangka dikeluarkan kepada semua rakyat mengenai projek yang dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu, iaitu mendedahkan kisah benar di sebalik projek yang sepatutnya memanfaatkan Kerajaan Negeri tetapi menguntungkan syarikat-syarikat tertentu. Pertama, projek penghutanan semula untuk tujuan komersil, dan kedua, beberapa projek terbengkalai di negeri Selangor.
(57) Pembentangan Enakmen Kebebasan Maklumat ini menunjukkan contoh yang baik yang harus dikekalkan, dengan transparensi atau ketelusan dijadikan dasar negeri, kecuali untuk maklumat yang terbukti boleh menjejaskan keselamatan Kerajaan Negeri. Kerajaan yang telus meningkatkan tahap keyakinan pelabur kerana ia memastikan maklumat diberi secara bebas kepada usahawan-usahawan yang memerlukannya.
(58) Sebagai contoh, lima Draf Rancangan Selangor yang baru dilancarkan minggu lepas oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), dipamerkan kepada orang ramai selama satu bulan. Selain itu, kerajaan negeri menekankan kepentingan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang berusaha bersungguh-sungguh memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawaban, dan ketelusan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri, agensi-agensi dan pihak berkuasa tempatan agar wang rakyat dibelanjakan melalui pengurusan yang cekap dan telus.
(59) Kerajaan Negeri amat menggalakkan interaksi di antara kerajaan dengan pihak-pihak stakeholders dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli-ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO. Sehubungan itu, kerajaan ada menerima satu laporan daripada kumpulan “Coalition for Good Governance”, ataupun Gabungan Tadbirurus Baik, dan meneliti dengan serius cadangan mereka untuk mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di negeri Selangor. Cadangan ini telahpun dibentangkan kepada semua ahli Majlis
21
Mesyuarat Kerajaan Negeri. Kami percaya bahawa pilihan raya kerajaan tempatan adalah penting untuk memperkasa setiap rakyat Selangor untuk memilih sendiri wakil yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran kawasan-kawasan tempatan dan tempat kediaman masing-masing.
(60) Kerajaan negeri Selangor juga merancang meminda Akta Perhutanan yang mewajibkan konsultasi ataupun public hearings bagi setiap kali terdapat excisement kawasan perhutanan. Ini dirancang dan dijangka dibentangkan dalam Persidangan Dewan pada Mac 2010.
(61) Seterusnya, saya ingin menghuraikan cara Kerajaan Negeri Selangor mengurus perbelanjaan dengan cekap. Kita perlu sentiasa menilai keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam (public service delivery system) Kerajaan Negeri Selangor di semua peringkat, daripada kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, sehingga ke pejabat tanah. Dengan cara ini, kita dapat memantau kualiti dan belajar semula konsep menambah baik prestasi kita sebagai Kerajaan Negeri secara berterusan.
(62) Walaupun sumber-sumber negeri Selangor agak terhad, namun, kami sedar betapa sumber-sumber tersebut sudah diamanahkan kepada kami oleh rakyat untuk ditadbir urus dengan baik. Tugas kami untuk memastikan kecekapan pengurusan segala sumber ini dan dilaksanakan dengan penuh kesedaran bahawa kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini boleh mengakibatkan kehilangan kepercayaan dan keyakinan rakyat dalam pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum kelak.
(63) Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudahpun menubuhkan Jawatankuasa Hal Ehwal selain Islam untuk memelihara keperluan masyarakat selain Islam dan telah menyenaraikan garis panduan berhubung hal ehwal selain Islam. Garis panduan tersebut menetapkan segala prosedur berhubung pembinaan, perobohan dan bantuan kewangan bagi bangunan keagamaan selain Islam di
22
negeri Selangor bertujuan untuk menghormati keperluan-keperluan berhubung kepentingan semua agama.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
II. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat
(64) Untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor amat menekankan konsep “Selamat dan Bersih”. Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor memandang serius mengenai kebimbangan yang semakin ketara berkaitan peningkatan kadar jenayah. Ramai di antara kita yang mempunyai rakan dan saudara mara yang menjadi mangsa penjenayah, yang mengakibatkan kita berasa semakin risau dan gelisah di jalan raya mahupun di rumah sendiri. Kerajaan Negeri bertekad untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak polis, dan menyokong penuh beberapa inisiatif seperti yang dimulakan oleh MBPJ dengan mengadakan khidmat Polis Tambahan (auxiliary police)sendiri. Rukun Tetangga juga patut diberi lebih sokongan untuk mewujudkan pembaharuan menangani kes-kes jenayah.
(65) Setiap kawasan perumahan baharu mesti dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan keselamatan yang mantap dan mencukupi. Walaupun kerajaan negeri tiada kuasa terhadap pasukan Polis, namun, kami terus menjejaki cara-cara inovatif untuk meningkatkan keselamatan, termasuk pemasangan CCTV. Bagi tahun 2010,peruntukan sebanyak RM3 juta dikhaskan untuk memasang CCTV di lokasi-lokasi yang bersesuaian di setiap PBT di Selangor. Bagaimanapun, setelah proses tender terbuka selesai yang sedang dilaksanakan sekarang, Kerajaan Negeri Selangor mungkin mendapatkan peruntukan tambahan untuk tujuan ini.
(66) Kerajaan Negeri Selangor menyarankan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan supaya meningkatkan lagi kebersihan di dalam kawasan mereka
23
dengan mengamalkan konsep ”Selamat dan Bersih”.Oleh yang demikian, kutipan sampah-sarap hendaklah dilaksanakan dengan cekap dan mengikut kos yang berpatutan. Kita ingin melihat Selangor yang bebas daripada longgokan sampah dan sisa pelupusan bahan binaan.
(67) Bagi memberi kesejahteraan kepada rakyat Selangor, Program Bantuan Kesihatan diwujudkan untuk membiayai beberapa rawatan seperti katarak mata, dialisis buah pinggang dan pembedahan kecil. Program bantuan kesihatan ini dapat mengurangkan beban golongan yang berpendapatan rendah. Kerajaan Negeri membiayai kos rawatan bagi katarak mata sebanyak RM700, rawatan dialisis buah pinggang sebanyak RM60 bagi setiap kali rawatan dan pembedahan kecil tidak melebihi RM1500.
(68) Pelbagai program keusahawanan dilaksanakan bagi menjana peluang pekerjaan untuk orang ramai, antaranya Industri Kecil Sederhana (IKS), kraf tangan dan jahitan. Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan untuk tujuan ini bagi tahun 2010.
(69) Kerajaan Negeri berhasrat membangunkan generasi muda berasaskan pegangan sistem nilai yang diterjemahkan kepada bentuk gaya hidup berkualiti dan berwawasan. Oleh kerana belia merupakan pemangkin pembangunan Negeri Selangor, maka Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta untuk tahun 2010 bagi program belia dan sukan. Kerajaan Negeri juga menubuhkan Sekretariat Belia Negeri Selangor pada Mei 2009. Sekretariat ini berfungsi untuk melaksanakan program-program belia di peringkat negeri. Dengan tertubuhnya Sekretariat Belia ini maka program-program pembangunan belia boleh digiatkan lagi bagi memperkasa para belia di samping memastikan para belia di negeri ini dapat bergiat aktif dalam aktiviti yang memberi faedah.
(70) Agenda pembangunan belia yang meliputi program “Jom Daftar Undi” di mana sejumlah RM150,000 diperuntukkan bagi tahun 2010 untuk menggalakkan
24
belia yang belum lagi mendaftarkan diri untuk mendaftar sebagai pengundi di kaunter-kaunter pendaftaran yang dibuka semasa program seperti karnival dan konsert. Saya ingin menekankan betapa pentingnya setiap belia mendaftarsebagai pengundi, kerana ia merupakan antara aspek pemerkasaan rakyat yang paling penting. Setiap orang mempunyai haknya sendiri untuk memilih wakil rakyat untuk kawasannya. Selain itu, Sekretariat Belia Negeri Selangor akan menawarkan kursus dan latihan kepimpinan, latihan-latihan meningkatkan jati diri, ekonomi, berpersatuan, kemahiran, bermasyarakat dan kesukarelawan kepada belia-belia yang akan menyertainya.
(71) Peruntukan ini juga meliputi Program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang ditubuhkan pada Ogos 2009, dan melalui program ini, belia seluruh negeri Selangor bakal mendapat manfaat daripada program Pembangunan Belia. Seramai 290 Pengerusi PeBT peringkat zon sudah dilantik dan mereka akan dijadikan jentera Kerajaan Negeri dalam usaha melaksanakan program-program ini bagi pembentukan modal insan yang unggul di peringkat glokal.
(72) Di samping itu, peruntukan bagi menaik taraf kompleks-kompleks belia dan sukan disalurkan bagi membaik pulih kemudahan-kemudahan sukan sedia ada. Dengan ini diharapkan rakyat Selangor dapat menggunakan kemudahan sukan ini secara optimum. pengurus bangunan yang berpengalaman akan dilantik bagi menyelaras aset-aset negeri secara profesional.
(73) Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada skuad Merah Kuning yang telah berjaya merangkul tiga kejuaraan pada tahun ini. Melalui kemenangan ini membuktikan peningkatan dalam skuad bola sepak negeri Selangor. Walaupun tidak memenangi kesemua empat kejuaraan (Piala Malaysia), kita bertekad untuk mencuba lagi pada tahun 2010. Kita berharap skuad Merah Kuning terus mempamerkan mutu permainan yang tinggi pada musim-musim seterusnya. Pemberian tiket-tiket percuma kepada pihak-pihak tertentu bakal diteruskan sekiranya skuad Merah Kuning dapat memasuki mana-mana perlawanan akhir yang berprestij. Usaha ini secara tidak langsung dapat
25
memberi sokongan moral pada skuad Merah Kuning serta dapat meningkatkan prestasi dan mutu permainan.
(74) Sukan Malaysia (SUKMA) 2010 pula bakal berlangsung di Melaka pada tahun hadapan. Kita mengharapkan agar kontinjen Selangor dapat mempersembahkan mutu persembahan yang terbaik pada sukan tersebut dan diharap dapat menjadi negeri yang dapat mengungguli kutipan pingat yang tertinggi.
III. Merakyatkan Ekonomi Selangor
(75) Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diperkenalkan pada Jun 2008 oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dan telah dilaksanakan secara berperingkat. Sehingga kini fasa pertama dan kedua program MES sudah dilaksanakan dengan jayanya. Ia membuktikan Kerajaan Pakatan tidak bercakap kosong kerana berjaya merealisasikan manifesto Pilihan Raya 2008 yang dijanjikan kepada rakyat. Prinsip MES berdasarkan kepercayaan bahawa sumber-sumber negeri adalah kepunyaan rakyat. Oleh itu, kita memulangkan kekayaan negeri kepada mereka yang merupakan pemilik ekonomi yang sebenarnya.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
(76) Dalam bajet 2009 Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM56 juta bagi pelaksanaan program-program MES. Oleh itu, saya ingin memaklumkan kepada sidang Dewan yang mulia ini mengenai perkembangan dan prestasi program MES fasa pertama yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
(77) PertamaProgram Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), yang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat negeri Selangor. Sehingga September 2009, seramai 11,858 orang anak kelahiran negeri Selangor yang menepati syarattelah diluluskan untuk program Tabung Warisan Anak Selangor. Jumlah yang diperuntukkan untuk program TAWAS dari tahun 2008 ke tahun
26
2009 ialah sebanyak RM13.5 juta. Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap keperluan pendidikan awal kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan tonggak pembangunan modal insan bagi negeri Selangor, lebih-lebih lagi yang dijayakan program TAWAS.
(78) Kerajaan Negeri turut mementingkan sistem pembelajaran kanak-kanak supaya dapat berkembang seimbang dengan perkembangan emosi dan kognitif dengan lebih optimum dan bersedia apabila memasuki alam persekolahan formal dengan mempertingkat taraf institusi taska di Selangor. Dengan wujudnya taska-taska ini di negeri Selangor, pendidikan kanak-kanak dalam segenap lapisan masyarakat tidak dipinggirkan dan memastikan kanak-kanak tersebut mendapat perhatian yang sewajarnya. Kerajaan Negeri komited menjalankan pemantauan, penguatkuasaan dan mempertingkatkan kualiti taska-taska sedia ada. Usaha ini juga melibatkan latihan dan bimbingan kepada pengusaha-pengusaha dan pengasuh-pengasuh taska yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.
(79) Kedua, Program Bekalan Air Percuma Sebanyak 20 Meter Padu membolehkan rakyat negeri Selangor yang mempunyai meter individu terus menikmati bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu. Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha meneruskan program air percuma ini kerana ia ternyata membantu mengurangkan beban kewangan rakyat dalam perbelanjaan utiliti yang semakin meningkat. Dalam hal ini, sebanyak RM166.7 juta sudah dibelanjakan untuk dinikmati oleh rakyat Selangoryang bersamaan RM9.8 juta sebulan. Kerajaan Negeri Selangor berusaha supaya keuntungan yang diperolehi hasil daripada penyusunan semula industri air digunakan untuk kepentingan rakyat. Saya ingin menyeru kepada rakyat negeri Selangor untuk menghargai dan menggunakan air dengan cermat di rumah dan pejabat masing-masing kerana inilah sumber alam yang tidak ternilaI dan dihadiahkan oleh Allah kepada kita.
27
(80) Ketiga, melaui Program Hadiah Anak Masuk Universiti, Kerajaan Negeri memberikan wang tunai RM1,000 kepada anak Selangor yang mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi, tertakluk pada syarat yang ditetapkan. Sehingga September 2009, seramai 7,339 pelajar menerima hadiah RM1,000 setiap seorang bagi menampung keperluan kewangan semasa mendaftar di Institusi Pengajian Tinggi. Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM8.5 juta untuk Program ini pada tahun 2009 dan memperuntukkan sebanyak RM7.7 juta bagi tahun 2010.
(81) Keempat, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dilancarkan bagi membantu mengurangkan beban kewangan waris warga emas di negeri Selangor untuk memastikan agar setiap warga emas dan orang kurang upaya (OKU) diberi penghargaan dan penghormatan yang sewajarnya. Sehingga September 2009, seramai 13,342 orang waris menerima faedah daripada skim tersebut. Di samping itu, seramai 114,699 orang telah mendaftarkan diri dalam skim ini termasuk Wilayah Persekutuan dan 104,819 orang di Selangor, iaitu lebih kurang 44 peratus daripada sasaran iaitu 236,000 orang warga emas di kerajaan negeri Selangor. Sebanyak RM15.6 juta dibelanjakan sehingga September 2009.
(82) Kerajaan negeri Selangor telah memasuki fasa kedua pelaksanaan skim ini kepada program kesedaran, keselamatan dan perlindungan untuk anak-anak selepas menerima maklum balas daripada orang ramai untuk meneruskan program ini. Kad keahlian pelbagai guna akan diberikan kepada semua warga emas dan OKU yang berdaftar bagi memudahkan penyaluran manfaat kepada mereka yang layak dan pemantauan dapat dilakukan dengan berkesan.
(83) Dalam Fasa Kedua ini, antara cadangan lain yang akan ditawarkan, termasuklah, (i) Manfaat Kesihatan (ii) Makanan (iii) Diskaun tertentu, dan (iv) Kad keahlian.
28
(84) Kelima, bagi pelaksanaan program MES seterusnya, Kerajaan Negeri telah menubuhkan syarikat, iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi melaksanakan Program Meningkatkan Hasil Batuan dan Mineral. Sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang telah dijelaskan oleh KSSB kepada Pejabat Tanah dan Galian berjumlah RM 4,678,021.84 berbanding dengan jumlah yang diterima pada tahun yang lalu iaitu RM735,000 pada 2008. Ini tidak termasuk keuntungan yang dihasilkan oleh KSSB sendiri.
(85) Keenam, program Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), di mana sebanyak 6 buah Pusat Khidmat Krisis Sehenti diwujudkan iaitu di di Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Klang dan Hospital Kajang.
(86) Sehingga kini sebanyak 37 buah DUN, iaitu 64.28% telah melaksanakan program seminar OSCC di DUN masing-masing. Purata kehadiran peserta sekitar 88.47% di setiap DUN. Melalui maklum balas awal yang diterima, lebih 90% daripada para peserta sama ada tidak pernah mendengar atau mengetahui tentang kewujudan OSCC serta peranan dan khidmat yang boleh didapati walaupun ia telah dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1996. Seminar OSCC tersebut telah member kesedaran dalam mendidik masyarakat tentang keganasan rumahtangga dan memberikan maklumat undang-undang yang berkaitan secara umum.
(87) Hasil daripada tinjauan orang ramai dan sambutan yang diterima, fasa kedua OSCC akan meneruskan program-program kesedaran kepada umum ke peringkatkan akar umbi dan memasyarakatkan OSCC. Melalui program ini, maklumat dan pengetahuan dalam menangani keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak dan gangguan seksual, dapat disalurkan dengan lebih meluas. Program ini merangkumi sokongan padu kepada rumah-rumah perlindungan wanita di Selangor yang meliputi bantuan prasarana, pasukan pengurusan, para kaunselor dan bantuan guaman dalam menangani kes-kes
29
seperti perlindungan dan pembelaan kepada wanita di mahkamah. Usaha menyelesaikan kes-kes yang banyak tertangguh di mahkamah-mahkamah akan disusuli dengan tindakan-tindakan yang wajar agar wanita mendapat pembelaan yang adil dan saksama.
(88) Ketujuh, Program Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang diwujudkan bertujuan memberi bantuan kewangan kepada anak-anak pekerja ladang untuk menyambung pelajaran dalam kursus kemahiran teknikal di INPENS. Sehingga September 2009 , seramai 130 orang anak pekerja ladang melanjutkan pelajaran di INPENS dengan bantuan skim Tabung Anak-Anak Pekerja Ladang. Bagi Tahun 2010, peruntukan sebanyak RM2 juta tidak berubah berbanding dengan peruntukan pada tahun 2009.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
(89) Pada fasa kedua program MES yang bermula pada tahun 2009, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemberian cuti bersalin selama 90 hari, cuti 14 hari kepada suami yang isterinya bersalin, dan cuti sebulan kepada wanita yang kematian suami. Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan program bantuan, bimbingan perniagaan kepada belia dan peniaga muda dan latihan keusahawanan di seluruh negeri Selangor.
(90) Bagi fasa ketiga dan keempat program MES masih lagi dalam peringkat kajian Kerajaan Negeri, antaranya bantuan anak ke nurseri, bantuan anak prasekolah, bantuan mendirikan rumah tangga, elaun ibu tunggal, elaun khas suri rumah dan bantuan memiliki perniagaan.
(91) Pada tahun 2009, peruntukan untuk Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berjumlah RM56 juta, iaitu bagi program Tabung Warisan Anak Selangor, Hadiah Anak Masuk Universiti, Pusat Khidmat Krisis Sehenti dan Skim
30
Mesra Usia Emas. Walau bagaimanapun, jumlah keperluan sebenar hanya berjumlah RM33,868,522.65 sahaja.
(92) Pada tahun 2010 pula, bajet yang diperuntukkan bagi Program Hadiah Anak Masuk Universiti dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor berjumlah RM7.7 juta. Perbezaan bajet antara tahun 2009 dan 2010 berikutan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor Fasa 3 seperti Program Caruman Takaful Anak Yatim, Bantuan Anak ke Nurseri, Bantuan Mendirikan Rumah Tangga, Bantuan Anak Prasekolah, Elaun Ibu Tunggal, Elaun Khas Suri Rumah dan Bantuan Memiliki Kediaman masih dalam peringkat kajian.
(93) Di samping itu, program Tabung Warisan Anak Selangor dan Skim Mesra Usia Emas, peruntukan tidak disediakan untuktahun 2010 memandangkan peruntukan tersebut sudahpun disalurkan kepada SPV (Special Purpose Vehicle) dan akaun amanah masing-masing pada tahun 2009 bagi keperluan sehingga 2010.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
IV. Pembangunan moden dan lestari
(94) Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor mengamalkan falsafah ekonomi sosial-demokratik dengan matlamat merangsangkan ekonomi melalui pelaburan. Sistem kapitalisme ini hanya patut dilaksanakan dengan penuh keprihatinan terhadap rakyat melalui program kebajikan dan jaringan keselamatan sosial yang tertentu. Pembangunan ekonomi tidak seharusnya menguntungkan pihak berkepentingan sahaja sebagaimana yang sering berlaku dahulu, tetapi ia sewajarnya menguntungkan semua pihak.
(95) Sistem kapitalisme yang dipraktikkan oleh kerajaan Barisan Nasional lebih menguntungkan individu-individu tertentu daripada pihak swasta dengan menggunakan alasan “penswastaan.” Penswastaan sepatutnya
31
membawa kepada peningkatan produktiviti dan pengurangan kos perkhidmatan kepada rakyat. Sebaliknya, penswastaan Barisan Nasional hanya membolehkan duit rakyat dilesapkan secara besar-besaran oleh kroni-kroni mereka. Pihak konsesi yang dipilih berasaskan sistem kroni dan bukan secara tender terbuka ini mendapat keuntungan besar dalam projek-projek dan meningkatkan pula kos perkhidmatan.
(96) Pembangunan komersil di negeri Selangor seharusnya memastikan bahawa sumber-sumber dan aset-aset negeri tidak disalahgunakan tetapi dimaksimumkan untuk manfaat rakyat. Kerajaan Negeri Selangor akan mengutamakan dua strategi, iaitu (a) memastikan kebajikan rakyat terus terjamin melalui program MES, dan (b) mempergiat aktiviti rangsangan ekonomi yang bakal meningkatkan ekonomi negeri dengan jelas.
(97) Oleh itu, dalam usaha merangsang ekonomi negeri, Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk melaksanakan enam (6) bidang melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor, iaitu:
i. Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang;
ii. Pembangunan semula projek perumahan yang terbengkalai;
iii. Pembaharuan aktiviti di bandar melalui pembangunan semula kawasan terbiar di Petaling Jaya dan Klang;
iv. Peningkatan hasil tanaman padi;
v. Perluasan sistem pengangkutan; dan
vi. Penstrukturan semula industri air Selangor.
(98) Pakej rangsangan ekonomi ini melibatkan pelaksanaan projek secara Inisiatif Pembiayaan Swasta, ataupun Private Funding Initiative (PFI) yang dijangka mampu menarik pelaburan melebihi RM50 bilion dari dalam dan luar negara serta bakal menyediakan lebih 150,000 peluang pekerjaan
32
kepada rakyat Malaysia. Pelaksanaan pakej rangsangan ini bakal memenuhi kesemua enam strategi bajet 2010 negeri Selangor.
(99) Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang merupakan projek kerajaan negeri dengan konsep PFI untuk menjadikan Sungai Klang tunjang pembangunan di negeri Selangor. Kerajaan negeri berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan Sungai Klang sepertimana 100 tahun dahulu iaitu apabila jajaran sungai sepanjang 120 km (80 km dalam negeri Selangor) merupakan pusat perdagangan, komersil, ekonomi serta pembangunan sosial.
(100) Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan Negeri dijangka melaksanakan strategi serampang tiga mata, iaitu:
(i) Pemuliharaan Sungai Klang dan menggunakan sepenuhnya sumber sungai untuk pembangunan ekonomi dan masyarakat;
(ii) Membangunkan kawasan-kawasan berpotensi di sepanjang Sungai Klang dengan konsep lestari, mesra alam dan membawa nilai tinggi;
(iii) Membangunkan sistem rangkaian pengangkutan air untuk tujuan komersial terutamanya pelancongan.
(101) Projek ini dijangka memberi manfaat yang besar kepada penduduk melalui peningkatan kualiti hidup. Pembangunan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri di sepanjang jajaran Sungai Klang boleh menggalakkan perkembangan aktiviti-aktiviti sosial, kebudayaan, penghargaan seni dan warisan, pembangunan sukan dan kecintaan alam sekitar untuk merangsang perkembangan sosial penduduk negeri Selangor kepada tahap yang lebih tinggi.
(102) Kerajaan Negeri kini memulakan kerja pemuliharaan sungai dengan mewartakan 50 meter zon penampan (buffer zone) kiri dan kanan sungai sebagai rizab sungai. Beberapa syarikat domestik dan antarabangsa telah
33
menghantar cadangan mereka untuk membangunkan semula Sungai Klang. Kerja tinjauan guna tanah sedang rancak dilakukan secara berterusan di samping penyediaan draf pelan pembangunan Sungai Klang dan kempen kesedaran di kalangan masyarakat.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
(103) Pembangunan semula projek-projek perumahan yang terbengkalai dianggarkan berjumlah RM5 bilion adalah bertujuan untuk membaik pulih dan memodenkan perumahan kos rendah di samping menjana ekonomi dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Strategi serampang dua mata ini mengambil kira dua elemen iaitu memantapkan pembangunan negeri melalui program membaikpulih rumah yang sekali gus memberi peluang pekerjaan.
(104) Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sedang memantau secara berterusan 144 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 45,449 unit rumah dan mencatatkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM7 billion hingga RM9 billion yang memanfaatkan 200,000 rakyat Selangor.
(105) Satu badan bertindak Projek Terbengkalai telah ditubuhkan menerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan yang dipengerusi YB Tuan Iskandar bin Abdul Samad dan diketuai oleh ADUN Hulu Kelang YB Tuan Saari Sungib. Menerusi badan bertindak ini, sebanyak 80 projek terbengkalai seperti di Shah Alam, Klang, Selayang, Ampang Jaya dan Kuala Selangor telah disenaraikan untuk menentukan sama ada berpontensi untuk dibaik pulih. Sebanyak 18 projek telah berjaya menarik minat pemaju dan kontraktor di mana kerjakerja tapak sedang giat dijalankan.
(106) Kerajaan Negeri turut mengadakan perjumpaan dengan pihak-pihak yang terlibat termasuk bank, pemaju, ejen hartanah dan pembeli rumah bagi
34
mendapatkan formula terbaik bagi menyelesaikan projek terbengkalai demi kebaikan bersama. Bagi tahun ini, projek terbengkalai di Bukit Botak dan Bukit Cherakah di beri keutamaan.
(107) Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin terhadap keselesaan penduduk di kawasan perumahan kos rendah. Kerajaan Negeri bersama-sama anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri seperti PKNS, akan melaksanakan program-program untuk meningkatkan keselesaan penduduk dengan memberi perhatian terhadap penyelenggaraan lif dan infrastruktur lain serta penyedian kemudahan-kemudahan komuniti.
(108) Kerajaan Negeri berhasrat agar seluruh rakyat menikmati kediaman yang selesa dan mampu milik. Sehubungan itu, beberapa pemaju telah menyatakan hasrat kepada Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan rumah mampu milik yang lebih luas dan selesa daripada rumah kos rendah sedia ada.
(109) Projek pembaharuan bandar merupakan suatu inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah akibat perbandaran yang pesat tetapi kurang terancang. Bayangkan bandar-bandar di negeri Selangor yang moden, lestari, hijau, dan tidak sesak seperti sekarang. Antara masalah yang timbul di Selangor termasuklah kawasan perumahan yang usang, kesesakan dan keadaan hidup yang tidak kondusif terutamanya di kawasan setinggan dan penempatan semula setinggan yang membawa kepada peningkatanmasalah sosio-ekonomi dan jenayah.
(110) Konsep pembaharuan bandar terancang merupakan konsep baharu di Malaysia yang melibatkan beberapa tindakan pembaharuan yang dilaksanakan untuk mencetuskan proses rangsangan terhadap kawasan-kawasan yang dipilih. Konsep tersebut akan membuahkan hasil dengan kewujudan bandar yang lebih tersusun dan meningkatkan kualiti hidup penduduk. Pembaharuan bandar juga secara langsung mampu mencambahkan inovasi dalam bidang perancangan
35
bandar dan seni bina. Contohnya, pembinaan bangunan mesra alam dan menjimatkan tenaga, penyambungan terhadap sistem rangkaian pengangkutan awam yang cekap, mewujudkan ruang kepada orang awam untuk menjalankan aktiviti seni dan sukan, perancangan kejiranan yang mampu mengurangkan jenayah dan sebagainya.
(111) Bagi merealisasikan usaha ini, beberapa bandar yang berpotensi untuk dibangunkan semulatelah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri dan beberapa siri pembentangan pelan perbandaran telah dilakukan oleh pihak perancang yang terpilih. Hasil daripada siri pembentangan tersebut, Kerajaan Negeri dijangka melantik masterplanner bagi melaksanakan projek-projek yang dipersetujui.
(112) Projek keempat adalah peningkatan hasil tanaman padi. Pelan 5 tahun (2009 – 2013) ini bertujuan untuk melipatgandakan pengeluaran hasil padi di kawasan barat daya negeri Selangor. Purata pengeluaran semusim pada masa ini adalah 5.3 tan metrik/ per hektar dan objektif program padi adalah untuk melipatgandakan pengeluaran hasil padi bagi mencapai tahap seperti kawasan Sekinchan dengan pengeluaran melebihi 7.5 tan metrik/ per hektar Program ini dijangka berjaya meningkatkan hasil padi kepada lebih 140,000tan metrik berbanding 110,000 tan metrik sekarang. Pendapatan per kapita petani padi dijangka bertambah daripada RM14,475 semusim kepada RM20,475 semusim yang pastinya memberikan manfaat kepada seramai 9,322 orang petani.
(113) Projek kelima iaitu meningkatkan kemudahan infrastruktur terutamanya sistem pengangkutan awam. Sebagaimana kita sedia maklum Lembah Klang kini mengalami kesesakan jalan raya yang kritikal di mana kesannya pengguna jalanraya terpaksa menghabiskan banyak masa di atas jalan raya. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan supaya nisbah penggunaan kereta individu berbanding dengan sistem pengangkutan awam dikurangkan daripada nisbah 90:10 sekarang kepada 50:10. Saya telah membincangkan perkara ini bersama dengan Menteri Pengangkutan dan menyerahkan “Wish List” Rakyat
36
Selangor kepada beliau. Ianya mengandungi cadangan penubuhan sebuah Lembaga Pengangkutan Klang Valley (Klang Valley Transport Council) bagi mengatasi masalah ini. Lembaga ini berperanan menyelaraskan proses-proses pemantauan, perancangan dan penguatkuasaan pengangkutan awam di Lembah Klang. Saya juga membangkitkan beberapa isu termasuk cadangan memperluaskan jaringan pengangkutan LRT bagi kegunaan orang ramai. Ianya merangkumi aspek penyelarasan, jaringan pengangkutan berintegrasi dan seterusnya memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri dan kerajaan tempatan untuk menjalankan operasi tersebut kerana Kerajaaan Negeri dan kerajaan tempatan lebih memahami keadaan dan permasalahan yang wujud. Saya juga tidak lupa membangkitkan isu pelaksanaan sistem pengangkutan bas awam seperti Bus Rapid Transit (BRT), perlunya pewujudan sistem pengangkutan bas komuniti dan penambahbaikan infrastruktur sokongan seperti laluan pejalan kaki (pedestrian walk) di Negeri Selangor.
(114) Manakala projek terakhir pula iaitu penstrukturan semula industri air di Selangor. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, perbincangan masih diteruskan dengan semua pihak dan saya sangat optimis ianya dapat diselesaikan pada penghujung tahun ini. Kita berharap supaya polisi nasional berdasarkan Industri Akta Perkhidmatan Air 2006 dipatuhi bagi menjamin pelaksanaan industri air di seluruh negara secara holistik. Nilai penstrukturan yang dibayar kepada syarikat-syarikat konsesi air perlulah munasabah dan adil kerana nilai yang tinggi boleh memberi implikasi yang besar kepada kenaikan tarif. Perkara ini adalah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mengembalikan hak air kepada rakyat dengan tidak membebankan langsung rakyat dari segi tarif air. Matlamat kita ialah untuk memastikan rakyat dapat menikmati air yang berkualiti, bersih pada harga yang berpatutan.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
(115) Seterusnya bagi merancakkan lagi sektor ekonomi Negeri Selangor, saya ingin menyentuh juga sektor pelancongan. Ianya merupakan sektor yang
37
menjadi penggerak (catalyst) kepada ekonomi negeri Selangor. Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengorak langkah dengan memberi tumpuan kepada sektor pelancongan yang dapat menjana pendapatan negeri, dan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Selangor.
(116) Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri di bawah MBI telah diberi tanggungjawab untuk menerajui sektor pelancongan di negeri Selangor. Pelbagai siri promosi pelancongan dari dalam dan luar negeri telah dilaksanakan di bawah kelolaan TSSB. Selain itu, promosi turut diadakan secara meluas bagi memastikan negeri Selangor muncul sebagai negeri yang terkenal dengan produk dan destinasi pelancongan yang unggul dan menjadi pilihan utama pelancong.
(117) perancangantelah diatur dengan rapi bagi memastikan kedatangan pelancong yang berterusanmelalui penyediaan prasarana dan kemudahan untuk para pelancong. Sehingga Ogos 2009, negeri Selangor telah menerima kedatangan 3.7 juta orang pelancong dengan anggaran pendapatan sebanyak RM2.6 bilion. Jumlah pendapatan ini meningkat sebanyak 0.12 % berbanding pendapatan yang dicatatkan pada masa yang sama pada tahun 2008. (118) Sasaran utama adalah pelancong daripada negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan China yang telah mencatatkan peningkatan bilangan pelancong setiap tahun. Tourism Selangor turut mengkaji pasaran untuk menarik lebih ramai pelancong daripada beberapa negara lain seperti India dan negara Timur Tengah. Pelbagai pakej menarik dengan harga yang berpatutan disediakan oleh Tourism Selangor untuk ditawarkan kepada para pelancong.
(119) Bagi memastikan komitmen semua pihak yang terlibat di sektor pelancongan di negeri Selangor, kerajaan negeri akan melancarkan kempen „Melawat Negeri Selangor’ pada tahun 2010 yang bertemakan „Selangor
38
Shines‟ dengan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi program promosi dan penganjuran acara berkaitan.
(120) Bagi memastikan pembangunan negeri Selangor yang holistik dan mapan, pemeliharaan alam sekitar turut di berikan perhatian di dalam Bajet 2010. Berdasarkan kepada COP15, persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung perubahan iklim di Copenhagen, Denmark yang akan diadakan pada Disember ini, negeri Selangor akan berganding bahu bersama masyarakat antarabangsa untuk menangani isu-isu perubahan iklim melalui inisiatif Kerajaan Negeri, iaitu “Selangor Hijau” yang menjadi dasar Alam Sekitar Selangor. Sebanyak RM0.3 juta diperuntukkan bagi tahun 2010 untuk melaksanakan program alam sekitar. (121) Impian Kerajaan Negeri bukan hanya sekadar kepada pemuliharaan dan pemeliharaan semata-mata, ianya merangkumi pembangunan, pendidikan, perusahaan dan pemilikan harta. Visi Negeri Selangor menuju ke arah “bangunan hijau” atau “green buildings,” yang dilaksanakan melalui sokongan terhadap Green Building Index (GBI). Kita juga mementingkan industri yang bersih, inovatif dan hijau, dengan menambah keluasan hutan bakau dan tapak hijau yang lain. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menekankan pendidikan teknologi hijau dan isu-isu alam sekitar serta berharap untuk mengurangkan pergantungan kepada ekonomiyang berasaskan industri yang menghasilkan karbon yang berlebihan.
(122) Pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan satu moratarium 25 tahun terhadap pembalakan hutan dan bakau simpanan. Ini adalah kerana kita sudah terlalu lama melihat hutan dan bakau dari aspek keuntungan melalui aktiviti pembalakan semata-mata. Sebaliknya kita telah lupa bahawa hutan adalah sumber oksigen dan air untuk kita meneruskan hidup.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
39
(123) Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju, Kerajaan Negeri telah merangka strategi jangka panjang dalam usaha membudayakan Sains, Teknologi & Inovasi (STI) di kalangan rakyat dan seterusnya dapat mengembangkan bidang tersebut dalam sektor pendidikan, perindustrian dan perniagaan. Program sains dan teknologi mampu mengurangkan jurang sosio-ekonomi dan jurang digital ICT di kalangan rakyat negeri Selangor. Seterusnya, ia mampu memberikan peluang dan ruang penghayatan STI untuk diterapkan di dalam kehidupan harian mereka.
(124) Selain itu, bagi meningkatkan minat dan pemahaman dalam pembelajaran dan penggunaan sains dan teknologi, satu kaedah yang lebih praktikal atau hands on bakal diperkenalkan. Kerajaan Negeri akan mengambil pendekatan “reach the people” menggunakan kaedah mobile yang bakal diperkenalkan pada tahun 2010 iaitu program “Selangor Mobile Innovation Lab Express” atau ringkasnya program SMILE.
(125) Kerajaan Negeri turut memandang serius dalam usaha mengurangkan jurang digital di kalangan rakyat Negeri Selangor. Sehubungan itu, satu projek Pusat Siber Rakyat (PSR) yang diintegrasikan dengan perpustakaan berobjektifkan pengembangan dan penggabungan konsep ilmu, maklumat dan pengetahuan dengan menggunakan medium digital serta buku-buku yang berbentuk fizikal. Program-program ICT mendapat peruntukan sebanyak RM9 juta bagi tahun 2010.
(126) Kerajaan Negeri telah menerima beberapa cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) di negeri Selangor. Di antara cadangan yang diterima untuk tujuan ini adalah “Ubiquitous Wireless” atau secara ringkasnya Agenda U-WiSEL.
(127) Sehingga kini Kerajaan Negeri telah memberi kebenaran kepada sebuah syarikat swasta secara PFI untuk membangunkan projek “Hybrid Wireless
40
Infrastructure Network (HyWIN)” . Projek ini dijangka bakal memberikan perkhidmatan capaian internet jalur lebar tanpa wayar dengan kos capaian yang amat ekonomi. Projek ini dijangka dapat memberikan rangkaian dan liputan ke seluruh negeri Selangor menjelang tahun 2015.
(128) Apabila kita menyebut tentang perancangan strategik yang mampan untuk negeri Selangor, isu tenaga menjadi nadi utama terhadap semua aktiviti harian kita. Dengan menyedari peningkatan pemintaan untuk tenaga bagi membangunkan dan memajukan negeri dan negara, serta kenaikan harga minyak yang tidak menentu, Kerajaan Negeri sedang berusaha mencari tenaga alternatif dan tenaga yang boleh diperbaharui (alternative and renewable energy)seperti tenaga solar, Biomass, Geothermal, kuasa hidro dan angin. Sumber tenaga alternatif ini akan dibangunkan secara aktif untuk mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil yang tidak boleh diperbaharui.
(129) Bertitik tolak daripada kesedaran itu, Kerajaan Negeri telah membincangkan isu-isu tenaga melalui penganjuran “Selangor Conference On Alternative And Renewable Energy 2009 (SelCARE’09) yang bertujuan untuk mengenalpasti peluang dan cabaran yang wujud serta kesan dan kaedah terhadap persekitaran dan masyarakat dalam usaha membangunkan sumber tenaga alternatif dan sumber tenaga yang boleh diperbaharui;
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
V. Memperkasakan Rakyat Selangor
(130) Bagi memperkasa rakyat Selangor, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM memperuntukkan sejumlah RM38.5 juta di dalam Bajet 2010 bagi pembangunan modal insan. Peruntukan ini meliputi program latihan,
41
program peningkatan latihan dan penyediaan prasarana latihan, termasuk program SPIES Iaitu “Spiritual, “Physical”, Intelektual, Emosi dan Sosial”.
(131) Dalam usaha untuk Melestarikan Kehidupan Rakyat Demi Kesejahteraan Hubungan Dengan Tuhan, Manusia dan Alam Sekitar, perancangan dan pembangunan Hala Tuju Negeri Selangor dirancang dan dibentuk berdasarkan wawasan, pemikiran serta usaha yang bermatlamatkan pendekatan yang lebih komprehensif dan holistik.
(132) Kerajaan Negeri amat prihatin dan memberi perhatian yang serius terhadap taraf sosioekonomi orang Asli di negeri Selangor yang seolah-olahnya tidak dibela oleh Kerajaan sebelum ini. Isu tanah pusaka Orang Asli merupakan isu pokok kepada masyarakat yang sekian lama diketepikan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri yang lalu. Pada Tahun ini, Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian secara mendalam berhubung dengan isu tanah pusaka Orang Asli dan justeru itu, pada tahun 2010 Kerajaan Negeri bersedia untuk memberi milik tanah-tanah pusaka itu kepada Orang Asli yang berhak.. Untuk itu, Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Badan Bertindak Tanah Orang Asli yang diketuai dan dianggotai oleh wakil-wakilOrang Asli mereka sendiri, iaitu suatu jawatankuasa unik dan tidak pernah ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Objektif Badan Bertindak ini adalah untuk memastikan bahawa masalah-masalah tanah yang sedang dihadapi oleh Orang Asli dapat diselesaikan melalui perbincangan dengan Kerajaan Negeri.
(133) Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan sebanyak RM500 ribu untuk menjalankan dua projek perintis ujian bagi menaik taraf hidup kumpulan Orang Asli termiskin. Sehingga hari ini, masih banyak terdapat kampung-kampung Orang Asli tidak mendapat bekalan elektrik, air minuman bersih, dan jalan raya di mana Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di bawah Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan dana sebelum ini.. Untuk itu, Kerajaan Negeri merancang untuk memastikan pembangunan sosial dan ekonomik yang bersepadu, melalui program-program pendidikan golongan
42
dewasa, skim pinjaman secara kecil-kecilan, dan program membangunkan diri. Kesemua program tersebut berMatlamatkan untuk membolehkan masyarakat Orang Asli berdikari demi menentukan masa hadapan mereka sendiri.
(134) Strategi yang ketiga bagi Memperkasa Rakyat Selangor adalah dengan memperkasa golongan wanita dengan memfokuskan kepada menjana ekonomi wanita dan meningkatkan kepimpinan wanita dalam proses membuat keputusan . Wanita dalam konteks ini termasuklah ibu tunggal, suri rumah, graduan wanita, wanita dalam industri dan wanita terpinggir. Untuk itu, sebanyak . RM1 juta diperuntukkan bagi program memperkasa wanita dan keluarga pada tahun 2010.
(135) Selari dengan polisi “Dari kebajikan kepada berdikari” (from welfare to workfare), golongan ibu tunggal akan dibantu dan diberi peluang menceburi bidang pekerjaan dan peniagaan dengan bimbingan yang khusus dari agensi Kerajaan Negeri. Selain dari itu, Golongan wanita yang terdiri daripada golongan pekerja kurang mahir dan berpendapatan rendah, serta wanita terpinggir, juga akan turut diberi peluang yang sama olej Kerajaan Pakatan Rakyat
(136) Bajet 2010 Kerajaan Pakatan Rakyat tidak sesekali meminggirkan Golongan suri rumah di mana Kerajaan Negeri akan memastikan golongan ini akan mendapat pendapatan bulanan a sekurang-kurangnya RM1500. Selain daripada itu, bagi menjana ekonomi wanita, Kerajaan Negeri juga akan memberi fokus terhadap graduan wanita yang berminat dalam bidang usahawan untuk diberi bimbingan mentor-mentee.
(137).
(137) Salah satu langkah bagi memperkasakan wanita adalah dengan menjadikan Pusat Komuniti Wanita di setiap kawasan DUN sebagai pusat aktiviti bagi menjana ekonomi setempat. Pusat-pusat ini diharapkan menjadi
43
tempat wanita berkumpul dan berkongsi pengalaman serta kemahiran, dan seterusnya dijadikan sumber aspirasi kepada golongan yang memerlukan.
(138) Kerajaan Negeri akan terus memberi perhatian yang khusus kepada Golongan ibu tunggal . Ini kerana Kerajaan tidak mahu golongan ini hanyut dalam arus pembangunan disebabkan taraf hidup yang kian berubah dari semasa ke semasa. Bimbingan yang menyeluruh kepada golongan ibu tunggal perlu diberi penekanan supaya mereka dapat menjalani hidup sama seperti warga Selangor yang lain. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri berazam untuk membantu golongan ibu tunggal berupaya menjana pendapatan sendiri melalui kursus-kursus kemahiran seperti jahitan dan masakan
(139) Seterusnya, bagi meningkatkan kepimpinan wanita dalam proses membuat keputusan, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 30% perjawatan tertinggi dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor diisi dengan wanita-wanita yang berkelayakan. Penetapan ini adalah selaras dengan Dasar Wanita Negara, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2009, Sasaran Pembangunan Milennium (Millennium Development Goals)
(140) Usaha lebih giat perlu dilaksanakan bagi mewujudkan barisan kepimpinan wanita yang memiliki jati diri yang dinamik, berdaya saing, berperikemanusiaan, berilmu, dan berketrampilan hingga ke akar umbi. Latihan dan bimbingan kepimpinan wanita wajar diperhebatkan agar ia berkesan dan dirasai secara menyeluruh oleh pelbagai peringkat masyarakat.
(142) Golongan sasaran keempat dalam Memperkasa Rakyat Selangor adalah golongan Orang Kurang Upaya. Untuk itu Kerajaan Negeri komited terhadap pelaksanaan program Selangor Ke Arah Bebas Halangan OKU.dimulakan dengan satu seminar pertengahan Jun yang lalu kepada Untuk itu, semua PBT di negeri Selangor adalah dikehendaki menyediakan kemudahan-kemudahan kepada OKU untuk membolehkan mereka berurusan dengan mudah dan sempurna di setiap PBT. Satu seminar juga telah diadakan pada pertengahan
44
Jun 2009 yang lalu dan hasil daripada seminar itu mendapati PBT kini juga amat peka dan prihatin dengan keperluan golongan OKU dalam menjalani dan menguruskan kehidupan harian tanpa halangan seperti masyarakat biasa.
(143) Hasil daripada seminar tersebut juga, kesemua PBT telah menubuhkan jawatankuasa yang memantau penyediaan kemudahan infrastruktur yang mesra OKU bukan sahaja di bangunan-bangunan kerajaan, malah juga bangunan-bangunan komersial Antara kemudahan OKU yang perlu disediakan termasuk ramp untuk pengguna kerusi roda, handrail , laluan bertekstur, lintasan pejalan kaki, laluan pejalan kaki, tempat letak kereta khas, dan tandas OKU bagi memastikan golongan ini dapat menjalani tugasan harian mereka seperti orang awam yang lain.
(144) Langkah kedua bagi Memperkasa Rakyat Selangor adalah melalui program pendidikan yang sempurna kerana pendidikan yang sempurna mampu meningkatkan potensi sesebuah keluarga dengan ketara. Sehubungan itu, pelajar sekolah menengah dan mereka yang tercicir akibat kemiskinan tetapi berminat mengikuti kursus kemahiran teknikal seperti kursus mekanik kenderaan motor, kursus juruteknik elektrik, dan kursus pelukis pelan, diberi peluang melanjutkan pelajaran di Kolej Antarabangsa INPENS bagi mengikuti Program Kemahiran Teknikal di peringkat sijil. Untuk itu, sebanyak RM2 juta diperuntukkan pada tahun 2010 untuk menguruskan program ini.
(146) Modul program pendidikan yang dirangka dijangka mampu memberi peluang pekerjaan selepas mereka menamatkan pelajaran kelak. Selain kursus-kursus yang berbentuk akademik ini, kursus motivasi juga diberikan kepada pelajar yang tercicir . Kursus motivasi tersebut bertujuan membantu pelajar mengubah paradigma minda agar dapat menjadi seorang yang berjaya dan dapat meningkatkan motivasi diri untuk lebih berwawasan.
(147) Penumpuan juga diberikan terhadap warga miskin yang masihberpotensi untuk menambahkan pendapatan. Mereka terus dibantu daripada segi
45
penganjuran kursus-kursus kemahiran, bantuan berbentuk peralatan dan bantuan daripada segi projek-projekpertanian.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
VI. Membasmi Kemiskinan Di Semua Lapisan Masyarakat
(148) Program “Blue Print” Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor kini memasuki tahun yang terakhir pelaksanaanya. Program ini sedang dikaji untuk menentukan kesesuaiannya dengan keperluan negeri situasi di Selangor sekarang. Ketua isi rumah yang tergolong dalam golongan miskin dan mempunyai kemahiran tertentu akan dibantu bagi mendapatkan peralatan mesin dan lain-lain. Usaha ini diharapkan akan meningkatkan pendapatan sekeluarga. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan RM 1 juta untuk mempastikan kesinambungan program ini. boleh memperkasa mereka untuk meningkatkan pendapatan. Peruntukan sebanyak RM1 juta disediakan untuk kesinambungan program ini.
(149) Kerajaan Negeri turut menetapkan Garis Kemiskinan bagi pendapatan isi rumah bagi negeri Selangor ialah pada kadar RM1500 sebulan. Adalah Dianggarkan sebanyak 30 peratus penduduk mempunyai tergolong di dalam kelompok ini. Bagi memastikan program-program pembasmian kemiskinan terus relevan, kerjasama dan sokongan daripada semua lapisan jentera pelaksana dan agensi pemberi bantuan sangat diperlukan terutama dalam usaha mengenal pasti warga Selangor yang tergolong dalam kelompok ini. Ini adalah penting kerana bantuan-bantuan dapat terus disalurkan kepada mereka-mereka yang telah dikenalpasti.
(150) Kerajaan Negeri berazam untuk terus berusaha menangani faktor-faktor ketidakseimbangan yang mengakibatkan berlakunya kemiskinan relatif di kawasan bandar dan luar bandar. Dalam perkara ini, Kerajaan Negeri mewujudkan Pelan Tindakan Pembasmian Kemiskinan yang memberi fokus
46
terhadap beberapa aspek peningkatan taraf kehidupan rakyat. Di Antaranya ialah memberi penekanan kepada aspek perumahan, pendidikan, peluang pekerjaan dan taraf kesihatan.
(151) Perumahan merupakan elemen keperluan asas terpenting dalam pembinaan sebuah keluarga. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan mengenalpasti di mana Rumah-rumah yang berkeadaan daif dibaik pulih dengan anggaran kos RM7 ribu sebuah atau dibina semula dengan kos RM30 ribu bagi tiga bilik tidur. Sebanyak RM6 juta diperuntukkan untuk membina rumah dalam program Kerajaan Prihatin di seluruh Selangor. Manakala dalam Program rumah kos rendah pula, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta pada tahun 2010.
(152)Program Kerajaan Prihatin merupakan program yang masih relevan sehingga ke hari ini. Program yang dilaksanakan sejak tahun 2001 terbukti memanfaatkan lebih 2925 orang warga miskin Selangor dengan pembinaan dan baik pulih rumah yang lebih selesa. Jumlah rumah yang telah dibina telah meningkat setiap tahun..
(153) Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan pembangunan kampung baru/ tersusun/ bagan di negeri Selangor. Kampung baru sudah wujud selama 60 tahun di Malaysia, tetapi sebahagiannya masih mengalami masalah berkaitan infrastruktur dan hak milik tanah. Berbanding dengan pentadbiran lama, kerajaan Pakatan Rakyat ada memperuntukkan sebanyak RM5.4 juta untuk tahun 2010 bagi pembangunan kampung baru/tersusun/bagan. Malangnya, berdasarkan rekod sedia ada, pentadbiran lama hanya menperuntukkan RM200,000 setahun untuk 78 buah Kampung Baru/Tersusun/Bagan di Selangor. Selain itu, kerajaan negeri bakal membantu penduduk kampung bagi permohonan hak milik tanah ataupun TOL.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
47
(154) Sekarang tibalah masanya saya membentangkan peruntukan Bajet 2010.
(155) Bagi merealisasikan strategi dan langkah-langkah yang telah saya bentangkan sebentar tadi serta selaras dengan konsep bajet berimbang, maka Kerajaan Negeri mencadangkan sejumlah RM1.30 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2010. Jumlah ini merupakan pengurangan sebanyak RM100 juta atau 7.14% berbanding Bajet 2009 yang berjumlah RM1.40 bilion.
(156) Daripada jumlah Bajet 2010, sebanyak RM709,600,000 atau 54.58% diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan sebanyak RM590,400,000 atau 45.42% bagi perbelanjaan pembangunan.
(157) Dalam peruntukan mengurus, sejumlah RM271,847,969 atau 38.31% bagi Emolumen dan RM310,324,326 atau 43.73% bagi Bekalan dan Perkhidmatan. Sebanyak RM4,842,000 atau 0.68% untuk Pembelian Aset, RM121,725,674 atau 17.15% bagi Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan RM860,031 atau 0.12% bagi Perbelanjaan lain.
(158) Bagi peruntukan pembangunan pula, sejumlah RM76,260,855 atau 12.9% disediakan bagi sektor ekonomi dan RM219,518,465 atau 37.2% bagi sektor sosial. Manakala Sejumlah RM286,940,660 atau 48.6% pula diperuntukkan bagi sektor infrastruktur dan RM7,680,020 atau 1.3% bagi sektor perbandaran.
(159) Dianggarkan kutipan hasil cukai bagi tahun 2010 berjumlah sebanyak RM460,020,000, iaitu berkurangan sebanyak RM2,980,000 atau 0.64% berbanding tahun 2009. Hasil bukan cukai sebanyak RM422,679,000, berkurangan sebanyak RM107,321,000 atau 20.25% berbanding tahun 2009. Manakalan Terimaan bukan hasil pula sebanyak RM417,301,000, iaitu bertambah sebanyak RM10,301,000 atau 2.53% berbanding tahun 2009.
48
Penurunan jumlah pendapatan negeri Selangor pada tahun ini berpunca daripada kegawatan ekonomi dunia yang memberi kesan terhadap ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.
(160) Peruntukan bagi Bajet 2010 dijangka dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat. Peruntukan yang berkurangan berbanding tahun sebelumnya tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan Negeri berazam untuk terus berusaha sedaya upaya bagi meneruskan visi Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.
(161) Seterusnya, Kerajaan Negeri ingin memastikan supaya langkah berjimat cermat dilaksanakan secara berterusan bagi menerapkan budaya perbelanjaan berhemah dalam urusan pentadbiran Kerajaan. Segala perbelanjaan perlu dibuat mengikut perancangan yang ditetapkan dan perbelanjaan tersebut perlu mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.
(162) Sekali lagi saya ingin menegaskan kepada seluruh anggota pentadbiran dan ketua-ketua jabatan tentang betapa pentingnya kita memahami konsep value for money dalam segala urusan perbelanjaan. Oleh itu, saya menyeru kepada semua yang berkenaan supaya memahami asas-asas kewangan yang betul bagi memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan teratur dan berhemah serta mengelakkan pembaziran.
(163) Pada kesempatan ini, saya menasihati jentera pentadbiran Kerajaan Negeri supaya memastikan semua program yang dikenal pasti dalam Bajet 2010 ini dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut jadual. Untuk itu, saya telah meminta Perbendaharaan Negeri Selangor untuk menjalankan semakan bajet sebanyak tiga (3) kali setahun untuk menilai semula semua program-program yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan semua Jawatankuasa Tetap.
49
(164) Sehubungan ini, Kerajaan Negeri mulai tahun hadapan dijangka melaksanakan sistem ganjaran berdasarkan kepada KPI yang ditetapkan iaitu memberi ganjaran kepada Jawatankuasa Tetap yang berjaya melaksanakan program yang sempurna dan mengikut jadual dan begitu juga sebaliknya. Diharap semua Jawatankuasa Tetap dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan mengadakan program-program yang memberi manfaat dan impak positif kepada rakyat.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat,
(165) Selaras dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjadikan anggota penjawat awam sebagai satu kumpulan bersama dengan anggota kepimpinan negeri, maka Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan bayaran khas kewangan RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga gred 54 dan setaraf dengannya, serta pesara wajib Kerajaan. Sebelum ini ganjaran sama telah pun diberi kepada penjawat awam di bawah kumpulan sokongan. Adalah diharapkan dengan pemberian yang akan dibayar pada bulan Disember nanti dapat mengurangkan beban kewangan penjawat awam .
,
(167) Bagi mengakhiri ucapan pembentangan Bajet Tahun 2010 Negeri Selangor ini, saya ingin mengingatkan kepada semua: sesungguhnya jalan di hadapan kita masih jauh, terlalu banyak ranjau dan liku yang tersurat perlu ditempuhi tetapi yakinlah dengan berkat kesabaran dan kesungguhan serta iltizam yang tinggi, kejayaan yang manis dapat dikecapi.
(168) Justeru itu, saya dan barisan kepemimpinan Kerajaan Negeri menyeru supaya kita semua bersatu, rukun, aman dan makmur dalam negeri yang tercinta ini, Selangor Darul Ehsan. Lupakanlah segala sengketa atau salah faham antara kita demi pencapaian matlamat menjadikan Selangor Negeri Bersih, Selamat, Lestari, Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.
50
(169) Marilah pula kita berdoa dan berusaha supaya kesemua enam projek utama melalui pakej rangsangan ekonomi yang diperjelaskan di atas itu berjaya memacu pembangunan ekonomi negeri Selangor demi kebajikan seluruh rakyat.
(170) Saya memohon ke hadrat Ilahi agar mendapat rahmat, petunjuk dan hidayah-Nya bagi saya memimpin negeri Selangor tercinta ini, dalam usaha mengekalkan kesejahteraan, menegakkan kebenaran, membezakan dakyah dan kepalsuan, lantas menjadikan Selangor sebuah ”‟baldatun taiyibatuw warabbun ghafur’, iaitu negeri yang indah dan bahagia serta mendapat keampunan daripada Tuhan” (surah Saba, ayat 15).
(171) Semoga kita sentiasa dipelihara Allah Subhanahuwataala dan berada dalam cakupan perlindungan-Nya.
(172) Kerajaaan Negeri Pakatan Rakyat terus mengamalkan prinsip kerja yang berintegriti dan tetap komited terhadappeningkatan kualiti perkhidmatan awam dan rakyat untuk rakyat. Inilah matlamat utama sebuah kerajaan yang berprinsip, berakhlak, bersih dan bertanggungjawab. Sikap ini berhasrat untuk mengelak daripada apa yang dimaklum oleh Gandhi sebagai 7 Gejala Sosial:-
i. Politik tanpa Prinsip (Politic Without Principle)
ii. Kekayaan Tanpa Berusaha (Wealth Without Work)
iii. Keceriaan Tanpa Hati (Pleasure Without Conscience)
iv. Pengetahuan Tanpa Peribadi (Knowledge Without Character)
v. Perdagangan Tanpa Akhlak ( Commerce Without Morality)
vi. Ilmu Tanpa Kemanusiaan ( Science Without Humanity)
vii. Amal Tanpa Pengorbanan (Worship Without Sacrifice)
51
Begitulah yang dialami oleh rakyat Selangor di bawah kerajaan Barisan Nasional yang tidak berprinsip langsung. Dengan tsunami politik 2008, Pakatan Rakyat di Negeri Selangor telah mereformasikan Kerajaan Negeri dengan menjunjung nilai-nilai integriti, telus, prihatin dan bertanggungjawab penuh terhadap rakyat. Amanah yang diberi rakyat tidak akan pada sebarang masa dipikul ringan. Pihak Barisan Nasional yang masih bergiat dalam usaha jahat mereka untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat harus berfikir lagi kerana dengan pengiktirafan rakyat sebagai tunjang segala dasar kami, kami yakin kerajaan Pakatan Rakyat terus kekal di Selangor.
Tuan Speaker,
Saya mohon mencadangkan.

Selangor BN’s abuse of power

Posted in DUN Selangor, Malaysian Politics, Politics, Selangor Government, Selangor State Assembly by rodziahismailticker on November 10, 2009

To be exposed – BN’s ‘mismanaged’ projects Photobucket

Rahmah Ghazali
Nov 10, 09
7:04pm
Malaysiakini.com

Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said the state government will, from tomorrow, declassify records from the previous Barisan Nasional administration to “reveal the truth behind projects that were supposed to benefit the state”.

Tabling the Selangor Budget 2010 in the legislative assembly today, he said he is in the midst of declassifying the records by exercising his powers under Section 2(c) of the Official Secrets Act (OSA).

“During this sitting, information on several projects initiated by the previous BN government will be released to the people. These projects were supposed to benefit the state, but have only benefitted certain companies,” he said.

Among these are reforestation projects for commercial purposes and abandoned housing projects in Selangor.

Abdul Khalid (right) pkr pc abdul khalid ibrahim 130706 abdul khalidsaid some matters should be placed in the public domain, even though the OSA allows protection for certain categories of information for administrative or security reasons.

“While we accept the need for security reasons related to national defence, other (categories of) information should be made available to the public,” he said.

Elaborating at a press conference later, Abdul Khalid said a series of three documents will be released, including those related to the failure of a housing project for squatters in Bukit Botak.

“After that, we have a report on Bukit Cerakah housing project where 2000 acres of government land were given to settlers. The settlers made a deal with the developers to build houses on every 3 acres of land.

“The developers promised them RM360,000 worth of assets for the 3 acres. In the end, they didn’t get the assets, the projects were abandoned and they lost the 3 acres.

“We have projects that have been abandoned and people don’t know who is behind these; the source of the project; how much land was given; (or) the players involved. With this (release of records), we can have a very good, productive discussion with the victims.”

Abdul Khalid denied that the move is intended as a witch-hunt.

“As result of this, people will be more cautious…be more responsible if they do something wrong this time. They cannot hide behind government protection because the public will know…this will reduce (problems).”

No conflict with OSA

Abdul Khalid also said the move is also aimed at demonstrating the benefit of freedom of information (FOI) to the public, especially since Selangor has plans to table a FOI Bill next March.freedom of information campaign klcc 280906 brochure

He said the draft law has been completed, but that the state government has to “reassess” the provisions proposed.

Enacting FOI legislation will not be easy, he said, because the state government must ensure that the provisions do not trigger a conflict with the OSA.

“When there is conflict, the OSA will prevail. Under the constitution, federal law supersedes state legislation,” he said.

The state government therefore needs “a bit of time” to finalise the Bill, to avoid having it rejected by the attorney-general (AG).

He likened the move to the state’s circular issued in May that Malaysian Anti-Corruption Commission officials cannot question civil servants in the absence of lawyers, among other conditions.

“But the AG said we do not understand federal law….Once we put out (the FOI Bill), the AG will say that we are contravening the OSA,” he added.

“This is why we have to be careful in doing so. But I have told the AG that I am using my powers under the Section 2(c) to release the documents.”

Selangor State Assembly Session

Posted in DUN Selangor, Malaysian Politics, Politics, Selangor Government, Selangor State Assembly, Wanita, Women by rodziahismailticker on November 10, 2009

Photobucket

Tuesday November 10, 2009

Various projects carried out to help single mothers

BY ELAN PERUMAL at Selangor state assembly

A TOTAL of 93% of the 19,795 single mothers registered with the Selangor Government were from the below RM1,500 income bracket.

 

Selangor state welfare, women affairs, science, technology and innovation committee chairman Rodziah Ismail said the state had embarked on various projects to help single mothers, including offering them skills courses and employment.

To a question from Teratai representative Jenice Lee, she said, they had helped to build 87 houses for single mothers, including 56 this year.

She said they had also repaired 79 houses including 45 this year.

“We have given out RM5,000 aid to 50 single mothers since last year to help them expand their businesses.

“The state has also offered training to 100 others,’’ she said.

She added that the state was now organising group training for those involved in business before offering them the cash aid.

She said the state had also engaged single mothers to go into cottage industries.

“We have implemented various measures and programmes in aid of single mothers,’’ she added.

Star Online.

Selangor State Assembly / Sidang DUN Selangor bermula hari ini

Posted in DUN Selangor, Malaysian Politics, Politics, Selangor State Assembly by rodziahismailticker on November 9, 2009

Photobucket

Sila saksikan secara langsung di TV Selangor

—————————————————————————————————————————————————-

Click to access DR-04112009.pdf

Berikut adalah ucapan bahas Bajet 2010 YB Zuraida Kamaruddin pada 4 November 2009 :

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Alhamdulillah dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua telah memberikan saya peluang
untuk bersama membahaskan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri pada 23 Oktober yang lalu.
Belanjawan ataupun Bajet 2010 kali ini telah dibentangkan penuh semangat dengan
cita-cita serta janji daripada pihak kerajaan yang ingin menjurus kepada mengarahkan negara
menuju ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan serta
mengutamakan kesejahteraan rakyat. Sebagai antara kelompok kecil golongan wanita yang
menjadi Ahli Dewan Rakyat ini saya merasakan wujud satu desakan yang kuat untuk mengupas,
mengulas, mengkritik dan menyaran tentang isu-isu yang berbangkit dengan berpaksikan
kepentingan dasar untuk mengangkat martabat serta kebajikan wanita secara amnya.
1510
Ini kerana aneka ragam masalah yang melilit golongan wanita selama ini bukanlah
sebagai takdir Ilahi Tuan Yang di-Pertua tetapi sebagai akibat daripada proses sosial yang
tempang kerana tindakan manusia. Oleh itu, mahu ataupun tidak serangkaian perubahan struktur
daripada yang tempang kepada yang berkesetaraan perlu dimulai dari lingkup terkecil iaitu
institusi kekeluargaan hinggalah ke praktik kenegaraan. Mengikut Teori Equilibrium, telah
dibangunkan untuk melihat keperluan kebersamaan untuk saling melengkapi agar kelebihan dan
kelemahan setiap pihak boleh diharmonikan dalam usaha pembangunan negara madani.
DR. 4.11.2009
66
Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara yang saya sebutkan di atas sengaja saya jadikan
mukadimah untuk difahamkan kepada teman-teman di dalam Dewan yang mulia ini terutamanya
golongan lelaki yang ramai agar sekurang-kurangnya dapat faham bahawa lelaki dan wanita
memang diciptakan berbeza tetapi tidak untuk dibeza-bezakan. Ini adalah asas yang penting
untuk memahami isu-isu gender yang menjadi topik perjuangan golongan wanita dalam
masyarakat kita yang perlu dijalankan secara konsisten dan berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, sepanjang perbahasan bajet di dalam Dewan ini, saya banyak
mendengar hujah-hujah yang menyentuh perkara-perkara pembelaan untuk bangsa-bangsa
tertentu. Wakil Rakyat UMNO menceritakan tentang hak orang Melayu, MCA menceritakan
tentang hak orang Cina, MIC menceritakan tentang hak orang India. Akan tetapi jelas wakil
rakyat Barisan Nasional dan Perdana Menteri Kerajaan BN meminggirkan keperluan sekomponen
yang lebih besar iaitu golongan perempuan di Malaysia.
Peranan dan keupayaan orang perempuan dalam pembangunan negara haruslah
dimanfaatkan dengan satu pendirian yang lebih tegas dan matang. Sudah tiba masanya
Kerajaan Malaysia mengambil serius di atas perkara ini memandangkan prestasi wanita Malaysia
yang dilaporkan dalam Global Gender Gap Index oleh World Economic Forum tidak langsung
memberi satu gambaran bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang membangun. Menurut
laporan tersebut, kedudukan keseluruhan Malaysia melorot jatuh dari tempat ke-92 pada tahun
2006, ke tempat 96 pada tahun 2007, ke tempat 99 pada tahun 2008 dan terus tersungkur 101
pada tahun 2009 dari 134 negara.
Ini ada empat aspek utama yang dinilai iaitu peluang dan penglibatan ekonomi, kita
terletak di tangga 104. Dari segi pencapaian dan pembelajaran, di tangga 77. Dari segi health
dan survivor, kita di tangga 103, pembudayaan politik di tangga 113. Kedudukan Malaysia jauh
terpelanting di bawah negara-negara Afrika dan benua India. Filipina pada keseluruhannya
duduk di tangga ke-9 Tuan Yang di-Pertua.
Satu lagi perkara yang terang dan nyata di sini ialah usaha-usaha Kerajaan BN adalah
retorik semata-mata dan saya terkilan dan malu bagi pihak warga perempuan di Malaysia kerana
pada tahun 2006 juga kerajaan BN melancarkan Jawatankuasa Kabinet Gender Inequality and
Non Discrimination. Dari laporan ini jelas bahawa tidak ada kesungguhan langsung dan
membuktikan sikap Kerajaan BN hanya pandai bermain kata.
Inilah tabiat Kerajaan BN, 1Malaysia cakap tidak serupa bikin. Tidak ada pelaksanaan
yang jelas dan pemantauan yang serius, wanita Malaysia jauh ketinggalan. Apa yang ketara dari
bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ialah perhatian kepada seorang perempuan
sahaja dengan peruntukan RM100 juta kepada Program PERMATA Negara. Saya tidak mahu
1Malaysia…
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Yang Berhormat Ampang.
DR. 4.11.2009
67
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang
Berhormat?
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Minta maaf, saya tidak bagi jalan.
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Akan tetapi ini penting sebab sama-sama
wanita Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Saya tidak mahu slogan 1Malaysia
menjadikan ‘1Malaysia, 1Perempuan didahulukan, RM100 juta diutamakan’. Ini yang kita tidak
mahu… [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, dia tidak bagi
jalan Yang Berhormat.
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Mana boleh takut macam itu Yang
Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Tuan Yang di-Pertua, maka saya seru…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat, kalau…
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah
pinggirkan wanita Yang Berhormat!
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Saya seru di Dewan yang mulia ini…
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah
pinggirkan wanita!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kalau dah buat tuduhan, bagilah, kata
tadi meminggirkan orang perempuan.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Tak payah, Yang Berhormat Sri Gading,
tak payah kerana saya memang tidak kasi wakil…
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Yang Berhormat kena dengar juga,
sekarang KSU pun wanita Yang Berhormat.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat ini cakap tidak
serupa bikin.
Seorang Ahli: Cakap tidak serupa bikin!
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Ubahlah tabiat tidak bertanggungjawab
Kerajaan BN demi masa depan rakyat Malaysia.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Inilah Yang Berhormat cakap…
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Tidak boleh macam itu, apa yang telah
diberi oleh Kerajaan Barisan Nasional, Yang Berhormat tidak pernah berterima kasih pun!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat pun tak beri peluang
kepada perempuan. So macam mana?
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Tidak boleh macam itu Yang Berhormat…
[Dewan riuh]
DR. 4.11.2009
68
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Inilah yang dinamakan …
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang
Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Parit Sulung, duduklah Yang Berhormat.
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: …Sebanyak 14% Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Tidak mahu cakap sekarang. Dulu jadi
Menteri kenapa tidak buat? Duduk, duduk, duduk! Waktu jadi Menteri tak nak buat apa-apa,
sekarang dah jadi backbenchers baru nak cakap…
Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Yang Berhormat tidak boleh buat accusation
macam itu Yang Berhormat. Dasar Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan
wanita!.. [Dewan riuh]
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Duduk, duduk. Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, teruskan Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Jawatankuasa Kabinet Kesetaraan dan
Kesaksamaan Gender haruslah lebih berdaya dalam mengangkat agenda dasar wanita Malaysia.
Segala wawasan dan matlamat wanita negara haruslah diterap di semua peringkat kementerian,
jabatan dan agensi kerajaan dan terus menjadikannya salah satu KPI dilengkapi dengan pelan
tindakan, mekanisme pelaksanaan dan sistem pemantauan yang rapi. Prestasi dinilai dari tahun
ke tahun dan tidak bersikap ad hoc dan reaktif.
Tuan Yang di-Pertua, sekitar awal tahun 2000, ada unsur pengarusutamakan gender dan
budget cross cutting pada lima kementerian iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber
Manusia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan juga Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. 1Malaysia hangat-hangat tahi ayam, buat program tidak ada satu
pelaksanaan pun. Amat mengecewakan sepatutnya ketika ini kita sudah sampai ke tahap
meneliti hasilnya dan teruskan agenda wanita negara…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: …Di kementerian-kementerian yang lain
dan membincangkan bagaimana penyertaan sekurang-kurangnya 30% itu boleh dimanfaatkan
oleh wanita Malaysia.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Boleh bagi saya peluang?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang
Berhormat?
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Saya tidak mahu bagi jalan kepada Wakil
Rakyat Barisan Nasional terutamanya orang lelaki kerana mereka ini tidak prihatin tentang
keperluan orang perempuan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Astaghfirullah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]:Yang Berhormat Sri Gading
duduklah. Tidak apalah, biarlah dia berucap.
DR. 4.11.2009
69
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Lailahaillallah, bagilah peluang.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Ketika harga minyak hendak dinaikkan
mereka menyokong sedangkan ibu-ibu di kawasan mereka sedih, menderita untuk membeli
barang dengan harga yang mahal.
Tuan Yang di-Pertua, program meningkatkan mutu hidup, taraf kesedaran sosial,
ekonomi dan politik, program pembudayaan wanita patut sudah dilaksanakan dan membuahkan
hasilnya. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat haruslah lebih berdaya
untuk mengangkat dasar wanita negara dan tidak hanya bersifat menumpang seperti melukut di
tepi gantang.
Tuan Yang di-Pertua, atas dasar ini saya mencadangkan sudah tiba masanya satu
kementerian yang khusus mengurus tadbir hal ehwal pembudayaan wanita sangat patut
diwujudkan. Kementerian ini bertanggungjawab memberi tumpuan melaksanakan dasar wanita
negara untuk memartabatkan wanita Malaysia. Selagi ini tidak direalisasikan, draf tindakan
bertimbun-timbun dari tahun ke tahun, menteri bertukar ganti, menteri di kitar semula, menteri
pintu belakang, tahap daya saing wanita Malaysia akan terus melorot di persada dunia.
Satu Bengkel Pelan Tindakan telah diadakan pada Oktober 2008. Hasilnya satu draf
pelan tindakan bersepadu telah disediakan dan boleh diguna pakai sebagai panduan
pelaksanaan ke arah pembudayaan wanita Malaysia. Saya harap draf tersebut dapat diguna
pakai dan tidak dibazirkan seperti lazimnya. Sifat terkutuk semula jadi 1Malaysia yang suka
membazir harus ditegur Tuan Yang di-Pertua kerana Allah Taala berfirman maksudnya,
pembaziran itu adalah saudara syaitan.
Peruntukan RM1.1 bilion tidak langsung membantu malah mempamerkan kelemahan
tahap kepekaan Perdana Menteri dalam menilai peranan wanita Malaysia dalam pembangunan
negara. Pecahan RM1.1 bilion, 11% sahaja untuk pembangunan dan 89% digunakan untuk
pengurusan. Dari bajet RM1 bilion, 75% digunakan untuk program one-off, program one-off ini
sudah jelas tidak ada hala tuju dan tidak mempunyai matlamat panjang melainkan untuk membeli
undi.
Malah dalam ucapan bajet, Perdana Menteri amat bangga memperkatakan lebih RM600
juta untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat digunakan untuk
program kesejahteraan rakyat iaitu memberi sumbangan kepada golongan yang perlu.
Sepatutnya Perdana Menteri tidak harus berbangga, kalau bajet untuk memacu ekonomi
berpendapatan tinggi maka nisbah pengagihan peruntukan haruslah berat kepada bajet
pembangunan sebagai usaha untuk membangunkan ekonomi orang miskin.
Dari tahun ke tahun, sepatutnya nisbah peruntukan pembangunan mengatasi peruntukan
pengurusan sebagai bukti kejayaan program-program ekonomi yang dilaksanakan dari tahun ke
tahun. Peruntukan 2010 ditambah dari RM933 juta kepada RM1.1 bilion, tambahan 12%. Akan
tetapi nisbah untuk pembangunan jatuh dari 16% ke 11%.
DR. 4.11.2009
70
1520
Berdasarkan kepada fakta-fakta yang disebut tadi jelas dengan wujudnya satu
kementerian yang baru iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
banyak kelemahan yang ada insya-Allah akan dapat di atasi. Seperti satu contoh saya hendak
beri di sini Tuan Yang di-Pertua, permasalahan wanita kaum Penan, kementerian yang ada
sekarang terbukti tidak bermaya langsung. Surat yang mudah pun tidak mahu terjawab apabila
ditanyakan perihal Laporan Jawatankuasa Bertindak mengenai kes penderaan seksual wanita
Penan, sepuluh bulan menanti dan setelah wanita Keadilan menziarahi pejabat Menteri barulah
mengaku bahawa laporan tersebut boleh didapati dari Jabatan Pembangunan Wanita. Melalui
usaha wanita Keadilan laporan itu disebarkan kepada media dan umum. Kenapa Menteri
berdolak-dalik? Inilah misteri Bollywood 1Malaysia.
Sehingga sekarang Menteri masih tidak berdaya untuk merancang tindakan selanjutnya
untuk membantu mangsa dan membawa penjenayah ke muka pengadilan. Terima kasih kepada
Kerajaan Pulau Pinang dan Kerajaan Selangor yang telah menghulurkan bantuan sebanyak
RM30,000 dan RM50,000 untuk membantu mangsa-mangsa ini dan kaum wanita Penan. Lagi
amat menghancurkan Tuan Yang di-Pertua, apabila kerajaan Sarawak mengambil sikap denial,
tidak mengaku. Ramai wakil rakyat di sini sudah sebutkan juga masih tidak mengaku juga lagi,
Ketua Menteri Sarawak. Beliau juga adalah Timbalan Ketua Menteri dan juga Pengerusi Hal
Ehwal Penan tidak langsung peduli dan terus bersikap arrogant. Wakil Rakyat Sarawak
sepatutnya bersuara dalam kes penganiayaan ini.
Terkini Menteri Pembangunan Tanah, Dato’ Seri Dr James Jemut Masing
mengesyorkan….
Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Sarawak, Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Kapit bangun
Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: …Untuk soal siasat Menteri wanita. Lucu
sekali…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang
Berhormat?
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Apakah susah sangat untuk ketiga-tiga
agensi ini untuk duduk berbincang…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Ampang tidak
bagi jalan Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: …Mengenai permasalahan tersebut dan
mengambil langkah agar jenayah tertangkap dan mangsa tidak terus teraniaya. Inilah sikap pass
the bark 1Malaysia.
DR. 4.11.2009
71
Satu lagi contoh Tuan Yang di-Pertua, OSCC iaitu One-Stop Crisis Centre. Kajian
setakat ini menunjukkan bahawa kes-kes keganasan terhadap wanita yang dilaporkan kepada
hospital-hospital yang mengoperasikan OSCC telah meningkat. Hospital-hospital yang benarbenar
mengoperasikan OSCC ialah enam hospital di Selangor dan satu di Pulau Pinang. OSCC
telah lama diperkenalkan sejak tahun 1986, tetapi tidak mendapat sambutan kerana rata-rata
rakyat tidak arif tentang perkhidmatan dan kewujudannya. Di samping itu perkhidmatan
kepakarannya, professionalism yang perlukan dalam menangani kes-kes penderaan, keganasan
fizikal dan seksual rogol dan sebagainya masih jauh dari yang diharapkan.
Peningkatan kes-kes berkenaan yang dilaporkan di Selangor telah meningkat kerana
rakyat di Selangor telah mengetahui dengan lebih dekat kerana Kerajaan Negeri Selangor telah
membuat satu menjadikannya satu menjadikannya satu daripada program merakyatkan ekonomi
Selangor. Jadi dengan ini ramai lagi rakyat negeri Selangor faham ketua-ketua komuniti
berupaya menjadi agen perubahan dalam proses menangani krisis keganasan dalam masyarakat
dengan lebih berkesan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang kes beberapa
perkara yang saya ingin tujukan kepada kementerian. Apakah kelembapan perkhidmatan OSCC
berjumlah lebih seratus pusat di seluruh negara dan kurang pengetahuan mengenai oleh rakyat
Malaysia sedang perbaiki?
Apakah usaha-usaha Kementerian Kesihatan dalam terus meningkatkan kepakaran dan
perkhidmatan dalam menangani kes-kes keganasan yang dibawa ke OSCC? Berapakah bajet
yang diperuntukkan untuk menyebar luaskan pengetahuan mengenai OSCC di kalangan rakyat
Malaysia khususnya di negeri Selangor? Berapakah pula bajet khususnya kepada negeri
Selangor juga yang diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan OSCC di dalam
berterusan membina pasukan pakar dan pengurusan yang profesional. Sikap memilih, satu lagi
perkara yang saya ingin sentuh di sini Tuan Yang di-Pertua. Sikap memilih kasih Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terhadap wanita di Malaysia. Semenjak
Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, Jabatan Pembangunan Wanita yang di
bawah pengendalian kementerian telah tidak memberikan kerjasama sewajarnya kepada
Kerajaan Negeri Selangor.
Khususnya terhadap portfolio Kerajaan Negeri Selangor Hal Ehwal Wanita tidak
diketahui apakah kegiatan program dan usaha JPW untuk kepentingan wanita Selangor
khususnya dan wanita Malaysia amnya. Bahkan tidak pelik jika perkara yang serupa berlaku di
negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Tidak ada musyawarah, perkongsian maklumat, dan
perbincangan bersama untuk meningkatkan pembangunan menyeluruh wanita di Selangor. Sikap
dan perbuatan kementerian yang diketuai oleh Yang Berhormat Senator Menteri sangat
bercanggah dengan sikap dan nilai yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri inclusivity. Ini
memang tidak dilakukan oleh Kementerian Wanita. Ini sekadar Perdana Menteri melelong-lelong
konsep 1Malaysia. Inilah ‘1Malaysia kena lelong’. Di samping itu Majlis Pembangunan Wanita
DR. 4.11.2009
72
negeri Selangor pula telah dimansuhkan sebaik sahaja kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat
mengambil alih pentadbiran negeri Selangor.
Ia juga merupakan mekanisme kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan
dalam memelihara kepentingan wanita-wanita di peringkat negeri. Sekali lagi menunjukkan
kegagalan kementerian, Senator, Menteri mempraktikkan laungan lantang inclusivity.
Kementerian ahli Yang Berhormat Senator Menteri telah memilih kasih dalam memelihara
kesejahteraan wanita di Malaysia. Perlu diingatkan bahawa Selangor mempunyai bilangan wanita
teramai dan sebahagian besar mereka adalah pembayar cukai pendapatan. Amatlah tidak wajar,
tidak adil, tidak objektif dan tidak profesional dalam rangka untuk membangun, memaju dan
mengukuhkan kesejahteraan wanita di seluruh pelosok negara Ahli Yang Berhormat Senator
bersikap pilih kasih dalam situasi ini.
Jadi apakah ini dasar 1Malaysia, Menteri pintu belakang? Berapakah peruntukan kepada
Majlis Pembangunan Wanita Negeri di peringkat negeri Selangor? Begitu juga berapakah
peruntukan terhadap yang serupa di peringkat negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan?
Apakah aktiviti program-program yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan? Kita pun tidak
tahu. Apakah rancangan dan peruntukan dalam pembinaan infrastruktur dan penyediaan rumahrumah
peninggalan wanita, warga emas, OKU dan kanak-kanak di negeri Selangor, Pulau
Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak? Masih lagi menjadi tanda soal. Di sini saya juga mengambil
peluang untuk menyentuh tentang isu dalam kawasan saya. Isu pelarian Myanmar. Isu pelarian
rakyat Myanmar ke negara ini sudah mula menjadi isu yang besar. Ampang sendiri merupakan
atau antara kawasan yang wujudnya koloni dan merupakan kawasan penempatan tidak rasmi
bagi golongan pelarian ini.
Saya telah beberapa kali menganjurkan pertemuan bersama ketua-ketua masyarakat ini
dalam usaha untuk memahami permasalahan mereka dan menyampaikan rasa prihatin serta
menyampaikan pandangan mengenai kedudukan mereka. Kini telah tiba masanya satu garis
panduan jelas diambil dan arahan berkaitan dikeluarkan. Sebagai negara yang tidak mengakui
status pelarian ini, Malaysia seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk menangani isu ini
sebelum menjadi barah yang membebankan. Kita hairan bagaimana golongan ini dibenarkan
masuk dan tinggal di Malaysia. Mereka diberikan taraf pelarian oleh United Nations, namun tidak
dibenarkan bekerja dan anak-anak mereka tidak boleh didaftarkan ke sekolah.
Jika tidak ada langkah pengawalan dan penempatan yang sesuai, bagaimanakah
mereka ini dapat meneruskan kelangsungan hidup. Perlu diingatkan bahawa mereka ini
beragama Islam kebanyakannya. Tanpa garis panduan yang jelas, besar kemungkinan anakanak
yang tidak dibenarkan ke sekolah ini akan menimbulkan masalah sosial dan mereka yang
tidak dibenarkan bekerja akan terdedah kepada pelbagai kemungkinan untuk meneruskan
survival. Kini adalah masa yang paling sesuai untuk pihak kerajaan membuat keputusan dan
mengambil tindakan. Tindakan segera perlu diambil bagi memutuskan status mereka sama ada
DR. 4.11.2009
73
ingin diberi perlindungan atau dihantar pulang. Untuk kedua-dua tujuan ini pula, golongan ini
ditempatkan secara berkelompok dan dalam kawalan. Bagi menjaga kebajikan mereka serta
menjamin keselamatan rakyat Malaysia sendiri. Kita tidak mahu mereka kemudiannya
dieksploitasi seperti yang berlaku kepada kebanjiran warga Filipina di negeri Sabah.
Jadi akhir sekali untuk menggulung Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri
perbahasan saya pada ruang yang diberikan kali ini dengan menyimpulkan sebuah isu dasar
yang menjadi fokus sebentar tadi. Kesemua ini mendorong kepada keperluan serius tentang
peranan wanita yang seharusnya diberi tempat yang penting bagi memastikan kebajikan wanita
terbela. Seterusnya tentang Menteri Pembangunan Wanita untuk memainkan peranan yang lebih
meluas bagi memastikan bukan sahaja Kementerian Wanita malahan kesemua kementerian
yang melaksanakan polisi-polisi dan dasar yang mesra wanita. Kesemua perkara di atas perlu
mempunyai tindakan yang jelas yang perlu diukur dan dipantau keberkesanannya dan
pelaksanaannya. Besar harapan saya agar input yang disebutkan tadi dapat memberi manfaat
kepada negara yang kita cintai.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menambah di sini dan ingin menegaskan bahawa
sudah tiba masanya satu ‘Kementerian Pembudayaan Wanita’ diwujudkan untuk memberi
tumpuan ke atas pembangunan wanita Malaysia untuk mengangkat dan melaksanakan agenda
wanita negara.
1530
Memandangkan Menteri yang ada sekarang hanya mampu menerajui program
sumbangan hamper kepada OKU, warga emas dan ibu tunggal dan seangkatan dengannya.
Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih dan saya harap semoga Bajet
1Malaysia Kemakmuran Bersama tidak menjadi Bajet 1Malaysia Komisen Bersama. Terima
kasih.